KENCING MANIS BOLEH MEMBUNUH!
Kalau dulu, kita selalu beranggapan bahawa penyakit jantung merupakan pembunuh NO. 1 dunia. Namun, dengan kemajuan teknologi sekarang, penyakit jantung boleh dirawat pada peringkat awal. Bahkan, melalui pembedahan, pesakit jantung masih boleh menjalani kehidupan seperti biasa. Selari dengan kemajuan ini, pola penyakit kronik juga berubah. Sedar atau tidak, penyakit 8silent killer8 kini bukan lagi penyakit jantung, tetapi penyakit kencing manis atau diabetes.
Dalam satu kajian yang dijalankan oleh National Health and Morbidity Survey 2015, peratusan rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit kencing manis meningkat kepada 17.5 peratus pada tahun 2015 berbanding tahun 1996 yang hanya 11.6 peratus [1]. Peningkatan peratusan ini sebenarnya selari dengan peningkatan kadar peratusan masyarakat kita yang mempunyai masalah berat badan berlebihan atau obesiti. Lebih mengejutkan lagi ialah ramai di antara kita yang tidak sedar sebenarnya mereka menghidapi penyakit kencing manis. Ini kerana, ramai di antara kita masih lagi menyangka yang penyakit kencing manis ini hanya menyerang golongan veteran sedangkan pola penyakit kencing manis kini sudah pun berubah. Dan perubahan ini sangat ketara dan membimbangkan kerana orang muda yang berusia seawal 30-an juga boleh menghidap sakit kencing manis.
Perubahan pola penyakit kronik ini dipengaruhi oleh beberapa faktor yang kita sendiri secara sedar sering kita amalkan dalam kehidupan seharian. Budaya melepak di kedai makan sehingga larut malam, habit makan process food dan fast food seperti nugget, sosej, kentang dan pengambilan gula yang melebihi 10 sudu dalam satu hari. Budaya yang sudah menjadi kebiasaan dan dianggap normal inilah yang menyebabkan ramai golongan muda bahkan kanak-kanak sudah menghidapi penyakit kencing manis stage 1 dan 2. Potensi menghidap kencing manis lebih tinggi jika seseorang itu sering mengambil minuman bergas yang mengandungi gula yang tinggi.
Lebih membimbangkan, penyakit kencing manis ini merupakan kesan sampingan yang bermula dengan masalah berat badan berlebihan atau obesitI. Seseorang yang obes berisiko untuk mendapat penyakit yang digelar penyakit 3 serangkai, iaitu kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung. Ketiga-tiga penyakit ini saling bersangkut-paut. Tidak hairanlah jika rakyat Malaysia merupakan penghidap penyakit kencing manis tertinggi di Asia Tenggara. Melalui statistik Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Malaysia berada di tangga ke-10 di dunia dengan jumlah penghidap kencing manis teramai [2].
Namun, bagi sesetengah orang, agak sukar bagi mereka untuk mengurangkan pengambilan kadar gula. Ada kalanya seseorang itu akan mengalami masalah seperti menggigil, kekejangan otot dan rasa tidak senang duduk atau seperti ingin pitam kerana kekurangan gula dalam badan. Kebiasaannya pesakit yang sedang dalam risiko awal kencing manis akan mengalami simptom seperti ini. Sekiranya korang salah seorang yang mengalami simptom seperti ini, korang boleh menggantikan pengambilan gula kepada pengambilan pemanis semulajadi stevia. Dipasaran terdapat pelbagai produk yang telah dijual yang menggunakan 100% bahan semulajadi diproses daripada daun stevia.
GANTIKAN PENGAMBILAN GULA DENGAN STEEVYA!
Antaranya adalah jenama STEEVYA. Produk yang dihasilkan oleh bumiputera dan disahkan selamat oleh Kementerian Kesihatan Malaysia serta melalui beberapa ujikaji makmal dan disahkan TIADA bahan merbahaya. Produk STEEVYA ini juga merupakan produk stevia cecair pertama yang mengandungi Vitamin C di dalamnya yang mana vitamin C ini berfungsi sebagai ejen imunisasi badan dalam membantu pertumbuhan sel-sel badan.
Seperti yang kita ketahui, penghidap kencing manis akan berhadapan dengan masalah luka sukar sembuh. Maka dengan pengambilan vitamin C yang mencukupi, maka sel badan dapat membantu merawat luka-luka yang ada. Dalam keaadaan kegawatan ekonomi, untuk membeli stevia yang agak mahal dipasaran adalah berat bagi mereka yang mempunyai kekurangan dari segi kewangan. Namun, dengan adanya produk STEEVYA, tiada lagi masalah bagi semua individu untuk berubah menjadi lebih sihat. Kerana, produk STEEVYA dijual pada harga yang amat berpatutan. Hanya dengan RM49.00 sahaja, anda boleh mendapat sebotol stevia semulajadi dengan 50ml yang mana sebotol ini sudah mencukupi untuk kegunaan sekeluarga selama 2 – 3 minggu (berdasarkan penggunaan 2x sehari bagi 3ahli keluarga).
Ingin mengetahui lebih lanjut tentang STEEVYA? Layari website ini: www.steevya.netIngin membeli secara online produk STEEVYA?Layari: www.steevya.com Masih sempat untuk kita semua melakukan langkah pencegahan. Gantikan penggunaan gula kepada penggunaan STEEVYA yang lebih baik dan bebas kalori serta selamat. Jagalah kesihatan. Kurangkan gula dalam makanan dan minuman, gantikan dengan STEEVYA. Selamat mencuba!
TESTIMONI STEEVYA
Anuar says
Kena cegah kencing manis dari awal… Terutamanya kepada sesiapa yang ada keturunan yang pernah menghidap penyakit kencing manis….
Haidar says
Steevya bagus untuk ganti gula yang menggemukkan dan bawa penyakit. Saya dah lama guna sebagai alternatif kepada gula.
yanieyusuf says
Kena kontrol pengambilan gula ni.. takut gak skrg mudah untuk dapat penyakit..huhu tq info ye abg lan..
ciksepet says
Lisa ada amalkan ni juga ..
Radhia says
bagus steevya ni..boleh jadi penganti gula.tak adalah senang nak menghidap penyakit diabetes