Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Anak tak suka makan ubat? Perlu paksa atau pujuk?

July 5, 2017 by Admin 5 Comments

Spread the love

Akiff dari kecik sampai ke besar memang takde masalah langsung bab makan ubat. Dulu aku selalu dengar kengkawan cerita yang anak diorang tak suka makan ubat. Sampai kena pegang dan paksa sumbat ubat dalam mulut. Tapi Akiff dulu takyah susah-susah pun. Suruh bukak mulut pastu suntik jer ubat dalam mulut die. Pahit pun die telan jugak, memang tak susah langsung.

Tapi bila dapat anak kedua ni, si Azif. Haaa baru aku merasa apa yang orang dok bercerita tu. Azif totally berbeza dengan abang dia dari segala aspek. Bukan nak bandingkan diorang tapi sajer nak bercerita sebagai rekod pengalaman kitorang laki bini membesarkan anak-anak.

Pengalaman membesarkan Akiff dan Azif adalah sangat berbeza. Contohnya bab makan ubat ni la, Allah dah bagi kitorang merasa ‘style’ Akiff. Sekarang ni kitorang kena merasa ‘style’ Azif pulak. Si Azif ni susah betul nak bagi makan ubat. Even aku dah cuba biasakan dia minum vitamin tapi bila bab ubat tetap jugak dia tak nak.

Tapi biasanya kalau die tak nak kitorang cuba pujuk dulu. Guna cara berlembut, kalau tak jalan jugak baru pegang dia dan paksa. Azif ni kalau dia tak nak, ubat yang dalam mulut pun die akan sembur balik. Tapi ada caranya untuk bagi die telan ubat tu segera.

Caranya lepas korang masukkan ubat dalam mulut anak, cepat-cepat tekan hidung die sebab diorang akan automatik telan ubat tu. Jangan picit lama-lama pulak hidung tu, kang tak bernafas budak tu. Tapi kena hati-hati la sebab takut tersedak.

Kalau ubat korang kena paksa jugak anak untuk makan sebab itu untuk kebaikan diorang. Tapi kalau vitamin seeloknya jangan dipaksa, gunakan kekdah pujuk memujuk, puji memuji. Tak jalan jugak takpe, tak yah bagi dulu. Next time try lagi, lama-lama diorang ok. Jangan biasakan paksa diorang makan sebab nanti dia akan jadi trauma nak makan ubat.

Sebab tu aku syorkan korang untuk biasakan bagi anak makan vitamin atau suppliment supaya diorang tak kekok bila nak makan ubat. Paling tidak pun bagi diorang Scott’s Emulsion yang perisa oren tu. Yang tu sedap, bebudak senang nak terima.

Cube korang tengok video Azif makan ubat kat bawah ni. Kemain rapat mulut die tutup. Ni lepas pujuk-pujuk dia nak jugak, kekadang siap bersembur lagi.

Azif tak suka mkn ubat tp tak susah nak pujuk dia .

A post shared by Lan Careno www.lancareno.com (@lan_careno) on Jul 4, 2017 at 4:38am PDT

Filed Under: Azif, Family, Kesihatan, Parenting, Personal, Tips Tagged With: Anak susah makan ubat, anak tak nak ubat, Azif, Tips, ubat

« Rosa Malacca hotel hipster terbaru yang cantik giler
Main dan teroka potensi kerjaya anak dengan applikasi My Champion »

Comments

  1. Anuar says

    July 5, 2017 at 3:45 pm

    Anak-anak saya pun sama… Tak suka makan ubat… Kalau boleh pujuk, biasanya kami pujuk dulu… Kalau dah letih pujuk, tapi tak makan saman jugak… Masa tu memang kena paksalah..

    Reply
  2. Haidar says

    July 5, 2017 at 5:06 pm

    Alhamdulillah keempat-empat orang anak saya mudah makan ubat. Yang paling kecil tu akan minta ubat juga kalau kakak atau abang dia saja yang makan ubat

    Reply
  3. Dkna Abza says

    July 7, 2017 at 1:08 pm

    Hahaaa kemain tutup mulut. Anak aku pun sama susah mkn ubat, kena paksa …

    Reply
  4. yanieyusuf says

    July 7, 2017 at 4:47 pm

    alah comel jew tak mo makan ubat ye.. … insya-Allah moga dpermudahkan segala urusan aamin

    Reply
  5. Radhia says

    July 21, 2017 at 10:01 pm

    anak tak suka jugak makan ubat. Kalau tak mau bukak mulut, terpaksalah bagi ubat secara paksaan.. tapi paksaan yang lemah lembut lah..tak ada ganas-ganas.nak bagi budak makan kan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative