Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

5 Tanda Unit Penyaman Udara Perlu Diservis

August 24, 2017 by Admin 21 Comments

Spread the love

Alat penyaman udara kini sudah menjadi satu keperluan untuk kebanyakan rumah di Malaysia. Cuaca panas yang tidak menentu membuatkan sesi berehat di rumah bersama seisi keluarga menjadi kurang selesa. Oleh itu, ramai pemilik rumah yang telah membuat pelaburan untuk memasang alat penyaman udara di rumah mereka. Rata-rata pemilik rumah pilih untuk pasang alat penyaman udara di bilik tidur, di ruang tamu atau kedua-duanya sekali.

Selepas alat penyaman udara itu dipasang dan digunakan, tahukah anda yang alat itu perlu diservis secara berkala?

Secara asasnya, setiap alat penyaman udara perlu diservis sekurang-kurangnya empat bulan sekali bagi tahap penggunaan yang tidak terlalu kerap. Tetapi bagi alat penyaman udara yang digunakan setiap hari, lebih baik jika servis dilakukan setiap bulan.

Yang lebih penting lagi, jika alat penyaman udara menunjukkan tanda-tanda seperti berikut, anda harus dapatkan perkhidmatan professional untuk lalukan pemeriksaan dengan segera.

1. Alat penyaman udara ON dan OFF secara automatic dengan kerap

Kebanyakan alat penyaman udara kini mempunyai fungsi penjimatan elektrik, dimana ia akan OFF secara automatik apabila sesebuah bilik itu telah mencapai suhu yang dikehendaki. Tetapi, jika alat penyaman udara itu terlalu kerap ON atau OFF sebelum waktu yang sepatutnya, itu adalah petanda yang terdapat masalah pada aliran elektrik atau litar pintas pada alat tersebut. Langkah pertama yang harus anda lakukan ialah tutup suis utama. Kemudian, dapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk baiki kerosakan tersebut.

2. Alat penyaman udara tidak berjaya menurunkan suhu bilik seperti biasa

Sejak alat penyaman udara itu dipasang di rumah, semestinya ada anda sudah faham kerenahnya. Contohnya, pada waktu tengah hari yang panas terik, berapa lama tempoh yang diperlukan untuk alat penyaman udara tersebut untuk menurunkan suhu bilik. Akan tetapi, jika alat penyaman udara tersebut memerlukan masa yang lebih panjang berbanding biasa untuk menurunkan suhu bilik tersebut, pasti ada sesuatu yang kena pada alat tersebut.

3. Air menitis dari unit dalam alat penyaman udara

Lembapan yang disedut oleh alat penyaman udara seharusnya akan terkondensasi dan dilepaskan melalui saluran air keluar. Walau bagaimanapun, terdapat juga kes dimana air hasil proses kondensasi tersebut tidak dilepaskan secara efisien melalu saluran itu. Air itu terkumpul pada unit dalam penyaman udara dan akhirnya menitis jatuh ke lantai bilik. Ini menunjukkan terdapat masalah saluran air keluar yang tersumbat.

4. Bunyi bising keluar dari unit penyaman udara

Kebiasaannya alat penyaman udara yang berada dalam keadaan baik akan bekerja dalam keadaan senyap. Jika anda terdengar bunyi bising atau asing yang terhasil dari penyaman udara tersebut, jelaslah terdapat kerosakan padanya. Panggil juruteknik penyaman udara dengan segera. Kerosakan yang pada mulanya kecil boleh menjadi lebih teruk jika tidak dibaiki dengan segara.

5. Udara yang keluar tidak selancar biasa dan kurang sejuk

Masalah ini akan dapat dikesan jika anda berdiri di hadapan unit dalam penyaman udara tersebut. Hulurkan tangan anda kearah unit tersebut dan anda akan dapat merasakan jika udara yang dihembuskan adalah tidak lancar atau kurang sejuk berbanding biasa. Ini menunjukkan yang sudah sampai masanya untuk menambah gas penyejuk pada alat itu dan diservis bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan efisien.

Jika anda pergi ke laman YouTube, terdapat ramai netizen yang berkongsi tentang cara untuk servis alat penyaman udara sendiri atau DIY (Do It Yourself). Secara personal, saya berpendapat langkah mudah seperti mencuci penapis udara boleh dilakukan sendiri. Tetapi setiap beberapa bulan anda tetap perlu mendapatkan khidmat pakar penyaman udara untuk melakukan pemeriksaan dan servis yang menyeluruh untuk setiap unit penyaman udara di rumah anda.

Anda boleh mendapatkan perkhidmatan pakar penyaman udara melalui Recommend.my yang mempunyai lebih 400 pakar penyaman udara yang boleh dipercayai di seluruh negara sedia untuk membantu anda. Kongsi maklumat tentang kerosakan alat penyaman udara anda, dan terima lebih dari satu sebut harga dalam tempoh beberapa jam sahaja.

Loading

Filed Under: Advertorial, Info, Produk, Review, Servis, Tips Tagged With: aircond, penyaman udara, servis aircond, servis penyaman udara

« Galeri Seni Kome Peng Heng, Resort World Genting mengimbau seni budaya orang timur
Pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) makin kurang dapat sambutan… »

Comments

  1. umminani says

    August 24, 2017 at 4:19 pm

    ta..info bermanfaat ni.

    Reply
  2. Min says

    August 24, 2017 at 4:20 pm

    Good info to sharing

    Reply
  3. mas saari says

    August 24, 2017 at 4:21 pm

    Memang penting servis aircond ni setiap bulan. Cam saya husband servis sendiri je, kalau ada kerosakan baru panggil pakar.

    Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says

    August 24, 2017 at 4:22 pm

    tips ni bagus sebab IQ pun baru pasang aircond dekat rumah, terima kasih abam lan!

    Reply
  5. Papa Amyzal says

    August 24, 2017 at 4:23 pm

    Info yang sangat memberi manfaat. Terima kasih http://www.lancareno.com

    Reply
  6. Norliza Nordin says

    August 24, 2017 at 4:23 pm

    Sekarang ni belum guna aircond kat rumah.. Insya Allah nanti ade rezeki memang nak pasang.. info berguna ni

    Reply
  7. ciksepet says

    August 24, 2017 at 4:37 pm

    betul gak tu . lama tak service penyaman udara . biasanya tunggu ada problem baru nk servce hahaa

    Reply
  8. sueizza says

    August 24, 2017 at 4:48 pm

    Menarik,memudahkan nak cari tukang servis ekon ni,stakat ni yg cuci filter indor n bersihkan outdoor boleh la buat sendiri,tuk topup gas kena gak panggil tukang servis.tq lan

    Reply
  9. Explorasa says

    August 24, 2017 at 5:03 pm

    Haaa setelah hampir setahun x servis semua tanda2 yang disebutkan tu ada kecuali yang nombor satu.

    Tapi 2 bulan lepas dah servis dah…

    Reply
  10. Nina Mirza says

    August 24, 2017 at 5:18 pm

    Setakat service bulanan, Geng buat sendiri jer. Bila ada kerosakan baru panggil yang pakar.

    Reply
  11. anazarin says

    August 24, 2017 at 6:37 pm

    Info yang menarik

    Reply
  12. Shazillah Sani says

    August 24, 2017 at 7:44 pm

    Betul.. Sedang hadaoi beberapa masaalah seperti yanv dinyatakan itu.. Adusss.. Hihihi

    Reply
  13. Eyqa Hasnan says

    August 24, 2017 at 9:40 pm

    Wahh! Info menarik nie.

    Reply
  14. Lokmanamirul says

    August 25, 2017 at 2:02 pm

    Bagus tips ni..

    Reply
  15. Qaseh says

    August 26, 2017 at 11:23 am

    Takde aircond lagi kat rumah tp nice info boleh share dgn kwn2

    Reply
  16. dewi says

    September 3, 2017 at 12:09 pm

    Hello! Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau http://www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  17. Spa8i says

    September 4, 2017 at 12:36 am

    Terbaik perkongsian ini.

    Reply
  18. Haidar says

    September 6, 2017 at 5:40 pm

    Tips terbaik! Aircond kat umah ada bunyi kuat. Kena panggil technician lepas baca tips ni.

    Reply
  19. Aircond Hub says

    June 25, 2021 at 2:31 pm

    hai korang aku ada nak bagitahu yang dekat shah alam ada satu syarikat servis aircond ni murah gile.. korang boleh tekan link ni http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/ kalau nak dapatkan no fone dorangg

    Reply
  20. Aircond Hub says

    June 25, 2021 at 2:36 pm

    ada servis aircond murah kat shah alam pegi la contact dorang http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/

    Reply
  21. farahnabiha says

    June 25, 2021 at 2:37 pm

    tips aircond yang bagus! http://www.facebook.com/ServisAircondPasangAircondShahAlam/

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative