Baru-baru ni cousin aku ajak kitorang keluar jenjalan hujung minggu. Tapi tak nak pergi jauh, just nak spend time dengan Akiff Azif jer. Kalau boleh nak bercuti day trip yang budget. So, disebabkan kitorang nak santai-santai jer maka aku plan percutian ke Genting Highland.
Last aku naik Genting Highland masa Akiff umur 3 tahun. Masa tu tahun 2014, outdoor theme park dah ditutup untuk kerja-kerja pembinaan taman tema baru. Sampai sekarang masih belum siap lagi tapi dengar kata hujung tahun 2018 nanti, 20th Century Fox World Theme Park akan dibuka bagi menggantikan taman tema yang lama. Tak sabar pulak tunggu theme park baru ni dibuka nanti. Gambaran theme park baru macam kat bawah ni.
Last time aku pergi Genting Highland, indoor theme park masih dibuka seperti biasa. Fun jugak walaupun hanya ada indoor games jer, sebab tu baru-baru ni aku repeat ke sana lagi sebab tahun lepas ada rakan-rakan blogger yang naik ke Genting diorang cakap indoor still open macam biasa. Tapi rupanya bulan mac hari tu indoor pun dah ditutup untuk pembinaan baru. Lorrr… terbantut niat nak entertain bebudak ni kat atas sana.
Tapi tak ralat sangat pun sebabnya kitorang dapat merasa naik kereta cable yang baru tu. Kalau nak tunggu theme park dibuka nanti confirm ramai giler kan, so time macam ni la sesuai kalau korang nak jenjalan bawak anak-anak naik cable car. Dah sampai puncak nanti turun la balik. Kehkehkeh… Seronok dapat tengok reaksi anak-anak happy.
Kitorang naik cable car hari tu dalam pukul 12 tengah hari. Masa ni orang tak ramai. Tak kena beratur panjang pun. Tiket cable car beli kat kiosk layan diri jer, lebih cepat dan senang. Lagi senang korang beli return tiket terus sebab tak perlu beli lagi dah masa nak turun nanti. Harga tiket cable car Genting Highland adalah RM8 seorang. Dewasa atau kanak-kanak harga sama jer, cuma kanak-kanak ketinggian kurang 90cm adalah percuma.
Yang menariknya tentang cable car baru ni, korang boleh pilih gondola khas yang berlantaikan cermin. Tapi harga tiket mahal giler, sorang RM50. Hohoho… Yang nak rasa pengalaman lain dari yang lain boleh la spend duit lebih sikit untuk naik gondala cermin ni. Tapi memang akan terasa gayat giler la. Untuk pengalaman sekali seumur hidup rasanya worth it kot. Baru la boleh test diri tu penggayat ke idokkkk… Aku pun kalau ade rezeki nak jugak try gondola cermin ni nanti. Hehehe…
Ehh lupe nak bagi tau korang. Cable car yang baru ni namanya Awana SkyWay, dan stesen untuk naik bukan tempat yang sama macam yang dulu tu. Stesen baru ni atas sikit dari stesen lama. Stesen baru ni adalah sama tempat dengan Genting Premium Outlet (GPO). Kiranya nanti korang just parking kat dalam GPO jer.
On the way ke puncak nanti korang boleh turun kat stesen terbaru iaitu Chin Swee Station untuk melawat tample yang ada kat situ. Tample tu jugak dah jadi salah satu tarikan yang ada kat sana. Tapi kalau tak nak turun boleh stay jer untuk terus naik ke SkyAvenue Station.
Buat masa sekarang ni, apa yang ada kat atas sana tu adalah SkyAvenue iaitu shoping mall baru, Snow World tempat orang main luncur salji dan Fantasy World tempat main-main yang masukkan token macam yang selalu ada kat shoping mall tu. Berpuluh ringgit jugak aku habis kat sini untuk Akiff Azif. Kesian pulak sebab dah janji nak main kat indoor tapi tak dapat.
Kedai makan pun banyak pilihan kat sini tapi harga bukan katigori mampu milik punya. Nak jimat korang makan kat GPO jer sebab kat GPO harga masih reasonable compare kat SkyAvenue tu… Bayangkan lepas main mendalah mesin yang masuk token tu, si Akiff Azif cakap lapar nak makan. Tak kan nak tunggu turun bawah pulak kan. So, untuk lapik perut aku belikan diorang pastry. Donut seketul RM8 hengget koooo… Beli 1 untuk Akiff, 1 untuk Azif dan 1 untuk Ummie. Abah? Takpe abah tak lapar… Nampak tak pengorbanan seorang abah di situ. Kahkahkah…
Masa kat atas sana kitorang juz lepak kat area luar Genting Grand Hotel. Seronok jugak dapat lepak dalam cuaca dingin walaupun masa tu pukul 1 tengah hari. Tapi sejuk kat Genting sekarang tak sama macam dulu. Global warming kannn…
Dah puas melepak, kitorang naik skyway sekali lagi untuk turun ke GPO. Salah satu niat utama trip ni adalah untuk explore apa yang menarik di Genting Premium Outlet (GPO). Setahu aku konsep Premium Outlet ni adalah barangan branded yang season terdahulu dan dijual murah berbanding butik di shoping mall. Kalau nak cari barang yang latest design biasanya takda kat Premium Outlet. Persekitaran dan konsep butik kat sini sama jer dengan mana-mana Premium Outlet. Tapi best shoping sini sebab tak panas tapi takde la sejuk pun.
Genting Premium Outlet ni adalah port shoping terbaru yang ada kat Genting Highland. Baru jer dibuka tahun ni dan bagi aku memang worth it untuk shoping kat sini. Baju kerja aku banyak beli kat butik G2000 kat JPO. Kalau kat butik biasa, harga sehelai kemeja dah 100 lebih tapi kalau kat Premium Outlet boleh dapat bawah 100 sehelai. Ada yang aku beli bawah RM50 pun… Hari tu kat GPO aku sempat la masuk beberapa butik favourite aku tapi tak puas sangat cuci mata sebab dak Akiff Azif dah meragam. Sempat sambar seluar jer sehelai. Nanti la kumpul duit lagi untuk shoping kat sini.
Sebelum bertolak balik, kitorang singgah lokasi terakhir yang juga salah satu tarikan menarik yang ada di Genting Highland iaitu Strawberry Farm. Lokasi strawberry farm ni terletak bawah sikit dari GPO dan berdekatan dengan Hotel Seri Malaysia. Bayaran masuk untuk farm ni adalah RM10 seorang dan aku percaya korang akan berpuas hati kalau masuk sini. Pesanan aku, kalau nak masuk sini pastikan batery phone penuh. Sebab kat dalam strawberry farm ni banyak sangat port untuk bergambar.
Selain korang boleh petik strawberry, dalam ni ada banyak giler bunga bungaan yang ditanam dan confirm korang yang kaki bergambar tu akan penat. Malas cerita banyak la, nak share gambar jer. Tapi tak banyak sangat gambar yang ada dalam strawberry farm tu sebab phone dah habis bateri. Huhuhu…
So, kalau korang nak jenjalan kat Genting Highland sekarang ni bagi aku ok jer. Tapi untuk santai jer la. Boleh spend time dengan anak-anak. Pastu kalau sempat boleh ke Bukit Tinggi pulak sebab situ pun menarik untuk luang masa dengan family.
IQ aka Izyan Balqis says
tak sempat lagi pergi GPO, padahal kalau nak balik pahang, selalu je lalu genting sempah tu. haishh
NORIZA BINTI ABDUL RAHMAN says
Bestnya bercuti dengan family ke Genting
Haidar says
Cable car genting amat menggerunkan saya yang ada penyakit gayat.. Haha
Hafiz Rahim says
Dah lain eh kat atas sana. Macam nice je. Dulu macam sardin sikit. hahaha
isma says
Best jugak..banyak tempat boleh pegi ya sekarang..kena plan next trip ke Genting camni..
Ruzi says
Pic cantik sgt.share brand hp apa.tahniah
Admin says
Thanks… pakai huawei P10
Ameerul says
Salam bro..cable car ni ad 3 stesyen ea? Stesyen chin swee ni yg no.2 ke sblom smpai puncak? Dan klau trun kt chin swee ni then nk naik puncak plak trus naik ata bli tiket lain? Klo xkesah bg no fon bro sng nk tnye itu ini..hehe..plan nk pg hjung mnggu ni..
Admin says
stesen kedua sblm smpai puncak…
Ameerul says
So klo sy turun situ..then dh puas jln2 nk naik puncak trus naik cabel car atau bli tiket lg?
Shasha says
Saya baru nak plan ke genting bulan 10 ni. So theme park semua tutup ke?
Novita Febina says
Ouh… Best nye.. Sye dh penah pegi gilalah… I and family very- very happy… ❤
Nurul says
Skrg ni tutup lg ke yg indoor
Admin says
Yer masih…
normi says
Saya nak pergi 07.10.17 nie
Luke says
Sharing is simple yet very informative! TQ
Wanii says
Indoor tak buka lgi ??
arnie says
Thank you sharing, sangat membantu entri nie..
lina says
thanks for info. tgh pening mana nak bawa anak for budget daily trip
Nad says
Hye sis ticket cable car tu beli dua k
Tiket ye prgi dan balik? Or beli satu tiket je utk prgi then balik?
Admin says
Kena bli 2 tiket.. utk pergi dan balik… bkn 1 tiket tu valid utk pergi balik…
Lily says
Sis… klau naik kesana naik cable car kna bayar entrance x bila smpai atas tu nnt? Ke nk msuk tu free je? Mlainkn klau nk main indoor @ outdoor bru kna bayar. Sy agak confuse sikit.
Sama ada tiket nk msuk dlm genting tu kna byr ke x. Mksud sy tiket nk msuk gnting hrga lain. Tiket nk main theme park lain.
Admin says
Buat masa sekarang theme park belum dibuka lagi. Bila dah dibuka nnti, utk indoor tak perlu byr tiket utk masuk. Boleh jer jln2 dlm indoor tanpa tiket tp x boleh main apa la. Nak main kena ada ticket atau wristband. Kalau outdoor mmg kena beli tiket utk masuk wpun tak main.
Kalau awak pergi skrg, hanya perlu bli tiket cable car jer la. Atas sana xperlu tiket apa pun lg.
Mek na says
Nak tya, genting highland theme park dia bukak dak lg ?
Admin says
tak bukak lagi sis…
Iza says
Indoor masih dibukak ke skrng..cadang nk pergi hujung minggu niee
Admin says
Belum lagi rasanya sebab ada kengkawan yang pergi sana baru ni takde pulak diorang update pasal indoor..
Noor says
kalau nk ke strawberry farm tu jalan kaki je ke dari GPO? atau kena naik kenderaan kat atas sana?
Admin says
Kena drive.. kwsn tak sama.. strawberry farm tu bawah skit..
najibjohari says
klau nak jalan ke sana sesuai 1 malam or 2 malam?
tq
Admin says
Klau taman tema dah siap nnti, 2 malam baru puas.
Syafiqah says
Salam. Nak tanya, dlm pkl berapa turun dari Gpo nak pegi strawberry farm tu ye? Sbb nak estimate masa one day trip naik cable car – pegi gpo – strawberry farm. Tq tq
Admin says
Tak ingat dah strawbery farm tutup pkul brapa. Rasanya pkul 6kot… So kalau xnak rushing better turun pkul 4 paling lewat sbb kat strawbery farm ni mkn masa gak dlm tu..
idan says
Parking kereta kat atas berapa? kt hotel ada parking x?
Farah says
Game outdoor theme park tu masih ada lagi tak?
Mirul says
Tq bos atas perkongsian dan pengalaman di genting..insyallah ad rzki sy nk dtg bercuti di genting plk