Nak lunch kat hotel memang idokkk ler, mesti harga ratus-ratus punya kann… Tapi kalau korang nak lunch murah tapi lepak dalam suasana hotel bertaraf 4 bintang… Haaa boleh try Semi-Buffet Lunch di Vivatel Hotel, Kuala Lumpur. Ada promosi Fabulous Merdeka bersempena bulan kemerdekaan ni dengan harga hanya RM38 nett seorang. Serius! Worth for money… Tak percaya meh aku tunjukkan set yang aku makan baru-baru ni…
Menu utama adalah ikan siakap goreng dan ayam kampung goreng. Tapi menu ni korang kena pilih salah satu jer tau, tak boleh ambik dua-dua. Ikan dan ayam kampung tu memang segar. Ambik pilihan korang dan bagi kat chef untuk digoreng. Chef akan goreng kat situ jugak dan nanti korang akan dapat ikan atau ayam goreng yang masih lagi panas dan garing.
Saiz ikan dengan ayam memang lebih dari cukup untuk sorang makan. Ikan siakap tu anggaran berat sekor adalah 500gram dan ayam kampung pulak korang akan dapat setengah ekor.
Pilihan aku hari tu adalah ikan siakap goreng. Memang puas hati dapat makan nasi panas dengan ikan goreng panas. Takde bau tanah pun dan yang penting rasa fresh. Standard hotel la kan, bab kualiti makanan memang diorang sangat ambil berat.
Ayam atau ikan goreng tu korang boleh makan dengan set buffet ala kampung yang disediakan kat situ. Ada ulam-ulaman, sambal belacan, salad, kuah kari pekat dan jugak masak lemak yang cukup kow. Simple jer tapi boleh buatkan korang makan bertambah-tambah. Hanya ikan atau ayam tu jer yang tak boleh repeat order, selain dari tu korang boleh makan berulang kali. Tapi kalau nak jugak repeat menu utama tu, hanya perlu tambah RM12 seeorang.
Sementara tunggu ayam atau ikan korang di goreng oleh chef bertugas, korang boleh lah try menu kat noodle station.
Kat sini ada pilihan sama ada nak mee kuning atau spaghetty. Ambik bahan-bahan yang ada kat situ dan bagi kat chef untuk dimasak. Kejap jer sebab die akan masak depan korang. Boleh request nak spaghetty carbonara atau bolognese atau korang boleh try jugak mee rebus. Kekadang diorang akan tukar mee lain sama ada mee kari atau mee sup atau lain-lain…
Nampak sedap kan… Memang sedap pun. Tak perlu berpuluh-puluh menu pun sebab bukan mampu makan semua jenis pun kannn… Yang ada ni pun dah jenuh nak makan.
Desert pun ada tapi tak banyak pilihan. Tapi bagi aku dah cukup dah sebab menu-menu lain yang ada dah buatkan korang tak mampu nak bergerak lagi dah. Hahaha…
Nampak tak atas meja kitorang tu? Semua pilih ikan siakap goreng. Hehehe… Memang terbaek. Makan dalam suasana cafe hotel yang cukup tenang dan best. Sangat selesa.
Promosi ni hanya untuk waktu terhad jer tau iaitu sehingga 16 September 2017 bersempena bulan kemerdekaan. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi details di bawah :
Phone: (603) 9205 8888
Email: retro@vivatel.com.my
Website: http://www.vivatel.com.my
PROMOSI KHAS HARI KEBANGSAAAN
Merdeka Day Hi-Tea
Buffet | Khamis
31 Ogos 2017 | 12.30 petang – 4.00 petang
RM58 nett per person
RM48 (Warga emas dan kanak-kanak berumur 6-12 tahun)
Qaseh says
Besar namati ikan tu , malam2 buat den lapar .. makanan semua menyelerakan sobsss
Moha says
Sedapnya jamu mata..kejam betul gambar2 lan ni. Lapar balik dibuatnya tengok menu2 sedap tu
TATI MANSUR says
Wow! Menariknya.. harus panggil geng geng makan pegi try tempat ni..
umminani says
wah untunglah, makanan nampak menarik
Norliza Nordin says
sedapnye makanan makanan tuuu
Mama Kembar 3 says
Besaqnya ikan tu! Teruih terbayang sedapnya meratah garing garing camtu