Zaman korang sempat tak merasa main lompat getah zero point? Congkak? Galah panjang? Sepak bulu ayam? Teng teng? Bebudak zaman aku tahun 80an memang itu la permainan kitorang. Balik sekolah terus tukar baju then keluar main dengan kengkawan. Lewat petang baru balik rumah. Alahai bestnya bila teringat balik zaman kanak-kanak dulu…

Kredit : wisdomindonesia.wordpress.com
Bebudak sekarang mana nak merasa main semua tu lagi dah. Gadget permainan no 1 diorang. Kalau tak gadget pun, diorang main kat playground. Even bebudak kat kampung pun dah jarang yang main permainan tradisional macam tu. Paling tidak pun diorang kayuh basikal keliling kampung atau main kejar-kejar.
Sebab tu kita kena perkenalkan permainan tradisi kita dahulu kepada anak-anak supaya diorang tahu macam mana life zaman kanak-kanak kite. Sebab tu adanya Seni Kome Peng Heng di Resort World Genting iaitu galeri dimana aktiviti kesenian zaman dahulu dipamerkan termasuk permainan tradisional.
Seni Kome Peng Heng
Baru-baru ni bila aku ke Genting Highland, sempat la melawat galeri Seni Kome Peng Heng yang terletak di tingkat 3, First World Plaza. Kalau dari cable car stesen di Sky Avenue tu dah tak jauh dah, korang cari jer signboard yang menunjukkan arah ke Seni Komen Peng Heng. Geleri ini merupakan tarikan baru yang korang wajib pergi bila bercuti ke Resort World Genting. Sangat menggamit memori.
Di galeri Seni Kome Peng Heng korang boleh tunjukkan kepada anak-anak pelbagai warisan kesenian terutamanya yang berasal dari Pantai Timur. Diorang mungkin tahu permainan tu semua melalui animasi Upin Ipin yang banyak menceritakan life bebudak kampung zaman dulu. Tapi kat sini diorang boleh tengok lebih dekat malah boleh cuba main jugak.
Seni Kome bermaksud “Seni Kami”. Kome berasal dari dialek penduduk tempatan negeri Pahang. Peng Heng pulak adalah nama yang tercatat dalam sejarah Dinasti Ming yang merujuk kepada kawasan Pantai Timur. Geleri seni ni mempunyai beberapa bahagian iaitu Budaya Kita, Orang Kita, Permainan Tradisional, Seni & Kraf dan bilik tayangan.
Paling menarik perhatian aku adalah ruangan Permainan Tradisional yang mana korang boleh main permainan kat situ macam teng teng, congkak, sepak bulu ayam, main getah zero point tu dan lain-lain. Cuma wau dan layang-layang jer la korang tak boleh main dalam galeri tu. Hehehe…
Oh yaa.. wayang kulit pun ade jugak tapi sekadar pameran jer laa… takde show pun. Harap nanti diorang buat show wayang kulit lagi gempak kannn…
Dalam galeri tu ade banyak bahan pameran dan info yang ditulis kat situ. Kalau nak tahu lanjut atau tak faham boleh panggil staff die yang sentiasa ada kat situ.
Tiket Masuk
Harga tiket masuk ke galeri Seni Kome Peng Heng adalah RM8 untuk dewasa dan RM7 kanak-kanak. Pakej keluarga pun ada iaitu hanya RM25 untuk 2 dewasa, 2 kanak-kanak.
Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com/senikome
Oh yaa… Kalau korang pergi bercuti ke Resort World Genting, aku cadangkan korang stay di Hotel On The Park. Hotel hipster yang cantik giler…
mmg sentimental value betul la.. dgn teng teng, congkak, etc tu terimbau kenangan zaman kecil dulu
Memnag teringat zaman permainan dulu yang dah lama tak dimainkan budak sekarang
Best gila , teringat wayang kulit .. dulu masa kecik2 kat kg , akan ada satu tayangan wyg kulit , diorg buat tayangan dalam lori macam tu , semua duduk kat padang .. huu rinduu
ni menarik bagi pencinta seni utk tak melepaskan peluang kesini
macam menarik je tempat ni.. kena pegi ni..
Teng teng! Bestnya zaman kanak kanak dulu…
Lamanya dah tak naik genting, banyak dah tarikan menarik kat sana. Nanti theme park dah siap boleh pergi.
Terbaik untuk flash back kenangan paling indah!