Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hotel On The Park Genting Highland unik dan hispturrr sangat

August 18, 2017 by Admin 21 Comments

Spread the love

Viral di facebook bila aku share gambar Hotel On The Park yang cantik giler tu. Semua orang suka dengan konsep yang ditonjolkan. Simple, unik dan menarik. “All you see is not all you get” adalah konsep yang ketengahkan. Memang hipstuuur sangat… Hotel ni terletak betul-betul depan pintu masuk 20th Century Fox World Theme Park, Genting Highland yang dijangka akan dibuka penghujung tahun 2018. Serius aku dah tak sabar tunggu taman tema baru ni dibuka.

Hampir 5 tahun taman tema Genting Highland ditutup dan dibuat baru. Dalam tempoh tu jugak, Theme Park Hotel diberi nafas baru dan jenama baru yang kini dikenali sebagai Hotel On The Park. Hotel ni adalah yang pertama dibina di bawah Resort World Genting. Kalau nak tahu, penjenamaan semula hotel ini tidak melibatkan struktur hotel malah bilangan bilik masih dikekalkan sebanyak 448 bilik dengan menggunakan ruang yang sama. Cuma konsep sahaja yang menjadikan Hotel On The Park totally baru dan berbeza. Tengok sendiri gambar bilik penginapan aku di sana baru-baru ni…

Cantik kan bilik ni.. belum pernah lagi aku bermalam di hotel yang konsepnya macam ni. Siap ade katil double decker. Dak Akiff Azif kjap naik atas, kjap bawah. Paling best si Azif la sebab atas tu die takyah tunduk sebab lepas jer die berdiri. Wakaka… Ruangan bawah pulak menggunakan konsep tatami-style yang mana tilam bersaiz queen diletakkan di atas platform dan tilam tu korang boleh cantumkan untuk jadikan ruang tido yang lebih besar.

Nampak tak konsep “All you see is not all you get”?? Konsep macam ni sebenarnya untuk memaksimumkan ruang dalam bilik. Almari hanya lukisan dinding jer dan kemudiannya ada penyangkut. Simple tapi cukup menarik perhatian. Akiff siap pesan kat aku, nanti balik nak buat TV macam hotel tu. Dinding nak lukis-lukis macam tu. Hoihhh… Sabor jer laa…

Ni keadaan bilik air. Ruang luar singki ni tak berpintu dan ada double sink. Bilik mandi dan tandas di asingkan. Jangan risau, pintu cermin tu boleh dikunci yer. Hahaha…

Antara kemudahan lain yang ada dalam bilik adalah set coffee and tea untuk 6 orang. USB port di dinding sebelah katil untuk charge gadget, peti besi untuk simpan barang berharga, freezer dengan 6 botol air mineral disediakan, selipar dan ade lagi kemudahan lain yang standard biasanya ada di mana-mana hotel. Oh yaa… hair dryer pun ada untuk keringkan rambut yang basah sebab mandi wajib… Hahaha…

Hotel ni takde aircond tapi dah sejuk sangat dah. Aku hari tu sentiasa tutup tingkap, kalau bukak tingkap boleh menggigil kesejukan. Genting Highland orang kata dah kurang sejuk berbanding dulu tapi still sejuk jer. Waktu tengah hari walaupun panas terik tapi angin dan suasana masih terasa dingin. Waktu malam lagi sejuk, boleh mencecah 14°C.

Ruang masuk bilik pun cantik sangat. Setiap level ada vending mesin untuk mudahkan korang beli makanan ringan. Tahu jer la bila dalam keadaan sejuk ni, asyik lapar jer. Cuma aku syorkan vending mesin tu letakkan sekali maggie cup. Hahaha… Sedap oi makan maggie cup dalam suasana sejuk tu..

Satu lagi yang membuatkan aku suka sangat dengan hotel ni sebab view dari tingkap bilik. Serius lawaaaa sangat dengan pemandangan menghijau sejauh mata memandang. Kalau waktu pagi memang berkabus tebal, terasa macam dok atas awan. Hahaha.. Over kan imaginasi aku… Waktu malam pun lawa sebab boleh nampak view limpahan cahaya bandar Kuala Lumpur. Dan tak lupa jugak ada pemandangan kereta cable yang bergerak perlahan naik dan turun..

Talking Garden

Tapi tak semua bilik mengadap view panorama, ada bilik yang mengadap theme park. Tapi kalau sekarang ni korang boleh tengok construction site jer la. Tunggu siap nanti mesti best sebab dapat tengok view kemeriahan dan warna warni theme park. Tapi kalau tak dapat bilik mengadap panorama pun takpe sebab korang masih boleh turun ke Talking Garden yang berada bersebelahan hotel. Kat situ adalah port melepak dalam suasana taman sambil mengadap pemandangan sama yang aku ceritakan tadi tu.

Landskap kat sini cantik dan memang best untuk bersantai. Sekali sekala korang akan tenggelam dalam kabus yang tebal. Masa tu memang terasa sejuk sampai ke tulang. Tapi kan, dalam family kecik aku ni hanya dak Azif jer jenis yang tahan sejuk. Orang lain pakai jacket tapi die tak nak… Hahaha…

Lobby Hotel

Ada satu lagi yang buatkan hotel ni sangat unik dan lain dari yang lain. Ruang legar lobby hotel!! Sambil menunggu urusan chekin chekout, korang boleh beraksi dan bergambar dengan The Mirror Trick.. Idea yang sangat kreatif. Dan untuk nampak lebih realistik korang pun kena kreatif untuk beraksi.

Gambar Azif beraksi takde sebab budak tu tak pandai possing situ… Atas ni i dedahkan rahsia disebalik semua gambar mirror trick tu… Kreatif giler kan… Sebenarnya itu adalah ruang menunggu kat lobby hotel.

Selain situ ada ruang menunggu lain yang dinamakan Giant Bench. Kerusi bersaiz gergasi ni pun cantik jugak untuk bergambar sebab nampak macam kita orang kerdil dalam gambar. Nak jadi lagi kecik boleh bergambar dengan The Big Tea Cup… Semua ni ada kat lobby hotel.

Di lobby hotel juga ada F & B Outlet, Eatopia. Konsep sini adalah grab and go. Dalam cuaca sejuk ni memang asyik lapor jer.. Jadi korang boleh beli kat sini dan makan kat bilik hotel.

Hotel ni takde cafe tau, jadi kalau nak makan kena keluar dari hotel. Tempat makan paling dekat adalah Old Town White Coffee yang terletak opposite hotel. Just cross the road jer.. Kat situ jugak ada kedai serbaneka andai nak beli keperluan lain.

Jadi, korang kena plan untuk datang bercuti kat sini tau. Serius best even theme park belum di buka tapi suasana persekitaran memang sangat menenangkan. Kalau nak booking penginapan di  Hotel On The Park, ada 4 pilihan bilik hotel mengikut kesesuaian dan keselesaaan tetamu yang bermalam disini. Bilik yang aku sekeluarga stay tu adalah bilik jenis Sixers yang muat untuk 6 orang. Ada jugak bilik Quads yang mempunyai 2 katil queen seperti gambar kat bawah ni dan bilik Honeymoon Suites. Tapi bilik Honeymoon Suites belum siap lagi, so takde gambar untuk aku tunjuk.

Satu lagi bilik yang paling istimewa iaitu bilik khas untuk tetamu kurang upaya. Bilik yang direka khas untuk kemudahan OKU ni boleh memuatkan sehingga 3 orang dimana disediakan 1 katil khas yang boleh dilaras secara elektronik.

Ruang dalam bilik juga lebih luas untuk memudahkan pergerakan kerusi roda dan bilik air juga direkabentuk mesra OKU. Pertama kali aku tahu ada hotel yang menyediakan kemudahan bilik khas seperti ni. Bravo!!

Secara keseluruhannya aku sekeluarga sangat berpuas hati bermalam di sini dan insyaAllah bila theme park dah dibuka nanti, hotel ni akan jadi pilihan utama kitorang untuk bermalam di Genting Highland. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi 03-6101 1118.

RATING ABAH CARENO
Lobby & Cafe – 5/5
Rooms- 5/5
Value – 4.5/5
Cleanliness – 5/5
Staf – 5/5

Filed Under: Hotel, Projek Hipster, Review, Travel Tagged With: Genting Highland, Hotel, hotel on the park, Hotel review, Projek Hipster, review, Review hotel

« Promosi Fabulous Merdeka Semi-Buffet Lunch di Retro Cafe, Vivatel Hotel sangat berbaloi
Galeri Seni Kome Peng Heng, Resort World Genting mengimbau seni budaya orang timur »

Comments

  1. Yayanatsumi says

    August 18, 2017 at 5:04 pm

    Wee bestnya cantik sangat

    Reply
  2. Hafiz Rahim says

    August 18, 2017 at 5:05 pm

    Simple. Nampak menarik. Tggu dah siap semua aku rasa macam nak try je nanti

    Reply
  3. Lisa says

    August 18, 2017 at 5:06 pm

    cantik dan menarik. leh la nti time bday request nak pergi sini hahahaha …

    Reply
  4. Ben Ashaari says

    August 18, 2017 at 5:13 pm

    Nak kena try gak ni.

    Reply
  5. Afiq Halid says

    August 18, 2017 at 5:17 pm

    Menarik betul. Best kalau dpt bercuti kat sini. Pin place siap2.

    Reply
  6. umminani says

    August 18, 2017 at 5:44 pm

    konsep yg menarik..ni kalau pergi satu damily pon best, katil dan tilam cukup. desgin menarik

    Reply
  7. JULIA JOHARI says

    August 18, 2017 at 5:57 pm

    Fuhhh hebattt…tak sabar nk pi genting lg…moga lekas siap outdoor. Cantik ar hotel ni lan…adoiii x sabar nk pi haha

    Reply
  8. Haida Eyda says

    August 18, 2017 at 6:01 pm

    Tak sabar nak pegiiji…. bile la keje nak habis ni….

    Reply
  9. YB Shehan says

    August 18, 2017 at 6:09 pm

    Besnye hoiiii. Hrp ada rezeki ke sana jugak. Mana tau dapat call suruh g review jugak ke. Huhu

    Reply
  10. Saniza Binti Sari says

    August 18, 2017 at 6:19 pm

    Wow bestnya, Brape kadar harga sewa bilik yg paling murah?

    Reply
    • Admin says

      August 18, 2017 at 7:40 pm

      Skrg ni masih fasa promosi svb theme park blum dibuka. Rate sekitar rm600 semalaman tp kalau nsb baik boleh dpt promo rate dlm 200 lbh gitu. Kena survey kat agoda, trivago, booking etc.

      Reply
  11. Nadia johari says

    August 18, 2017 at 6:49 pm

    Tunggu semua siap..boleh pergi..hehehe…kumpul duit dulu

    Reply
  12. Eyqa Hasnan says

    August 18, 2017 at 7:25 pm

    Cantik gilaaa weyyy Boleh kumpul duit dan pergi nie

    Reply
  13. hanie says

    August 18, 2017 at 7:30 pm

    cantiknya,boleh buat trip an kekwn ni.

    Reply
  14. saidila@kaklong says

    August 18, 2017 at 7:35 pm

    deko lawa dan menarik …hipster sangat ..sesuai ngan lan ….blogger pemburu hipster

    Reply
  15. Mama Kembar 3 says

    August 18, 2017 at 9:50 pm

    Bestnyaaaa! Ok masuk wishlist places to go.

    Reply
  16. Daus Redscarz says

    August 19, 2017 at 2:01 am

    Pergggghh ni macam konsep doodle.. menarik ! Boleh la pasni try..

    Reply
  17. Ejam Othman says

    August 19, 2017 at 9:46 pm

    Lama dah tak pergi Genting, bila tengok bilik hotel ini rasa nak kena juga pergi.
    Dari Mentakab tak jauh mana dah Genting ni.

    Suka dengan bilik OKU itu, kini tiada halangan lagi untuk OKU bercuti bersama keluarga.

    Reply
  18. Faridah Hanim says

    August 21, 2017 at 3:20 pm

    jom kter terjah hotel cantik ni

    Reply
  19. Haidar says

    August 22, 2017 at 8:39 am

    Hujung minggu ini cadangnya nak balik di pantai timur. Bolehlah singgah bermalam di hotel ni.

    Reply
  20. mas saari says

    August 24, 2017 at 4:25 pm

    Perghhhh lawa giler, deko pun cantik dan simple je. Tarikan mirror trick di lobby tu memang buat orang teruja nak menginap kat sini.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative