Kalau bercuti ke Phuket biasanya orang pilih untuk buat aktiviti pantai atau ke pulau sebab Phuket terkenal dengan pulau-pulau yang cantik dan menarik. Tapi baru-baru ni aku dengan blogger Redscarz dan jugak Travel Blogger No 1 Malaysia Faizal Fredley pergi bercuti santai ke Phuket. Maksud bercuti santai ni adalah kami tak ada rancangan apa pun masa kat sana. Just free and easy. Ke pulau pun tak, ke pantai pun tak. So, kemana jer kitorang? Itu nanti aku cerita dalam entry lain k…
3 hari kami di Phuket ditemani dengan cuaca redup dan hujan renyai. So, banyak masa kitorang dihabiskan di hotel jer. Nasib baik hotel yang kitorang stay kat Phuket ni memang terbaek!
Biasanya kalau bercuti, aku suka survey sendiri tempat penginapan tapi untuk trip kali ni, Faizal Fredley yang uruskan penginapan dari A to Z. Sebab die lebih pakar bab hotel. Pilihan kami adalah Hotel Ramada Phuket Deevana yang terletak di Patong. Jarak dari Airport Phuket ke Patong lebih kurang sejam perjalanan.
Bagi aku, lokasi hotel ni sangat strategik dengan pelbagai kemudahan yang ada disekitar. Hanya 7 minit jer berjalan kaki ke Patong Beach dan 10 minit ke Bangla Walking Street dari hotel. Sepanjang jalan nak ke Bangla Street atau ke pantai, ada banyak jualan produk Thailand dan kedai makan halal. Memang tak jadi masalah kalau nak keluar makan atau shoping. Pusat urut tak yah cakap la, memang bersepah-sepah sepanjang jalan. Kedai serbanika pun ada banyak sekitar hotel, 2 minit jer jalan kaki dari hotel. Kalau lapar tengah malam pun boleh pergi beli kat 7E jer.
Jom aku tunjuk kat korang keadaan hotel penginapan kitorang. Ni keadaan di lobby hotel. Cukup selesa dengan konsep santai. Masuk jer dalam hotel dah bau harum semerbak yang membangkitkan ketenangan. Layanan staff hotel sangat peramah, even ada yang tak fasih berbahasa English tapi tetap pemurah dengan senyuman.
Bilik Hotel
Ada 4 jenis bilik yang ada kat hotel ni dan bilik kitorang adalah Deluxe room yang sepatutnya ada 1 queen bed atau 2 single bed. Tapi sebab kitorang bertiga, itu yang request satu lagi extra bed. Ikutkan keadaan bilik asal macam gambar bawah ni.
Ikutkan muat jer kitorang bertiga kongsi 1 katil ni tapi sebab takut kitorang terpeluk sama sendiri pulak masa tido. Hahaha… Untuk mengelakkan perkara tu berlaku, baik mintak extra bed jer. Hehehe.. Alasan jer sebenarnya…
Uniknya bilik kat hotel ni sebab singki diletakkan di luar bilik air. Kiranya sementara tunggu orang lain mandi, boleh la gosok gigi dan cuci muka dulu kat luar. Gambar atas ni adalah bilik jenis standard room. Kecik sikit dari Deluxe room.
Bilik air ada kat belakang singki tu. Saiz bilik air agak sempit tapi sangat bersih.
Ni aku bagi gambar dekat sikit. Memang toilet nampak sempit kan tapi ok jer bagi aku sebab yang penting kebersihan dan keselesaan bilik mandi tu kena tiptop.
Bagusnya bilik ni sebab ada disediakan plug point yang banyak untuk charge segala jenis gadget yang korang bawak. Kat hujung kiri dan kanan katil pun ada.
Kalau terlupa nak bawak universal charger pun tak perlu risau sebab plug point dalam bilik memang jenis universal dah. Haaa sepatutnya semua hotel pun kena buat macam ni kan, terutamanya hotel yang selalui jadi tumpuan tourist.
Tentang dekorasi dan hiasan dalam bilik, bagi aku biasa jer. Tak terlalu moden, tak terlalu old scoll. Nothing special to remember tapi cukup untuk membangkitkan suasana yang tenang dan selesa di dalam bilik. Ok jom aku tunjuk bilik jenis Junior Suite pulak.
Serius aku suka sangat dengan bilik ni. Kedudukan katil macam island kat tengah bilik dan mengadap balcony. Specialnya lagi sebab ada jacuzy kat balcony bilik. Sambil berendam boleh nampak view luar dan orang luar pun boleh nampak ko tengah berendam. Hahaha… Tapi tak nampak sangat pun sebenarnya sebab terlindung dengan dinding berlubang tu. Tapi kalau nak fully privasi dari orang luar, boleh tutup dengan tarik jer langsir sepanjang balcony tu.
Makanan hotel berstatus HALAL
Istimewanya Hotel Ramada Phuket Deevana ni ialah cafe dan makanan yang disediakan adalah diiktiraf halal. Teringat masa aku bercuti ke Hatyai beberapa bulan lepas, hotel penginapan aku masa tu tak menyediakan makanan halal. Walaupun breakfast disediakan tapi hanya mampu makan roti jer. Lepas tu terpaksa cari makan kat kedai makan halal kat luar.
Tapi kalau kat hotel Ramada Phuket Deevana ni, korang tak perlu risau bab makanan sebab semua makanan yang disediakan adalah halal dan cafe diorang juga berstatus halal.
Nampak tak kat bawah menu tu ada logo Halal Thai. Harga makanan kat hotel ni pun masih dalam katigori ‘mampu milik’. So, kalau malas cari makan kat kedai luar boleh order jer dari cafe hotel…
Hari pertama kitorang lunch dan dinner kat hotel jer. Malas nak keluar jenjalan sebab nak rest dan rilex jer dulu kat hotel. Lagi pun hari hujan, pergerakan pun agak terbatas… Huhuhu…
Masakan Thailand memang ngam dengan tekak kita orang Malaysia sebab tu semua yang disediakan aku rasa sedap jer. Bawah ni antara menu yang kami makan masa kat hotel tu…

Vanilla Prawns

Tex – Mex Tuna Pizza

Seafood Phermidor

Mushroom Soup

Spaghetty Carbonara Creamy
Yang kitorang makan ni jenis order ala-cart tapi kalau nak makan buffet pun ada disediakan. Buffet dinner tak banyak pilihan sangat tapi speciallnya sebab buffet dinner tu ade live cooking. Kita boleh pilih bahan yang nak dimasak dan rempah apa yang kita nak. Makan panas-panas memang ummmphh… Aku suka green curry, memang terbaek sampai terlupa nak ambik gambar. Demmm…
Breakfast kat hotel ni memang heaven… Pastu boleh lepak santai kat meja luar sambil ditemani hujan… Hahaha.. Nasib kitorang la kan sebab datang musim hujan..
Breakfast memang terbaek. Banyak pilihan makanan yang ada. Pagi tu lama jugak kitorang melepak kat cafe. Lepas puas makan terus naik ke bilik tukar baju untuk berendam dalam kolam pulak.
Aku suka sangat percutian yang macam ni. Ini baru dinamakan bercuti untuk rileks. Dapat lupakan kejap hal kerja, cuma asyik teringat anak bini jer la. Tapi bila fikir balik, time ni la aku nak betul-betul bercuti sebab kalau bawak anak bini tak dapek la nak bersantai macam ni. Konsep bercuti dengan kengkawan dan bercuti dengan keluarga tak sama.
Dah puas berendam, masa untuk manjakan diri di spa yang ada di hotel. Hoyeahhhh… Orang kata kalau pergi Thai tapi tak merasa urutan Thai memang rugi.
Ni keadaan salah satu bilik urut yang terdapat di spa. Luas, selesa, bersih, wangi dan persekitaran ditemani dengan alunan muzik yang cukup menenangkan. Sorry, gambar tengah massage takde. Hehehe…
Pakej yang aku ambik adalah full body massage jer… Jacuzzy dalam bilik tu tak guna pun, itu untuk pakej lain kot. Mulanya aku request tukang urut lelaki tapi takde. Walaupun tukang urut perempuan tapi diorang punya kudrat macam lelaki. Sentuhan die memang cukup terasa. Sebelum massage, diorang bagi 1 set pakaian untuk dipakai. 1 jam terasa kejap jer, sedar-sedar dah siap. Memang rasa fresh giler lepas massage tu.
Antara kemudahan lain yang ada kat hotel ni adalah gym, kids pool, children play area, ATM mesin dan banyak lagi. Wifi pun disediakan diseluruh kawasan hotel termasuk dalam bilik. Dan kelajuan wifi adalah lebih laju dari 4G Celcom yang aku pakai ni.
Secara keseluruhan, aku sangat berpuasa hati dengan penginapan dan servis yang disediakan Hotel Ramada Phuket Deevana. Kemudahan, keselesaan dan layanan yang diberikan adalah sangat memuaskan. Kalau korang nak bercuti ke Phuket, jangan lupa masukkan hotel ni dalam list penginapan pilihan korang.
RATING ABAH CARENO
Lobby & Cafe – 5/5
Rooms- 4/5
Pool – 4/5
Value – 4/5
Cleanliness – 5/5
Staf – 5/5
Website: Ramada Phuket Deevana
Address: 45-1 Raj U Thid 200 Pee Road, Patong, Phuket 83150, Thailand
Phone: +66 76 207 500
Julia pun suka percutian santai…tak terlalu nak ikut jadual dan tentatif sgt kan…hotel ramada phuket ni selesa sungguh…siap ada kids area lagi dengan suasana bilik sgt kondusif…cuma tu la dari airpot ke patong mmg sejam eh…aduhhh lama ye nak sampai.
One day fine nak jejak betsnya phuket…kena style backpackers la anak beranak baru senang nak bergerak kan hehe…
Sangat menarik ni, tahun lepas nak pergi dengan kawan tapi tak jadi sebab tak cukup geng
Phuket memang tempat Best untuk dikunjungi. Saya pun belum sampai lagi ke sana.
Tunggu RM pulih berbanding Baht nanti saya akan menjejak kaki ke sana.
Wow bestnya pergi Phuket..