Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Childhood memory lane kembalikan memory zaman kanak-kanak aku

September 13, 2017 by Admin 8 Comments

Spread the love

Tak sangka pulak ada kedai yang jual permainan dan jugak jajan zaman kanak-kanak aku dulu. Bijak betul idea dan konsep jualan kedai ni. Nama pun Childhood Memory Lane, segala benda yang menggamit memory kanak-kanak aku ada kat sini.  huhuhu…

Alkisahnya aku terserempak dengan kedai ni masa cari tempat makan kat dalam MyTown shopping mall yang berkembar dengan Ikea Cheras tu. Kedai ni ada kat area basement, dekat kedai makan banyak-banyak.

Nampak jer benda-benda dalam cermin tu terus zasssss terbayang dalam kepala aku zaman aku sekolah rendah dulu. Hohoho… Terus tersangkut aku kat kedai situ lebih setengah jam membelek apa lagi yang dijual.

Banyak lagi rupanya tapi harga memang zalim giler compare dengan dulu. Huhu..

Memang la harga dah jauh beza tapi sajer nak compare jugak dengan zaman dulu sebabnya itu jugak sesuatu yang aku rindukan. Zaman dulu bawak duit pergi sekolah 50 sen jer tapi masih jugak dapat beli jajan dengan segala mainan. Yang mahal sikit tu, terpaksa ikat perut dan kumpul duit.

Kalau dulu brickgame ni la gadget kitorang. Dapat main memang leka berjam-jam. Sama jugak dengan bebudak sekarang cuma bezanya gadget diorang dah jauh kedepan. Dulu kan bila membayangkan gambaran zaman moden tahun 2020, kononnya ada kereta terbang bagai tapi tak pernah pulak terbayang akan ada sesuatu yang macam smartphone sekarang ni.

Gam ni dulu rasanya 10sen jer. Bebudak sekarang mana kenal gam kanji lagi dah. Aku tunjuk kat Akiff dan tanya dia apa agaknya ni, tau ape Akiff jawab? Aiskrim!!! Hahaha…

Aduhh… banyak sangat kenangan dengan mendalah tikam ni. Walaupun dikira permainan judi untuk kanak-kanak tapi dulu mana kisah sangat benda macam ni. Mak pak dulu tak kesah pun, tak banyak pantang larang. Mak pak sekarang jer, itu tak boleh. Ini tak boleh.

Dulu jajan tu la makanan tiap kali balik sekolah. Anak-anak sekarang nak makan jajan pun kadang-kadang jer sebab mak pak terlalu concern bab makanan kesihatan untuk anak..

Banyak sangat benda yang nak diimbau kembali bila ke kedai Childhood memory lane ni. Semua ni zaman kitorang yang lahir tahun 1970an – 1990an.

Kekadang aku terfikir, adakah aku dapat berikan kehidupan zaman kanak-kanak anak-anak aku seperti apa yang sepatutnya diorang lalui. Kita sebagai parents zaman moden ni kekadang terlalu banyak pantang larang. Terlalu banyak yang tak boleh. Main hujan tak boleh, main panas tak boleh, main sesuatu yang mengotorkan baju pun tak boleh.

Walhal itu la permainan kita dulu. Mana kenal hujan panas semua tu. Kekadang longkang pun boleh jadi port main. Semua tu jadi kenangan indah untuk dikenang. Harapnya aku dapat bekalkan kenangan indah zaman kanak-kanak anak-anak aku dengan sebaik mungkin untuk diorang kenang bila dah besar.

Throwback gambar aku darjah 3 di Sekolah Kebangsaan Wan Abdul Samad, Pokok Sena, Kedah.

Filed Under: Parenting, Personal, Shoping Tagged With: Childhood memory lane, kanak-kanak, Parenting, Personal, throwback

« Rewards untuk Watsons VIP members sempena ulangtahun ke-7
Akiff belum pun darjah 1 dah terpaksa tukar sekolah. »

Comments

  1. Haidar says

    September 13, 2017 at 11:43 am

    Fuhh kalau bawak anak ke sini tentu banyak benda yg disuruh belinya…

    Reply
  2. mas saari says

    September 13, 2017 at 11:52 am

    Bestnya, macam² ada! Semuanya kenangan dan nostalgia zaman kanak² dulu, gam dengan bubble gum 3 biji tu paling dikenang.

    Reply
  3. Mybelajar says

    September 13, 2017 at 1:03 pm

    Teringat pulak zaman kanak2.

    Reply
  4. IQ aka Izyan Balqis says

    September 13, 2017 at 3:37 pm

    dekat mytown ni ada kedai, dekat ioi tu macam gerai booth je, tu pun dah seronok. nanti pergi mytown nak cari kedai ni!

    Reply
  5. saidila@kaklong says

    September 13, 2017 at 11:33 pm

    rasa nak bawak anak2 jugak kat sini…mampuihh berjam diorang kena dengar mama nak trobek

    tapi gam picit tu pernah belikan jugak untuk budak2…masih ada jual kat kedai alat tulis yang biasa2

    Reply
  6. YB Shehan says

    September 22, 2017 at 12:05 pm

    hebat la p sekolah bawak 5 kupang. hahahha. kami dlu bawak 2 kupang ja. leh mnum ayaq ngan nasi lemak. awat murah gila hahahaha. tringat arwah pakcik kantin plak. huhu. gam tu bes,,

    Reply
  7. Mama Kembar 3 says

    October 7, 2017 at 7:44 pm

    Mmg throwback sungguh laa kalau pi kedai ni, pastu angkut biskut timbang banyak banyak hehe

    Reply
  8. akuzle ayu says

    April 27, 2018 at 11:27 pm

    argkh! sedapnya gula2 telur..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative