Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) makin kurang dapat sambutan…

September 5, 2017 by Admin 3 Comments

Spread the love

Aku pelik betul bila orang jauh datang KL mesti nak pergi pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman. Aku yang dah lebih 10 tahun dok KL ni pun baru dua kali rasanya aku ke pasar malam Jalan TAR tu. Sesak giler kowt…

Baru-baru ni mak abah aku dengan mertua dan sepupu sepapat aku ada datang KL untuk attend wedding cousin aku. Lepas wedding kitorang jenjalan kat pasar malam jalan TAR. Dah lama tak ke sana, kalau tak disebabkan diorang rasanya memang aku tak kan pergi pun.

Tapi pasar malam jalan TAR sekarang dah tak sesak macam dulu. Kalau dulu, berjalan pun siap selisih bahu. Tapi sekarang walaupun orang ramai tapi masih ok lagi. Mungkin faktor ekonomi sekarang kot yang menyebabkan kuasa membeli kurang.

Atau pun mungkin sebab orang dah bosan dengan pasar malam situ, takda tarikan istimewa pun berbanding pasar malam tempat lain… Mungkin sebab tu orang dah makin berkurang. Situ kan kawasan tarikan pelancong, sepatutnya banyakkan lagi jualan produk tempatan macam makanan atau kraftangan. Tapi yang aku perhatikan, banyak orang jual baju jer. Huhuhu…

Makanan pun takde yang menarik sangat bagi aku. Kan bagus kalau ada makanan tradisi dari negeri-negeri seluruh Malaysia dijual kat situ. Baru la pasar malam jalan TAR ni boleh dijadikan sebagai tarikan pelancongan bukan jer untuk orang luar tapi untuk orang Malaysia jugak.

Apapun, seronok jenjalan ramai-ramai macam ni walaupun hanya ke pasar malam. Dah macam rombongan cik kiah, riuh rendah. Pastu kejap orang tu hilang, kejap orang ni hilang. Hahaha… Gambar atas ni pun bukan semua yang ada, kitorang hari tu semua ada 20 orang. Sebijik Hyundai Starex dengan 2 buah kereta.

Asalnya waktu siang hari kitorang ke wedding cousin aku. Lepas wedding aku plan nak bawak diorang jenjalan sekitar KL. Dah alang-alang bawak kereta besar kan, boleh terus ronda-ronda KL tengok pemandangan malam KL. Hehehe… Korang kalau ada sedara mara datang ramai-ramai, aku syorkan sewa jer kereta besar macam Hyundai Starex ni sebab nak kemana-mana lebih mudah sebab takyah gerak banyak kereta dan menariknya lagi sebab bila dah ramai-ramai dalam kereta, memang riuh rendah jadinya. Jalan jem pun tak terasa. Next entry aku cerita detail pasal Hyundai Starex tu. Berapa harga dan kat mana nak booking…

Loading

Filed Under: Family, Personal Tagged With: Jalan-jalan, pasar malam jalan tar, Personal

« 5 Tanda Unit Penyaman Udara Perlu Diservis
Sewa kereta MPV Hyundai Starex untuk bawa keluarga bercuti »

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis says

    September 5, 2017 at 5:08 pm

    abah IQ ada sebijik starex ni. memang best naik ramai2. kitaorang adik beradik + adik2 kecik + anak sendiri…penuh!

    Reply
  2. Mama Kembar 3 says

    September 5, 2017 at 7:18 pm

    Dah bertahun tak pi pasar mlm jln TAR tu, tak suka ramai ramai bersesak huhu

    Reply
  3. Haidar says

    September 6, 2017 at 3:23 pm

    Dari dulu ini salah satu tempat wajib pergi kalau berkunjung kalau ke KL..

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative