Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Sewa kereta MPV Hyundai Starex untuk bawa keluarga bercuti

September 6, 2017 by Admin 3 Comments

Spread the love

Hari tu kan sedara mara aku beramai-ramai datang KL. Aku booking kereta jenis MPV untuk bawak diorang ronda-ronda KL. Korang rasa muat tak semua orang yang dalam gambar atas ni dalam sebuah kereta MPV jenis Hyundai Starex?? Yes muat kalau main sumbat jer tanpa ambik kira keselesaan penumpang dalam tu. Hahaha… Tapi jangan buat perangai macam tu yer sebab dah dikira lebih muatan tu. Sebabnya Hyundai Starex hanya ada 12 seater jer. kereta sewa MPV murah

Ni keadaan dalam Hyundai Starex… Memang selesa sangat… Kereta yang aku dapat ni pulak macam baru jer sebab sentiasa dijaga dengan baik oleh owner…

1st time aku bawak kereta besar gedabak ni. Mulanya agak kekok jugak, tapi nasib baik kereta auto, kejap jer dah boleh biasakan diri. Hehehe… Masa ni aku bawak mak abah dengan mertua pergi wedding cousin aku. Nak naik 1 kereta jer tak muat sebab tu aku booking Hyundai Starex. Dah alang-alang booking kereta besar, terus la aku plan nak bawak diorang jenjalan sekitar KL lepas majlis wedding. Ajak sekali dengan cousin aku yang mana ada.

Besar kan kereta ni.. Memang cukup selesa dan paling happy adalah budak Akiff dengan Azif. Kejap kat depan, kejap ke belakang. Plan asal aku nak ronda KL jer pastu singgah pasar malam Jalan TAR then lepak kat Dataran Merdeka. Tapi sebab malam tu cuaca tak ok sangat, lepas ke pasar malam kitorang terus jer balik.

Nampak dak Azif melangut tengok citer katun upin ipin… Aku suruh dok seat belakang tengok screen kat belakang die tak nak. Dua-dua berebut nak duduk depan… Kalau korang sewa keter ni jangan lupe bawak movie sendiri dalam pendrive, nanti cucuk jer kat situ untuk tengok. Kalau takde movie sendiri, layan jer la movie yang ada disediakan dalam keter tu…

Abah cakap hujung tahun nanti kalau jadi plan bercuti ke Pantai Timur, boleh sewa kereta ni jer. Banyak boleh jimat bila 3 kereta boleh dimuatkan dalam 1 kereta jer. Lagi pun kereta ni menggunakan enjin diesel, so memang dah jimat dari segi kos minyak. Satu lagi, bila dah ramai-ramai dalam kereta, kemeriahan tu lebih terasa sepanjang perjalanan.

Korang yang berminat nak sewa kereta MPV jenis Hyundai Starex boleh contact detail yang aku letak kat hujung entry ni. Kadar sewa adalah fleksible, boleh sewa ikut hari atau ikut jam.

RM 450.00 per day(24 hour)
RM 2,500.00 (7days/1week)

Daannn sekarang ni ada promosi. Kalau sewa lebih dari 4 hari. owner kereta akan bagi kereta dengan minyak full tank. Wooo serius jimat. Minyak full tank Hyundai Starex ni boleh pergi sampai 700km koooo… Untuk maklumat lanjut hubungi no kat bawah ni…

Contact:
Fira: 017-3136065
Zikri: 011-11424959
kereta sewa MPV murah

Filed Under: Advertorial, Review, Servis Tagged With: hyundai starex, kereta MPV, kereta sewa, kereta sewa 12 seater, kereta sewa murah, sewa kereta murah

« Pasar malam Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) makin kurang dapat sambutan…
Rewards untuk Watsons VIP members sempena ulangtahun ke-7 »

Comments

  1. mamatisya says

    September 6, 2017 at 12:37 pm

    mmg syok naik starex…pernh naik ngan family inlaw 7 dewasa 4 kanak2

    Reply
  2. Haidar says

    September 6, 2017 at 3:22 pm

    Hyundai Starex MPV pilihan ramai. Besar, dan jimat minyak.

    Reply
  3. mrhanafi says

    September 6, 2017 at 5:35 pm

    kereta memang besar gedabak…

    saya takut juga nak bawa kereta besar-besar gitu..

    tapi bagus kerana boleh sumbat satu kampung dalam satu kereta..

    cuma harga agak mengerunkan untuk mereka yang kurang kaw-kaw income

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative