Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Langgar pantang selepas pembedahan lutut ACL

September 23, 2017 by Admin 11 Comments

Spread the love

Bulan 11 tahun lepas aku ada menjalani pembedahan lutut disebabkan ligamen ACL lutut yang putus. Perkongsian aku dalam blog berkaitan pengalaman menjalani pembedahan lutut ACL banyak menjadi rujukan pembaca yang turut mengalami nasib yang sama macam aku.

Tapi bagi aku, pembedahan lutut ACL bukan perkara utama yang perlu dirisaukan tapi yang lebih penting sebenarnya ada proses recovery iaitu fisioterapi. Aku malas nak ulang cerita banyak kali dalam blog ni tapi korang boleh baca cerita pengalaman aku menjalani fisioterapi selepas pembedahan. Serius perit dan serik. Jangan lupa baca jugak komen-komen kat entry tu sebab ramai sangat yang tanya pendapat aku dan risaukan keadaan diorang yang tak sama perkembangan macam yang aku ceritakan.

Memang la tak sama sebab proses recovery tu bergantung kepada penerimaan badan korang sendiri dan juga macam mana kesungguhan korang menjalani fisioterapi.

Tapi ada sesuatu yang Dato’ Dr. Ali pesan kat aku dulu. Pastikan buat rutin senaman fisio sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama setahun kalau betul-betul nak kembali fit untuk bersukan. Lepas setahun baru boleh bersukan… Huhuhu…

Pesanan ni aku tak dapat follow, serius memang berat nak commit dengan apa yang dia pesan tu. Tapi aku cuba juga utk teruskan fisio walaupun kekadang seminggu sekali dan kekadang 2 minggu sekali.

Tapi start bulan puasa hari tu aku dah stop terus buat fisio sampai hari ni. Alasan, Malas!!! Hahaha… Semalam aku langgar satu lagi pantang yang dipesan… Aku kembali bersukan walaupun belum cukup setahun… Hohoho…

Miss Permaisuri memang bising la bila tahu aku nak main futsal sebab baru 10 bulan kowt… tapi sebab dah gian sangat nak bersukan, aku turutkan jugak perasaan ni walaupun dalam hati rasa takut.

Semalam rasa neves giler masa nak main, cuak sebab takut kaki sakit balik. Main pun cukup berhati-hati dengan setiap langkah tapi ada ketika terlupa jugak yang kaki tu belum cukup fit. Hehehe…

Perasaan trauma nak sepak bola, nak tahan bola, nak berlari semua tu masih kuat. Macam susah jer nak kikis perasaan tu, mungkin lama-lama ok kot. Kengkawan pun sangat sporting, diorang pun cukup berhati-hati bila main dengan aku. Yang tahu sejarah aku, nampak aku berlari pun diorang dah risau. Hahaha…

Tapi Alhamdulillah semua ok. Kalau tanya aku nak main lagi tak, aku nak main lagi tapi bukan dalam masa terdekat. Sebabnya semalam ada jugak terasa goyang kat lutut tapi masih under kontrol. Hehehe… Semalam tu test jer, InsyaAllah nak kena start fisio balik kot untuk kuatkan muscle kaki.

Korang jangan buat perangai macam aku, kalau nak masuk running tu ok lagi bagi aku tapi bila main futsal, pergerakan kaki tu kekadang luar kawalan. Sangat berisiko kalau kaki belum cukup fit..

Loading

Filed Under: Kesihatan, Personal Tagged With: ACL, fisioterapi, Kesihatan, pembedahan lutut, Personal, recovery ACL

« Akiff belum pun darjah 1 dah terpaksa tukar sekolah.
Ajar anak berus gigi? Tak perlu paksa tapi pujuk jer… »

Comments

  1. Permatabiru says

    September 24, 2017 at 9:15 am

    Uihh..hati2 kena bg sembuh betul2 bru boleh aktif sukan

    Reply
  2. wafi says

    September 25, 2017 at 7:54 pm

    Bahaya bro, rileks dulu saya koyak acl

    Reply
  3. Lokmanamirul says

    October 6, 2017 at 12:23 pm

    Pernah acl kena hati2…

    Reply
  4. Ivy says

    May 21, 2018 at 9:36 pm

    Biasanya berapa bulan baru dapat jalan . Sebab sy pun baru operate acl 2 minggu lpas sebab rugby

    Reply
    • Admin says

      May 23, 2018 at 2:55 pm

      Dlm sebulan dah boleh berjalan mcm biasa dah… boleh baca kat article yg ni pulak https://lancareno.com/2016/12/fisioterapi-selepas-pembedahan-lutut-acl.html/

      Reply
  5. Mohamasir Bin Muhammad says

    March 17, 2019 at 4:33 pm

    Lps sebulan operate blh jln normal ke tanpa guna tongkat?

    Reply
    • Admin says

      March 17, 2019 at 5:00 pm

      Yer.. Saya lps sebulan dah jln mcm biasa.. Xde tongkat dah..

      Reply
      • Irfan says

        April 30, 2019 at 5:27 pm

        Assalamualaikum..seminggu lps sye telah melakukan pembedahan ACL dan MCL dan telah menjalankan fisioterapi .Alhamdullilah sye sudah berjaya mengangkat kaki secara lurus dan bertongkat ketika berjalan.namun yg merisauknn sye kini apabila hendak membengkokkan kaki terlalu sukar utk dilakukan ..Sye hanya dpt melakukan sekitar 50 degree sje.adakah itu perkara normal?

        Reply
      • Admin says

        May 3, 2019 at 10:18 am

        Alhamdulillah… progres positif dah tu… Cuma masih terlalu awal utk tidak pergi fisioterapi… Kena refer fisioterapi dan dptkan maklumbalas diorang… Bg saya, kalau dlm smggu mmg normal terasa sakit bila nak bengkok. degree utk bengkok bergantung kpd keadaan kaki…

        Reply
  6. Nizar says

    September 29, 2020 at 8:43 pm

    Berapa kos pembedahan dan fisioterapi di KPJ?

    Reply
    • Admin says

      October 20, 2020 at 10:49 pm

      Bkn dah tukar.. Dia masih pakai no sama cuma no tu utk wasap jer…. Call mmg x dpt.. Cuba wasap..

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative