Dah lama draft entry ni aku simpan tapi baru hari ni aku nak ceritakan balik. Proses nak tukar sekolah pun macam dah ingat-ingat lupa.
Kisahnya macam ni, masa pendaftaran sekolah darjah satu sesi persekolahan 2018 dibuka tahun lepas, aku dah pun isi online dalam web public.moe.gov.my sebelum tarikh tutup pendaftaran. Aku dah pun ceritakan dalam entry dulu pasal pendaftaran darjah 1 dak Akiff. Korang boleh baca balik kat situ k…
Kena ingat yer yang pendaftaran online darjah 1 dibuka 2 tahun sebelum tahun persekolahan. Tapi disebabkan ada beberapa faktor menyebabkan aku terpaksa tukar sekolah Akiff yang aku daftarkan dulu kepada sekolah lain atas beberapa faktor…
Dulu aku daftarkan Akiff ke sekolah A yang jaraknya dalam 1km dari rumah aku. Tapi sekarang aku nak tukarkan Akiff ke sekolah B yang lebih dekat dengan rumah. Jangan tanya kenapa dulu aku daftarkan sekolah yang jauh sikit sedangkan ada sekolah yang lebih dekat. Haaa ade la sebabnya. Punca kenapa aku nak tukar sekolah tu aku malas nak cerita. Hehehe…
Tapi masalahnya aku dah agak terlambat untuk buat permohonan pertukaran sekolah. Bulan 7 tahun ni baru aku decide nak tukarkan sekolah Akiff untuk darjah 1 tahun depan tapi urusan online dah pun ditutup. Lagi pun sekolah A dah mengesahkan penerimaan permohonan aku. Huhuhu…
Jadi, aku try call sekolah untuk tanya prosesnya. Diorang mintak aku call Pejabat Pendidikn Daerah (PPD) memandangkan aku dah tak boleh edit permohonan aku secara online lagi.
Aku try call PPD dan diorang kata hanya Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPN) jer boleh bantu sebab once online dah ditutup, akses untuk tukar permohonan atas talian hanya boleh dibuat oleh JPN.
Aku call JPN pulak untuk mintak bantuan. Mulanya yang bercakap dengan aku tu kata tak boleh sebab alasan aku nak tukar sekolah tak kukuh. Dia suggest aku tunggu jer result penempatan sekolah dikeluarkan kemudian baru aku buat rayuan pertukaran sekolah. Tapi still peluang nak tukar tu tipis sebab sekolah yang aku mohon ni masih dalam daerah yang sama. Bukannya bertukar ke daerah lain. Tapi die kata kalau nak cuba jugak boleh cuba mintak kerjasama PPD uruskan dan tak perlu libatkan JPN pun sebab sekolah masih bawah urusan PPD yang sama..
So, aku call PPD sekali lagi dan ceritakan apa yang dicadangkan oleh staff di JPN tu. Tapi staff PPD cakap, kalau aku tunggu result penempatan keluar, aku tak boleh buat rayuan pertukaran sekolah sebab button rayuan tu hanya akan appear untuk permohonan yang tak dapat sekolah yang dipohon.
Macam kes aku, kalau result penempatan tu dapat sekolah A sama macam permohonan asal aku memang aku tak boleh buat rayuan. So, die cadangkan aku call JPN untuk batalkan permohonan sekolah yang aku dah buat tahun lepas tu dan aku buat permohonan baru. Tapi permohonan baru tu nanti akan dikira permohonan lewat.
Permohonan lewat tak akan dikenakan sebarang denda cuma implikasinya result penempatan darjah 1 hanya akan tahu pada hujung bulan 11 tahun ni. Maksudnya lambat la tahu berbanding orang lain yang akan tahu pada bulan Ogos.
Jadi, kemungkinan Akiff akan terlepas hari orientasi darjah 1 kat sekolah nanti sebab trend kebanyakan sekolah sekarang ni kan buat hari orientasi pada minggu pertama cuti persekolahan hujung tahun. Nanti orang dah selesai orientasi, aku baru dapat keputusan penempatan…
So, mulanya aku fikir ok jer terlepas orientasi pun tapi rupanya ada 1 lagi yang Akiff akan terlepas iaitu Ujian Orientasi Tahun 1. Ujian ni adalah untuk menentukan kedudukan kelas berdasarkan tahap murid. Hohoho… Kalau terlepas ujian tu maksudnya Akiff mungkin diletakkan dalam kelas belakang. Huhuhu.. Kalau bolehterlepas tak nak la terlepas ujian ni.
Jadi, sekali lagi aku call JPN mintak bantuan dan pandangan dan kali ni staff lain pulak yang melayan panggilan aku. Die syorkan aku pergi ke sekolah A dan batalkan permohonan aku secara manual kat sana. Dan dalam masa yang sama dia akan buka kembali permohonan online untuk aku. Lepas tu aku kena kena login dan batalkan permohonan lama secara online pulak dan buat permohonan baru.
Lepas tu aku kena print dan bawak permohonan baru tu ke sekolah B yang aku nak pohon tu. Dah settle tu nanti staff JPN tu akan bantu untuk percepatkan pengesahan sekolah baru supaya aku tak termasuk dalam katigori permohonan lewat.
Selepas 2 minggu akhirnya aku semak permohonan baru aku tu dah disahkan dan selang beberapa minggu aku dah dapat surat pengesahan penempatan dari sekolah. Alhamdulillah…
Sekarang ni tunggu surat panggilan orientasi pulak.. Terima kasih staff PPD dan JPN yang membantu aku. Staff JPN yang memula tu sajer jer kann tak nak layan permohonan aku. Cisss…
Settle urusan ni, aku kalut dengan pandaftaran KAFA pulak.. yang ni pun aku ada konfius jugak tapi nanti la aku ceritakan pasalkepada KAFA pulak k…
ciksepet says
susah juga ye . dulu masa lisa sekolah dulu tkde tukar2 sekolah… tu tk berapa tau sangat. huhu ,,, pengorbanan mak ayah tak mudah ….
permatabiru says
anak sy pun dlm proses rayuan.hope ada peluang ke sekolah yang di pohon.
dah daftar back up sekolah lain if rayuan tak di terima 🙂
yanamib says
ngada abah akiff ni nk tkr² sekolah :p
tp zafirah pn aku nk tkrkan sekolah gak ks dkt dgn opis apak dia…haha thn dpn br buat…
Dkna Abza says
staff JPN tu tak tau ek ko blogger hebat.. aku harap dia baca blog ko ni..hihiii. Apa pon, memudahkan urusan orang lain, inshaAllah Dia akan bantu memudahkan urusan kita kembali..
YB Shehan says
Ooo. Batalkan dulu. Lega dh setel.
ema says
Nasib dapat pegawai yang bantu utk mudahkan urusan.. Barulah lega kan.
Haidar says
Moga Akiff menjadi anak yang cemerlang dunia dan akhirat.
Emy says
Sy pn tgh susah hati ni..tolong sye… ,=(
khozamila says
Mcm sy,jumaat nie dh nk pindah kat trg.tp surat pertukaran xberes lg,sy kena buat surat pertukaran rayuan utk ank sy yg darjah 1 th dpn.
hazliza says
Assalammualaikum sy rse kes cm sme jer..tp sy nk tukar negeri…sb fmly berpindah…pegawai ppd kate kne login smula dn kemaskini semula alamat skolah negeri dn tmpat tingal…sy dh puas buat tp ttap x bole nk tukar..cm mne yer..bole bntu x…sb tngal lg seminggu jer lg utk ank orentasi…
Shahrul Abdullah says
Mmg sebijik macam kes saya ni..harap-haraplah dapat pegawai yang macam ni bertugas nanti..huhu..doakan usaha saya dipermudahkan.. terima kasih banyak kerana berkongsi ilmu dan pengalaman tuan.
jas says
salam
saya nak bertanya
anak saya sekolah sesi 2021 bagi darjah 1
tapi saya nak tukar ke sekolah lain yang lagi dekat dari rumah … boleh ajar saya proses..
tq
Shanthini says
Salam
Nak tanya .. anak saya Tahun 1 2022.
Status daftar menunggu pengesahan sekolah A.
Sekarang saya nak tukar sekolah ke daerah lain, sekiranya kalau saya boleh tak saya select kemaskini untuk tukar Sekolah ke sekolah B di daerah yang saya akan berpindah.
Pls advise.
Admin says
Hurmmm… sy syorkan pergi batalkan pendaftaran sek skrg ni sceara manual di sekolah. Kemudian buat pendaftaran baru.
Nor Saadah says
Kne batalkan ke Walaupun dah dapat jawapan sekolah
Nefi says
Salam. Kes saya sama macam Puan. Saya dah call PPD dan katanya mulai 1 March – 30 April 2021 ini, system permohonan online akan dibuka dan kita boleh lah membuat kemaskini pda masa itu. Seperti yang puan telah lakukn sebelum ini, puan print permohonan yg telah dikemaskini dan hantar ke sekolah yg baru dipohon. Semoga semua lancar.
Kepada admin, terima kasih atas post ini kerana ia banyak membantu saya. Terima kasih.
KAMARUZAMAN AB AZIZ says
Macam mana dengan sekolah yang kita sudah daftarkan . Kena batal kan dulu ke secara manual di sekolah atau biarkan sahaja.
Norhaidah binti isdal says
Mau pindah sekolah ank derja 1
Nor Saadah says
Saya dah dapat penempatan sekolah.tapi nk batalkan cam ne yer.sbb ke daerah laen..