Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Daftar segera program larian Kids Eco Dash untuk anak

October 20, 2017 by Admin 8 Comments

Spread the love

Teruja pulak aku bila ada program larian berteraskan eco pelancongan yang hanya melibatkan kanak-kanak. Jarang ada program yang macam ni. Kalau program sekolah yang anjurkan, itu dah biasa dengar. Tapi yang ni adalah open untuk semua kanak-kanak berusia antara 4 hingga 12 tahun dan program ini disokong oleh Tourism Malaysia dan juga NBOS.

Kids Eco Dash akan berlangsung pada 28 Oktober 2017 di Taman Eco Rimba, Bukit Nenas selepas mendapat sambutan menggalakkan dalam siri pertama yang telah diadakan di Taman Botani Negara Shah Alam sebelum ni.

Penyertaan adalah terbahagi kepada 3 kategori mengikut peringkat umur.

1. Caterpillar; 0.8km (4 – 6 tahun)
2. Rabbit; 1.8km (7 – 9 tahun)
3. Tiger; 3km (10 – 12 tahun)

Akiff baru umur 6 tahun dan nanti akan didaftarkan dalam katigori caterpillar yang jarak larian hanya 800 meter. Aku rasa 800 meter takde masalah untuk Akiff sebab kalau aku jogging dengan dia kat area tasik rumah aku, selamber jer die berlari tanpa henti 1 pusingan tasik tu yang jaraknya aku rasa dalam 1km.

Yang menariknya Kids Eco Dash kali ni akan diadakan di Taman Eco Rimba Bukit Nanas yang terletak di tengah bandaraya KL iaitu disekitar menara Kuala Lumpur. Aku pun tak pernah lagi singgah di hutan simpan yang cukup menarik ni.

Dengan penganjuran program macam ni dapat la memupuk rasa cinta dan sayang kepada alam semulajadi secara tak langsung memperkenalkan kawasan eco perlancongan kepada orang ramai.

Jom korang daftarkan anak untuk Kids Eco Dash ni. Pendaftaran hanya RM35 jer dan setiap penyertaan akan dapat sehelai tshirt, medal, race bib dan goodies bag. Untuk maklumat lanjut dan mendaftar boleh klik link bawah ni.

https://www.sbbhosted.com/event/kids-eco-dash-2-0-2017-55

Parents jangan risau sebab kita juga boleh terlibat dalam sebahagian dari program ni dengan mendaftarkan diri sebagai sukarelawan. InsyaAllah aku akan berada di sana nanti sebagai sukarelawan dan Akiff akan menyertai larian Kids Eco Dash dalam kategori caterpillar.

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN: 23 Oktober 2017

Kredit gambar: Blog Zaza Iman & Bernama.com

Loading

Filed Under: Advertorial, Event, Info, Kesihatan, Parenting, Sport Tagged With: advertorial, hutan simpan bukit nanas, Kids eco dash, kids running, larian kanak-kanak, running, Taman eco rimba

« Pengalaman keguguran… Takut kena cuci rahim.
Refund dan pulangkan semula barang Ikea yang dibeli »

Comments

  1. Nina Mirza says

    October 20, 2017 at 1:59 am

    Nina pjn baru tahu pasal. Larian ni. , termasuk taman eko rimba kat tengah Kuala Lumpur.
    Menarik program macam ni.. Teruja nak Daftar anak join.

    Reply
  2. JULIA JOHARI says

    October 20, 2017 at 6:32 am

    Seronoknya…mmg best la acara mcm ni…mesti meriah

    Reply
  3. YB Shehan says

    October 20, 2017 at 10:37 am

    nak join tapi x boleh ler plak. minggu exam ms tu. huhu

    Reply
  4. Leyla Nurjatiey says

    October 20, 2017 at 12:13 pm

    seronoknya..ada aktiviti untuk kanak2..

    Reply
  5. Lya says

    October 20, 2017 at 12:46 pm

    Minat sangat nak ajak anak2 turut serta tapi jauh huhuhu

    Reply
  6. ciksepet says

    October 20, 2017 at 12:52 pm

    nk join tapi tkde anak pulak.. hahahaha.

    Reply
  7. mas saari says

    October 20, 2017 at 1:01 pm

    Bestnya, kalau bawak anak² ni mesti seronok. Sayangnya dalam pantang, kalau tak dah daftar untuk anak².

    Reply
  8. fizafantagiro says

    October 23, 2017 at 11:57 am

    Berseronok sambil belajar tentang alam sekitar. Aktiviti bagus untuk kanak-kanak 🙂

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative