Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Badminton Asia jalin kerjasama untuk menaikkan lagi sukan badminton

October 7, 2017 by Admin 1 Comment

Spread the love

Dalam banyak-banyak sukan, badminton adalah sukan pilihan No 1 bagi aku. Dulu aku main badminton seminggu 2 kali tapi sekarang dah terpaksa berehat sementara disebabkan kecederaan lutut (ACL) yang menyebabkan aku terpaksa menjalani pembedahan lutut hujung tahun lepas.

Sekarang ni aku menanam impian untuk tengok Akiff atau Azif pergi jauh dalam dunia badminton. Aku dah mula hantar Akiff ke kelas latihan badminton start umur dia 5 tahun lebih. Azif pun sama, nanti dah umur 5 tahun aku nak hantar dia training badminton jugak.

Sekarang ni dunia badminton sangat mencabar. Kuasa badminton bukan lagi dimonopoli oleh sesebuah negara sahaja tapi dah banyak negara terutamanya di Asia mula menyerlah diperingkat antarabangsa.

Baru-baru ini Badminton Asia iaitu badan sukan badminton di Asia di bawah pimpinan Persekutuan Badminton Dunia (BWF) menjalinkan kerjasama dengan E-Plus Global Sdn. Bhd. iaitu sebuah agensi pengurusan event yang mempunyai pengalaman luas dalam menguruskan kejohanan bertaraf dunia untuk memastikan kejohanan badminton mencapai peringkat yang lebih tinggi.

Majlis penandatanganan antara Anton Aditya Subowo iaitu Presiden Badminton Asia dan Andrew Ching, Ketua Pegawai Eksekutif E-Plus pada 3 Oktober 2017 yang lepas menandakan satu kejayaan baru bagi kedua-dua pihak sebagai titik mula perkembangan dunia badminton yang lebih cemerlang.

“Kerjasama kami dengan E-Plus adalah berdasarkan kepercayaan bersama kami dalam membangunkan idea-idea dan program-program untuk memenuhi keperluan semua peringkat. Ini juga merupakan sebahagian daripada matlamat kami untuk membantu Persekutuan Negara dalam mengembangkan bakat untuk Sukan Olimpik Tokyo 2020 yang akan datang. E-Plus dilengkapi pengalaman luas dalam mempromosi, menganjurkan dan membangunkan acara-acara sukan, dan saya yakin pelantikan ini akan meningkatkan lagi nilai Konfederasi di Asia.” kata Anton.

E-Plus adalah agensi pengurusan acara (events management) yang terkenal kerana kemampuannya mempromosikan dan menganjurkan acara sukan antarabangsa di seluruh rantau ini. Pelbagai program pembangunan sukan akan dirangka dan dilaksanakan bermula diperingkat sekolah dan akademik ke peringkat junior dan serantau serta pertandingan veteran dan elit akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Aku yakin program yang bakal dilaksanakan nanti mampu memberikan peningkatan menyeluruh kepada pembangunan badminton pada platform yang lebih luas.

Selain E-Plus, Seri Mutiara Development juga mengambil langkah yang sama dengan menandatangani kerjasama dengan Badminton Asia dalam membantu perkembangan dunia badminton di Asia. Sebuah hub sukan bertaraf dunia akan dibangunkan di Cyberjaya yang dinamakan Mutiara World yang dilengkapi dengan indoor arena yang boleh memuatkan sehingga 14,000 tempat duduk, lengkap dengan kemudahan latihan sukan, fitness center, medical/physio screening center, office towers, serviced apartments, sport theme hotel, retails & restaurant dan macam-macam lagi.

Dalam majlis yang sama juga turut diperkenalkan Koo Kien Keat iaitu pemain beregu negara yang pernah memegang rekod regu no 1 dunia sebagai High Performance Director of Badminton Asia.

Semoga kerjasama ini nanti mampu menaikkan lagi taraf sukan badminton ke satu tahap yang lebih tinggi.

Loading

Filed Under: Event, Sport Tagged With: Badminton, eplus, Event, sigining event, Sukan

« Tragedi Jam F&A Qiblat Sensor nyaris hilang masa travel
Pengalaman keguguran… Takut kena cuci rahim. »

Comments

  1. Haida says

    October 22, 2017 at 12:49 pm

    Semoga sukan badminton negara kita kembali seperti dulu kan.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative