Dah tertulis belum rezeki kami untuk tambah ahli keluarga. Dak Azif masih boleh pegang tittle Baby Boss lama sikit. Hari tu kitorang satu family memang excited lepas dapat tahu Miss Permaisuri pragnant. Keterujaan tu masih ada walaupun nak masuk anak ketiga. Kitorang teruja sebab memang dah ready dan merancang untuk dapatkan baby tapi perancangan Allah tu kan lebih baik. Ditakdirkan kandungan kali ni tak menjadi. Janin dalam rahim hanya membesar sehingga usia 8 minggu jer.
Sesuatu yang merisaukan Miss Permaisuri adalah bila fikirkan prosedur untuk gugurkan kandungan tu. Tapi untuk permulaan doctor bagi peluang 2 minggu untuk janin gugur sendiri secara semulajadi atau jika tak, terpaksa lakukan proses D&C atau orang kata cuci rahim.
Pengalaman keguguran dan cuci rahim ni aku tak boleh nak cerita detail sebab bukan aku yang alaminya. Walaupun Miss Permaisuri ada ceritakan secara details kat aku tapi aku tak tahu macam mana nak ceritakan balik. So, aku mintak Miss Permaisuri ceritakan balik pengalaman dia kat dalam blog aku ni.
Tapi kannn… boleh pulak dia kata dari tulis kat blog aku ni haaa baik die citer kat blog die. Lepas tu dia suruh aku copy paste jer… Nak suruh kredit kat blog die la tu… hahaha…
Okeh takpe, kat bawah ni adalah tulisan dari Miss Permaisuri tentang pengalaman keguguran…
21 Ogos 2017
Buat buku pink. Aku selalunya akan pergi waktu petang. Buka buku pink kali ni ambil masa yang agak lama sikit sebab ramai ibu baru nak buat buku pink. So, amik darah bagai dah pukul 5 petang masa tu. HB aku low masa tu, 10.4. Nak jumpa doktor tak sempat. Nurse suruh datang esok untuk jumpa doktor.
22 Ogos 2017
Check up dgn doktor pukul 2 petang. Doktor scan & nampak janin kecik macam 8 minggu. Padahal masa tu aku dah 11 minggu. So, dia mintak scan lagi sekali selepas 2 minggu.
6 September 2017
Check up utk kali kedua. HB aku naik sikit, 10.8.. Tapi tu pun masih di bawah paras sepatutnya. Selalunya kalau 11 ok dah. Aku kalau mengandung selalu ada masalah HB rendah. Hari yang sama jumpa doktor untuk scan. Bila scan susah dia nak cari janin. Doktor ambil masa lama gak cari. Aku dah ketaq dah. Doktor kata tinggal kantung ja ni. Awak mungkin miscarriege. Doktor buat surat untuk refer hospital bahagian O&G. Aku dah rasa mcm nak nangis dah. Sebak. Masuk dalam kereta cerita dekat husband berhenti sekerat. Ya laa.. Kita dah mula sayang dia kan. Tengok jadi macam ni.
7 September 2017
Pergi ke Klinik O&G bahagian kecemasan. Ambil BP & urine dulu. Lepas tu masuk bilik yang katil sama masa aku sakit nak beranak kat azif. Yang sakit main-main tu.. Hehehe.. Ok. Aku dah nampak nurse bawak keluar mulut itik tu. Haa.. Sudah.. Huhuhu.. Doktor masuk scan memang tak nampak janin. So, Doktor scan kat bawah. Nampak janin tapi heart beat dah tak dak. Janin still size macam 8 minggu. Doktor kata kantung pun dah tak bulat elok.
Lepas scan doktor buat penerangan sikit. “Kandungan puan ni dipanggil kandungan tak menjadi. Puan mengalami keguguran. Mungkin klu hidup baby tidak sempurna. Sekarang ni ada dua pilihan.. Puan nak tunggu 2 minggu lagi atau cuci rahim hari ni. Kalau cuci rahim ada risiko takut tertembus rahim n tertembus usus. Itu hanya 1% sahaja kebarangkalian. Ni prosedur yg perlu kami bagi tau..” Doktor kata macam ni sambil tangan dia gerak pusing2 macam kita bukak skru tu. Hang rasa???? Huhuhu.. Aku tanya the best way macam mana. Doktor suruh tunggu 2 minggu lagi samada janin akan keluar sendiri…
19 Septembe 2017
Aku ke hospital untuk rawatan lanjut tentang keguguran aku. Pergi scan nampak janin masih ada. Size yang sama & heartbeat memang dah tak ada. Memang masa ni aku dah Redha. Jumpa doktor untuk dengar apa seterusnya. Masa ni darah dah tak banyak keluar. Pinggang memang terasa sakit dah. Ingat pi boleh terus masuk wad. Doktor kata kalau warded tak tentu boleh buat D&C hari ni sebab penuh. Kena utamakan yang betul-betul emergency. Aku tekad nak buat dah. Doktor suruh panggil husband masuk dalam bilik dia untuk berbincang. Keputusannya aku kena datang balik esok pagi untuk warded dan proses seterusnya..
20 September 2017
Akhirnya warded jugak. Kalau boleh tak mau duduk lama la. Huhuhu… Tak suka. Dalam pukul 3.15 petang, doktor datang tanya aku last makan minum pukul berapa. Masa tu aku last minum Milo pukul 3 petang. Doktor suruh start puasa. Nak buat D&C malam tu jugak. Sebab esok bilik OT full. Dalam pukul 6.15 petang doktor masukkan ubat kat bawah untuk lembutkan pangkal rahim. Dia kata nak keluaq dah ni. Dia suruh rehat kat katil. Dalam masa sejam tu rasa macam darah keluaq. Banyaaaak. Aku gerak sikit pun darah keluaq.
Aku tekan bell kat hujung katil. Nurse dengan doktor mai.. Dia suruh aku buka kaki macam nak beranak tu. Darah keluar punya la banyak. Dia cakap kat nurse dalam 300 ni. Tak tau la 300ml ka 300g. Huhuhu.. Doktor tu call senior dia. Ada la cakap bahasa doktor yg aku sendiri dah lupa istilah dia. Yang aku ingat doktor senior tu kata “I’m going up”. Last sekali doktor suruh aku pi bilik prosedur kat depan. Depa bawak pi naik wheelchair. Sampai dalam bilik tu, dia suruh aku baring. Doktor senior tu mai dan mulakan prosedur. Dia guna mulut itik n ada satu lagi besi untuk korek.
Serious talk aku rasa pedih ja. Sakit sikit ja. Lepas dah double check tak ada apa-apa. Nurse cucuk kat paha untuk kecutkan rahim. Bila bangun tu aku rasa loya n rasa nak pitam. Nurse cakap muka aku pucat sangat. Aku cakap nak muntah. Tak sempat nurse ambil plastik.. Aku dah muntah atas tapak tangan. Sambung muntah dalam plastik. Duk fikir ja, apa pulak nak jadi ni. Lepas muntah rasa berpeluh sikit. Lega sikit. Tapi badan aku rasa lemah lagi. Nurse hantar aku ke katil. Masukkan air. Nurse suruh aku rest. Tapi rasa nak terberak. Aku bangun nak pi toilet. Rasa pening sangat. Sempat cuci tangan ja. Tak jadi berak. Buatnya aku jatuh satu hal pulak nanti. Balik katil rest sat. Terlelap kejap dan aku bangun makan roti dengan minum air sikit. Alhamdulillah dah rasa kuat sikit. Pagi esok aku kena skip breakfast. Doktor nak scan. Incase kalau ada lagi aku kena puasa sebab kena buat D&C jugak. Aku harap sangat tak yah buat D&C setelah aku lalui malam yang panjang ni. Huhuhu…
21 September 2017
Pagi-pagi lagi doktor dah mai tengok aku. Dia minta aku pi bilik prosedur nak scan. Mula-mula dia cek bawah untuk double confirm. Macam dah tak dak. Lepas tu dia scan. Dia kata ada sikit sangat ja. Tapi akan keluar sendiri bila darah nifas keluar.. Dalam 3 bulan ni dia suggest untuk aku makan ubat perancang sebab nak bagi rahim rehat…
Hah… itu lah pengalaman yang Miss Permaisuri ceritakan dalam Blog dia. Korang boleh baca blog dia di www.83zaza.blogspot.com. Kalau singgah sana mohon tolong sapukan sawang dengan habuk yang ada k… Sebab dah lama dia tak update blog tu… Hahaha…
amie says
Adeeehhh… pernah alami pengalaman keguguran, rasa cemas memang ada, tapi yang terlebih rasa tentulah perasaan sedih. Apa pun, semuanya adalah rezeki Allah. Yang penting, jaga kesihatan seperti orang berpantang juga.
Permatabiru says
Baca sampai abis..seriau juga ye xde lg pengalaman begini….tp kna ambik tahu juga.akn dtg kita tak tahu
aizamia3 says
Terasa macam diri sendiri pulak berada dalam situasi tu walau hakikatnya tak pernah ada pengalaman macam tu.
Andai selepas ni mengandung lagi, moga puan Isteri kuat dan sihat serta dipermudahkanNYA.
Eila says
Assalamualaikum, sy pun sama msalah mcm isteri enck. Janin xmnjdi sptutnya sy 13mnggu tp jnin mcm 8mnggu. Tp sy brlku pndarahan, kuar darah cikit je mcm darah haid. Dan kuar cikit darah beku hitam. Prgi ke hospt bntong doc scan dn doc gtau janin sy seakn xmnjd. Dn doc bekalkn sy ubt untk kuatkn rahim, doc xde mnyatakn yg janin sy xde jantung. Sy prgi hospt tmerloh, bru doc mngatakn yg janin sy xde jantung setelah di scan. Dan doc ngatakn pyh janin nk jtuh sbb doc bntong bg ubt kuatkn rahim, jd doc bg mse tgk cmne sama ada janin akn jatuh ke tak. 17hb ni sy kne p jumpa pakar bius. Skiranya janin xjtuh pd trikh slps trikh tu kmngkinan sy kne masuk wad 24hb ni. Tkut mnghantui diri. Ni ank no 3. Moga Allah permudahkan lah segalanya
Azyan says
2019 pengalaman ketiga sy keguguran..
Tp masa pertama 2017 yg paling teruk sakitnya sb janin mgkn da nelekat kat rahim, cuma die x jadi dan x sehat.. kcil dr sepatt nya.. darah keluar byk sgt2..buat jugak d&c… mase tu takut.. tp bnde mmg kne hadap… hadao je la..
2018 gugur jugak.. yg pling sedih, sb twin.. huhuhu.. trun jgak.. sb x shat.. jadi sy cm d&c 2 kali.. mase pertama masuk mulut itik amek sisa kat pntu rahim.. pastu.. scan..ade satu lagi, gembira sb ade satu lagi… tp esok nye.. satu lagi tu pon trun … huhu… 2019 keguguran yg ketiga say kguguran mggu ke 11.. tp kandungan x shat jgak… sy bleeding mcn period jer.. so amek kptusan tgu je seminggu yg doc bg tu untuk drh die bersih sndiri… xnk d&c kalau boleh .. huhu.. moga minggu dpn ni pegi, da bersih la..
tini says
sy pon pnah alami hal yg sama…3 thn lpas…tp ms tu kndungan dh 19 minggu.. ank nombr 2….xpe la blm ade rzeki lg…pcaturan Allah tu adlh yg tbaik…
Norhayati says
Sya dh kluar janin ..tp xdk darah darah ..kndungan 8 weeks ..ada kh normal atau bahaya
Nurlidya says
Sy baru jer keguguran…tpi x buat d&c..sbb doc check.. scan ats,bwh..guna mulut itik tu..adoi…sakit btl…pengalman pertama ni…klu blh xnk dh kena mcm ni
Nsib baik x jdi nk d&c….