Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman menyertai Kids Eco Dash sesuatu yang bermakna

October 30, 2017 by Admin 11 Comments

Spread the love

Suatu pengalaman yang cukup bermakna untuk Akiff bila dapat menyertai fun run Kids Eco Dash yang berlangsung di Taman Eco Rimba, Bukit Nanas, Kuala Lumpur. Sehari sebelum tu, Akiff dah mula teruja sebab asyik tanya tentang program larian kanak-kanak ni jer…

Awal pagi tu tak susah pun nak kejutkan dia bangun tido. Yer la, orang tengah excited kan.. Pukul 6.15 pagi aku dengan Akiff dah keluar rumah. Miss Permaisuri dengan dak Azif tak ikut. Awal kitorang keluar sebab risau takde parking kat sana. 6.40 pagi kitorang dah sampai di perkarangan Menara KL.

Pukul 7.30 pagi orang dah mula ramai dan acara bermula jam 8.00 pagi dengan nyanyian lagu kebangsaan dan jugak beberapa lagu kanak-kanak dan kemudiannya ada senamrobik yang diketuai oleh instructor dari Jumpstreet.

Jam 8.30 pagi larian dilepaskan secara berperingkat mengikut kategori bermula di perkarangan Menara KL dan menuruni bukit ke Taman Eco Rimba. Ada kategori Tiger, Rabbit dan Caterpillar. Details tentang pendaftaran Kids Eco Dish aku dah ceritakan dalam entry sebelum ni..

Akiff kategori caterpillar, flag off jam 8.45 pagi. Sebelum pelepasan, juruacara ada announce supaya bebudak jangan berlari, jalan jer sebab katigori sebelum tu bila dilepaskan jer ade yang jatuh tergolek-golek kena tolak. Tapi non hadoo nyer bebudak ni nak dengar cakap. Bila sebut go jer, berdesup lari. Comel giler tengok masa pelepasan tu. Korang boleh tengok video kat bawah ni.

Aku tak tahu pun yang larian diorang ni adalah larian berhalangan. Ada beberapa obstacle sepanjang trail tu tapi takde la mencabar sangat, sesuai dengan peringkat umur diorang. Bagus gak bila ada obstacle macam tu sebab ini menjadikan larian lebih menyeronokkan. Aku tak dapat nak follow sepanjang laluan tu tapi kalau tak silap aku, yang kategori Tiger tu siap ade laluan atas titi gantung..

Untuk kategori caterpillar, parents dibenarkan untuk follow sekali. Tapi aku tak sempat follow sepanjang laluan tu sebab bila aku turun kat Taman Eco Rimba tu, Akiff dah pun patah balik. Bagi aku laluan kat situ agak licin sebab ada laluan yang sedikit basah dan paling merisaukan bila ada kawasan yang agak curam. Faham jer la bila bebudak lari menuruni curam. Kitorang sukarelawan yang jaga laluan tu siap jerit suruh slow down. Aku jaga laluan tu kejap jer sebab sebok ikut Akiff berlari. Hahaha…

Tamat larian, semua peserta dapat medal dan sijil penyertaan. Rasanya tak sampai 20 minit pun Akiff berlari. Aku pulak yang terkejar-kejar sebab nak rekodkan video die. Hehehe… Tapi Akiff memang enjoy dengan event kali ni, siap tanya bila ada lagi sebab dia nak masuk lagi.

InsyaAllah, nanti ada lagi boleh la masuk. Dengar kata penganjuran event ni akan diperluaskan lagi ke seluruh negara dengan motif utama untuk memperkenalkan lokasi eco pelancongan yang ada dalam negara. Kiranya motif memang tercapai la sebab aku sendiri pun tak tahu yang kat tengah KL ni ade Taman Eco Rimba. Lepas ni nak repeat datang sini untuk explore apa lagi yang menarik ada di Hutan Simpan Bukit Nanas ni…

Selain dari fun run, ada juga aktiviti sampingan lain yang turut diadakan di perkarangan Menara KL hari tu antaranya pameran petting zoo, aktiviti bermain trampolin yang dibawakan khas oleh Jumpstreet, kedai jualan buah-buahan dan minumkan cultur dan banyak lagi. Ada promo khas juga kalau nak naik menara KL tapi aku tak naik pun.

Aku harap penganjuran lepas ni akan lebih lancar dan tersusun dan paling penting ciri-ciri keselamatan mestilah menjadi keutamaan. Parents pun kena belajar untuk dengar arahan jugak okeh, bebudak nak lari pun susah sebab parents sibuk nak ambik gambar (aku la tuu… hahaha..)

Loading

Filed Under: Akiff, Event, Personal, Sport Tagged With: Kids eco dash, larian kanak-kanak, menara KL, Sport, Sukan

« Refund dan pulangkan semula barang Ikea yang dibeli
How to increase the value of your home »

Comments

  1. Min says

    October 30, 2017 at 4:58 pm

    Bagusnyaaa akiff..bangun pagi2..hehe tahniah akiff mesti dia happy

    Reply
  2. sal says

    October 30, 2017 at 4:58 pm

    setuju .pihak penganjur perlu buat penambahbaikan lagi . bila involve anak anak ni faham je la kan…

    Reply
  3. Mama Kembar Tiga says

    October 30, 2017 at 4:59 pm

    Semangatnya Akiff nak join lagi eh, seronok sgt lah tu hehe

    Reply
  4. Leyla Nurjatiey says

    October 30, 2017 at 5:01 pm

    bestnya tengok budak lari..

    Reply
  5. Moha says

    October 30, 2017 at 5:02 pm

    Tak sabar nak tunggu si kecik ni besar. Masa tu boleh ajak dia join sekali aktiviti macam ni

    Reply
  6. ema says

    October 30, 2017 at 5:14 pm

    Tetap nak join lagi larian ni..anak2 seronok..

    Reply
  7. TATI MANSUR says

    October 30, 2017 at 5:17 pm

    Tergelak tengok video tu.. beria hist pesan jangan lari.. bila lepas je berdesup budak2 tu lari.. apa2 pun.. well done aqif.. good job!!

    Reply
  8. Ben Ashaari says

    October 30, 2017 at 5:24 pm

    Terbaekkk..pasni adik dia leh join sama..

    Reply
  9. fizafantagiro says

    October 31, 2017 at 8:20 am

    Semangattt Akiff.hihihi. Bagus aktiviti macam ni, dedahkan kanak2 dgn alam sekitar, explore macam2.

    Reply
  10. MRSZACOM says

    October 31, 2017 at 8:29 am

    TAHNIAH AKIFFF!!
    Bagus aktiviti mcmni sebab budak-budak didedahkan dengan pelbagai pengetahuan tentang persekitaran..

    Reply
  11. mas saari says

    October 31, 2017 at 5:27 pm

    Wahhh bestnya, nampak Akiff seronok. Nanti kalau ada lagi nak bawak anak² join jugak.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative