Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hadiah lain dari biasa. Hadiahkan Magic Miror mesti perempuan suka.

November 27, 2017 by Admin 7 Comments

Spread the love

Mana lagi susah? Nak cari hadiah untuk lelaki atau hadiah untuk perempuan? Orang kata, hadiah lelaki la susah sebab hadiah untuk lelaki tak banyak pilihan yang ada. Barang kulit, jam, perfume adalah yang biasa jadi pilihan untuk dihadiahkan kepada si lelaki. Untuk perempuan pulak biasanya handbag, kasut, jam, perfume, bunga, barang kemas dan banyak lagi.

Tapi bosan jugak kalau asyik ulang bagi benda sama jer. Macam aku sendiri, handbag adalah yang paling kerap aku bagi kat Miss Permaisuri sebab dia suka handbag. Tapi tahun ni aku bagi kelainan sikit dengan hadiahkan LED Magic Mirror sebagai hadiah birthday Miss Permaisuri.

Kenapa aku bagi Magic Mirror?
1st sebab benda ni limited dan comel sangat. Benda-benda comel kan perempuan suka. Selain tu benda ni memang akan digunakan pun bila dah ada sebab perempuan dengan makeup tak boleh dipisahkan.

2nd sebab magic mirror bukan sekadar cermin biasa yang bercahaya tapi ia juga berfungsi sebagai tempat simpan alatan makeup. Takde la berterabur jer barang-barang makeup tu..

3rd, boleh dijadikan hiasan sebab bentuknya yang comel. Tapi bukan sekadar hiasan biasa tau, hiasan yang boleh digunakan. Atau pybun kalau letak atas meja sebelah katil, boleh jadi sebagai lampu tidur.

4th memberi maksud yang mendalam. Cermin itu sendiri membawa maksud apabila pasangan melihat cermin tu, die akan melihat diri kita melalui dirinya. Kiranya 2 jiwa 1 rasa bersatu hati. Gittew…

Kelima sebab LED Magic Mirror by Connie Pery sesuai bagi korang yang teringinkan meja solek jenis Vanity Mirror tapi budget takde atau space kat bilik tak cukup untuk dapatkan Vanity mirror, so magic mirror sangat sesuai untuk menggantikan cermin tu.

Cuba tengok video ni yang aku rekod masa Miss Permaisuri unboxing hadiah ni. Dia memang teruja bila dapat hadiah ni. Bebudak Akiff dengan Azif pun tumpang menyebok sekali.

Bayangkan tiap pagi Miss Permaisuri bersiap untuk ke tempat kerja seawal jam 6 pagi. Waktu tu aku dengan anak-anak sedap mentido lagi. Kekadang terganggu jugak bila time die nak bersolek sebab bukak lampu bilik. Lepas ni dah takde lagi la silau sebab waktu pagi bila nak makeup dia hanya perlu on magic mirror jer…

LED Magic Mirror tak perluk batery, hanya perlu caj macam caj handphone. Cahaya lampu magic mirror pulak jenis soft light. Kiranya memang sesuai untuk makeup. Cahaya lampu tu boleh bertukar warna bila disentuh.

Senang kan nak ambik hati orang perempuan ni. Bagi diorang hadiah apa yang diorang perlukan dan sesuatu yang comel atau cantik.

Korang yang suka LED Magic Mirror ni boleh beli online jer melalui website Conie Pery atau ushar Facebook Coniepery dan Instagram Coniepery untuk sebarang pertanyaan. Harga ada 2 pilihan iaitu RM145.

Sekarang ni ada promo khas diskaun 20% untuk pembelian magic mirror ni untuk 20 orang pertama. Untuk dapat kod diskaun korang boleh hubungi no telefon kat bawah sebelum buat pembelian di website.

Tel: 018-2220780
Email: coniepery@gmail.com
FB: www.facebook.com/Coniepery/
IG: www.instagram.com/coniepery/
Website: https://www.pineapple.my/product/conie-perie-magic-makeup-mirror/

Loading

Filed Under: Advertorial, Beauty, Personal, Produk, Review Tagged With: beauty, conie pery, magic mirror, Personal, Produk, Produk review, review, Vanity mirror

« Dah lama tak shoot wedding. Kali ni shoot untuk pernikahan cousin sendiri
Selepas 6 tahun baru buat renovation rumah. »

Comments

  1. YB Shehan says

    November 27, 2017 at 12:32 pm

    Besnye besnye. Nak jugakkkk

    Reply
  2. explorasa says

    November 27, 2017 at 1:11 pm

    wow… berkenan lak tgk gambar abah careno dlm imbasan cermin tu…

    Reply
  3. kisahsidairy says

    November 27, 2017 at 3:28 pm

    bestnya..senang jugak nak bawak kemana²

    Reply
  4. permatabiru says

    November 27, 2017 at 3:36 pm

    SUKA MIRROR YG ADA LAMPU MACAM NIE

    Reply
  5. lisak says

    November 27, 2017 at 3:58 pm

    memang best aih. kualty cermin tu pun cantik gitu hihi .. sesuai juga nak wat travel sebab senang nak makeup kat mana-mana pun

    Reply
  6. Mama Kembar 3 says

    November 29, 2017 at 7:53 pm

    Haa betoi gak kan, tak yah pasang lampu bilik pagi pagi, guna lampu magic mirror tu ja

    Reply
  7. nadia johari says

    December 1, 2017 at 7:23 pm

    comel betul..boleh masukkan barg makeup dalam tu

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative