Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Secret Recipe tambah menu baru makanan kegemaran rakyat Malaysia

November 14, 2017 by Admin 10 Comments

Spread the love

Kalau sebut Secret Recipe memang orang dah terbayang kek. Bila sebut kek jer orang dah terbayang Secret Recipe. Ntah rahsia apa yang diorang letak sampaikan kek Secret Recipe takde tempat lain boleh lawan. Korang tahu tak? Selain kek, ada banyaaak lagi menu lain yang ada kat Secret Recipe.  Terbaru diorang ada tambah beberapa lagi menu kegemaran rakyat Malaysia.

Aku sekeluarga selalu jugak singgah makan kat Secret Recipe. Favourite aku Penang Assam Laksa. Korang dah pernah try blum? Serius sedap giler dengan pedas dan isi ikan yang berketul-ketul. Miss Permaisuri pulak kalau ke Secret Recipe suka order pasta. Tapi lepas ni boleh beralih kepada mee goreng seafood mamak. Perghhh… Aku baru jer try semalam…

Menu ni baru jer diperkenalkan bersama 2 lagi menu lain. Menu baru ni diperkenalkan sempena musim cuti sekolah akan datang. Kiranya ni menu bermusim, kejap jer ade ni haa… Kalau tak nak terlepas kena pergi try cepat…

Aku bagi 5 bintang untuk mee goreng mamak ni sebabnya memang sedap, secukup rasa dan terasa pedas yang semua orang pun boleh makan. Siap ada baby scallop dalam menu selain udang dan fish cake. Mee goreng sebenarnya susah nak dapat yang sedap even kedai mamak pun tak semua yang sedap. Tapi yang ni tak menyesal makan…

Miss Permaisuri pun suka. Terkejut aku dia boleh habiskan sepinggan tu sebab selalunya kalau makan mesti tak habis pastu aku la jadi tukang habiskan. Huh…

Ada 2 lagi menu lain yang baru diperkenalkan semalam iaitu Nasi Ayam Rangup dan satay..

Mulanya aku ingatkan set nasi lemak sebab ada sambal udang dengan timun dan telur rebus. Rupanya nasi ayam special yang diolah khas mengikut citarasa rakyat Malaysia yang sukakan pedas.

Yang menjadikan nasi ayam rangup ni istimewa sebab ada sambal udang yang menggantikan sup kosong. Biasa kalau makan nasi ayam memang dapat sup kosong kan tapi kat Secret Recipe dapat sambal udang. Lepas tu ayam rangup tu pulak sedikit spicy dan memang ngam makan dengan nasi.

Ni menu identiti Malaysia. Kalau ada kawan luar negara yang datang Malaysia, jangan lupa jamu dia satay. Kat mana-mana pun boleh dapat satay. Pasar malam, tepi jalan, warung semua ada jual. Tapi tak semua tempat sedap. Satay kat Secret Recipe lembut dan rasa rempah yang diperap tu cukup sebati. Paling ummp adalah kuah kacang yang dimakan dengan satay. Pekat, sedap dan pedas yang boleh diterima semua.

Sekarang ada promosi, dengan setiap pembelian main course boleh add on Brownies with ice cream dengan hanya RM6.90 atau pun chicken soup dengan hanya RM3.00.

Rupanya sup ayam ni dah lama ada cuma aku tak pernah order. Semalam Akiff suka sangat, semangkuk sup tu dia habiskan sorang jer. Akiff ni masalah sikit bab makan. Dia susah nak makan, kena paksa atau ada menu yang betul-betul special baru dia makan. Semalam aku paksa jugak dia makan sikit satay yang ada tu. Ok la, nak jugak dia makan walaupun sikit.

Dak Azif pulak ada kids menu untuk dia. Budak ni unpredictable. Kekadang makan kemain lagi. Kekadang langsung tak nak. Tapi semalam bagus jugak la sebab dia behave jer sambil dok layan mengunyah menu dia.

Penutup makan-makan kat Secret Recipe haruslah dengan kek kannn… Perut dah kenyang pun tetap jugak nak makan kek… Kalau tak nanti balik dok teringat… Gittew…

Itu kalau bercerita bab makan memang tak susah nak cerita sebab diakui menu diorang superb. Tapi kalau bab harga aku tak nafikan Secret Recipe agak mahal tapi rasa dan portion adalah berbaloi dengan apa yang dibayar. Macam kek jugak la kan. Nak murah pergi beli kedai lain tapi tak kan puas hati macam kek secret recipe.

Facebook: Secret Recipe Malaysia
Instagram: Secretrecipemy

 

 

Filed Under: Advertorial, Food, Review Tagged With: Food Review, kek, mee goreng mamak, menu baru secret recipe, Nasi ayam, Secret Recipe

« Aksi Akiff Azif di 3D Art Langkawi
Angkara WhatsApp, aku nyaris terlepas flight »

Comments

  1. Nina Mirza says

    November 14, 2017 at 4:07 pm

    Ok surrender! Tergoda ngan Mee goreng mamak tuu …

    Reply
  2. TATI MANSUR says

    November 14, 2017 at 4:12 pm

    Nampak menyelerakan mee mamak dia tu.. Semua cawangan eh ada mee goreng mamak ni..

    Reply
  3. Min says

    November 14, 2017 at 4:14 pm

    Sedapnya mee goreng mamak tu

    Reply
  4. Sheila Adziz says

    November 14, 2017 at 4:23 pm

    tengok sate sedapnya…. tp bila scroll lg kat bawah… fuhhhh kek tu lg mengancam…

    Reply
  5. Sofinah Lamudin says

    November 14, 2017 at 4:40 pm

    Sy ngan husband dtg secret recipe mmg demi cake. Haha.. Labuan tak ada secret recipe, kalau pergi Kota Kinabalu memang melantak cake kat situ.. Betul la cakap Lan, mee jarang dpt yg sedap hehehehe… Nak g try la mee mamak diorang ni..

    Reply
  6. Haida says

    November 14, 2017 at 8:15 pm

    Kek coklattttt… sedapnyaaaaa… lama tak pekena kek SR ni

    Reply
  7. IQ aka Izyan Balqis says

    November 15, 2017 at 11:56 am

    mengiurkan, sedap tengok menu2 dia

    Reply
  8. mas saari says

    November 15, 2017 at 10:44 pm

    Lamanya tak makan kat SR, dah banyak menu baru sekarang. Nanti bolehlah cuba, mee mamak tu memang nampak sedap!

    Reply
  9. nadia johari says

    December 1, 2017 at 7:24 pm

    boleh la try nanti bila datang secret recipe

    Reply
  10. Lokman Hakim says

    December 3, 2017 at 8:48 pm

    Nmpak menarik..sedap tengok menu2 dia

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative