Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kenapa penapis air Cuckoo jadi pilihan aku

November 6, 2017 by Admin 8 Comments

Spread the love

Bila sembang bab penapis air ni, kena hati-hati sebab semua orang ada pilihan sendiri. Takut nanti bila cakap penapis air jenama A tak best, orang yang pakai jenama A tu terasa pulak. Bila cakap penapis air jenama B tak bagus, nanti yang pakai tu akan terasa pulak. Masing-masing ada alasan sendiri kenapa pilih jenama penapis air tu.

Dah lebih 6 tahun aku guna penapis air jenama Dr.Sukida kat rumah. Jenis jimat budget punya sebab takde bayar bulan-bulan dan tak perlu pakai kuasa elektrik. Air tapis keluar terus kat pili air jer. Servis dan maintenance aku buat sendiri jer.

Tapi sekarang aku dah bertukar kepada penapis air jenis Cuckoo. Bukan sebab penapis air Dr.Sukida tak bagus tapi sebab nak upgrade kepada penapis air yang ada air sejuk dan panas.

So, beberapa minggu lepas aku ada pergi survey penapis air di booth yang ada dekat area rumah aku. Aku dengar penjelasan dan tawaran yang diberikan oleh salesman Coway dan Cuckoo dan akhirnya aku pilih Cuckoo disebabkan faktor-faktor berikut :

i. Terpengaruh dengan cara salesman Cuckoo yang banyak menerangkan kelebihan penapis airnya berbanding salesman Coway yang banyak ‘kondem’ penapis air jenama lain. Paling tak tahan bila dia tanya aku “selama ni pakai penapis air apa?” Aku jawab aku pakai jenama Dr.Sukida. Lepas tu selamber jer die cakap “Oooo… tak bersih tu. Jenama tu tak bagus. Coway ni dah lama dan memang terbukti kualiti air yang ditapis”… Adeh.. Nasihat aku, bila ko nak jual produk lebih baik fokus kepada kelebihan produk ko dari fokus kepada kelemahan produk lain. Salesman Coway tu siap cakap negatif tentang produk Cuckoo kat aku. Sebab tu aku kata antara faktor yang mempengaruhi aku adalah cara salesman tackle customer.

ii. Dari segi ekonomi, penapis air Cuckoo ada pakej yang lebih ekonomi untuk aku. Sebulan hanya RM75 selama 7 tahun dah monthly tu dah termasuk kos servis setiap 4 bulan dan jugak warranty. Kalau ada rosak apa-apa dah tak perlu fikir pasal kos repair untuk tempoh selama 7 tahun tu. Jenama Coway aku tak pasti ade tak yang lebih murah tapi kalau ada maksudnya salesman tu tak ceritakan kat aku. Tapi pasal servis dan warranty sama jer untuk Coway, monthly tu dah termasuk semua sekali cuma penapis air Coway akan diservis setiap 3 bulan. Lebih kerap la compare dengan Cockoo ni.

iii. Ada 13 level suhu yang boleh dilaras sendiri dengan penapis air Cuckoo jenis Iris Top. Ada panas, sejuk, suam dan suhu bilik. Boleh adjust nak panas tahap mana, nak sejuk tahap mana, nak suam tahap mana. Untuk yang suam tu aku set yang boleh terus bancuh susu. Tak perlu campur air panas lagi dah. Fungsi ni mungkin ada juga pada penapis air jenama lain.

iv. Tangki air besar dan memadai sebab dengan model Iris ni, tangki air panas adalah 1.4L, air sejuk 2.0L dan air suam 1.8L. Total 5.2L air… Tangki air besar untuk kegunaan biasa memang takda masalah, yang akan jadi masalah bila waktu raya atau kat rumah ada buat jamuan. Time tu memang nak sangat tangki penapis air yang besar.

v. Penapis air Cuckoo ni ada paip extra yang mengeluarkan air tapis direct dari pili air sama macam penapis air Dr.Sukida aku yang dulu. So, nak basuh sayur ke, buah ke, basuh beras ker masih boleh gunakan air bertapis direct dari singki. Penapis jenama lain aku tak pasti ade jugak ke tak.

vi. Design penapis air Cockoo jenis Iris cantik dan smart. Nampak macam exclusive, siap ada jam kat display tu.

Ni adalah pandangan peribadi aku sendiri, bukan review berbayar dari Cuckoo. Aku hanya ceritakan apa yang aku tahu dan apa yang membuatkan aku pilih penapis air ni. Aku hanya bandingkan dengan penapis air Coway sebab pada hari yang sama hanya 2 jenis penapis air ni jer yang aku singgah dan dengar dari jurujual. Mungkin ada jenama lain lagi yang lebih baik dan berbaloi tapi aku tak tahu. Kalau korang tahu dan ada pendapat sendiri boleh share kat ruangan komen bawah ni.

Untuk pengetahuan, keputusan untuk tukar penapis air ni dibuat last minit dan aku tak sempat pun nak google lebih lanjut cari yang mana yang terbaik. Memang bergantung sepenuhnya kepada jurujual mana yang dapat menambat hati aku.

<<<UPDATE MEI 2018>>>

Dulu aku pengguna dan pelanggan Cuckoo tapi sekarang aku dah jadi agent Cuckoo yang berdaftar selepas ramai kengkawan aku tertarik nak pasang penapis air Cuckoo macam aku jugak. So, kalau korang berminat nak tanya lebih lanjut pasal penapis air atau penapis udara jenama Cuckoo boleh whatsapp aku terus ok di www.wasap.my/60134307848

Filed Under: Info, Kesihatan, Personal, Produk, Review Tagged With: cuckoo, penapis air, Produk, review

« Menarik! Lavigo Resort, hotel baru di pantai Cenang, Langkawi.
Aksi Akiff Azif di 3D Art Langkawi »

Comments

  1. Dkna Abza says

    November 7, 2017 at 4:55 pm

    kita sama… geng cuckoo

    Reply
  2. Hafiz Rahim says

    December 7, 2017 at 5:02 pm

    Aku pakai penapis kat luar je. Tak terbuka hati lagi nak pakai penapis macam gini. Tunggu seru sampai

    Reply
  3. Aleesya says

    May 2, 2018 at 10:29 am

    Br je sign agreement tuk cuckoo iris smlm. Sama cm En. Abah Careno ckp la, salesperson Cuckoo ni xpun condemn jenama lain. Die asyik cerita kelebihan cuckoo diselangseli dgn gurauan cm dh kenal lama. Kbtln kami suami isteri pun mmg nk cari penapis air sbb dh penat dok usung botol air g mesin penapis air public. Mula2 nk pilih yg RM60, tp sbb kami rs seronok dgn penerangan salesperson tu suami terus tukar fikiran amik yg RM75. Nk amik yg RM120 tu cm canggih sgt lak wlupun ank dok usha suruh amik bl die dgr salesperson tu ckp ada fungsi suara. Lg pun kami br3 je kan…Heeee…

    Reply
  4. apit says

    August 15, 2018 at 12:16 pm

    aku pun dari pengguna cuckoo ke agent cuckoo. sambil2 minum sambil2 cari ilmu ttg produk cuckoo. (optional) dan sama2 share kpd org ramai untuk kesihatan diri dan keluarga.

    Reply
  5. Gg says

    August 20, 2018 at 2:25 am

    Kalo tgk review2 … dlm pada xsedar awk membeli cuckoo sebb kebaikan yg pada cuckoo ..tp bila awk jd penjual awk kondem product org untuk perkukuh kn quality product cuckoo .. sampi kn sistem comisyen pun di ceritakn .. hahaha .. yakin lh pd product awk tanpa kait kn ataw mention product org ..

    Reply
  6. Mohd Amin says

    January 25, 2019 at 9:29 pm

    nak tanya, Cuckoo boleh guna air paip boring ke? Kalu coway tak boleh, mesti nak paip dari air rawat punya.

    Reply
    • Nani says

      January 26, 2019 at 8:16 pm

      Saya pakai coway dr air paip boring.. kat kg klate xde air paip rawat.. yg ade cuma boring je.. tp skang cam nak tukar ke cuckoo

      Reply
      • Afiq says

        October 9, 2019 at 12:04 am

        Penapis air Cuckoo boleh pasang untuk air boring yg tertutup je (closed well). Telaga yang jenis open xboleh sbb chance air tercemar tinggi.

        http://cuckoo-store.com

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Buka puasa dalam ladang lembu Farm Fresh UPM.
  • Cermin kereta dah lama sangat. Terpaksa tukar cermin baru sebab dah tak jelas.
  • Sambal Daging Dendeng ready to eat. Standby stock kat rumah dan pejabat.
  • Korang wajib singgah kedai makan best ni di Kuala Selangor. Sedap dan berbaloi!
  • Bercuti ke Avillion Port Dickson. Hotel lama & usang tapi ok laa…
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2022 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative