Cuti sekolah kali ni mungkin yang paling bermakna bagi Akiff. Sebabnya dia betul-betul enjoy life kat kampung sebagai kampung boy. Sebelum ni kalau balik kampung Akiff tak dapat kebebasan macam sekarang ni. Habis sekampung dia ronda-ronda dengan basikal. Kekadang sengsorang die jer… Orang kampung pun dah lebih kenal Akiff dari abah die. Hahaha…
Cantik tak kampung aku? Sawah padi tengah menghijau memang cantik giler… Dulu-dulu masa ada pertandingan kampung tercantik daerah Kota Setar, kampung aku antara yang top jugak laa… Lanskap cantik dan bersih. Tapi sekarang dah takde pertandingan macam tu.
Kehidupan kat kampung memang best… Berbeza sangat dengan kehidupan kat bandar. Kalau kat KL, tempat permainan Akiff adalah kat playground sama ada indoor atau outdoor. Kekadang pergi temnpat berbayar, kekadang pergi tempat free. Atau aku bawak dia beriadah kat tasik atau mana-mana taman rekriasi. Kat situ la Akiff bersosial dan berkawan. Kat situ la die buat aktiviti fizikal. Kalau tak dok rumah layan TV jer laa…
Sekarang ni bila balik kampung, Akiff join geng dengan sepupu-sepupu dia dan jugak bebudak kampung yang lain. Masing-masing ada basikal sorang satu. Kejap pergi main kat area rumah orang itu, kejap main area rumah orang ini. Bestnya kampung aku sebab kampung kitorang tak besar sangat. Jauh dari jalan utama dan laluan kenderaan yang laju-laju.
Ni geng Akiff. Hampir 3 minggu Akiff kat kampung. Dari pagi sampai lewat petang dengan diorang. Kekadang sampai ke malam.
Aktiviti lain selain kayuh basikal pusing kampung adalah memancing. Tapi Akiff tak pandai lagi memancing dan dia cepat bosan macam aku gak. Hahaha… So, watak dia waktu geng lain memancing lebih kepada menyebok dan mengacau jer.
Waktu makan tak menentu, kekadang kat rumah mak sedara yang itu, kekadang rumah mak sedara yang ini. Mentang-mentang dalam kampung tu banyak rumah mak sedara.
Lokasi atas ni kat belakang rumah mak sedara aku. Best kan lepak kat sini. Walaupun panas terik tapi kat situ redup jer.
Dia pun tumpang kalut. Dulu kecik-kecik nampak backhoe cukup excited. Sekarang Akiff dapat tengok depan mata dan dapat naik walaupun kejap.
Baru-baru ni ada kenduri cousin aku kahwin, yang mengejutkan sebab si Akiff ni dah pandai bawak diri time ornag lain semua sebok masa hari kenduri tu. Dia pun sebok tolong basuh pinggan. Lama jugak dia dok membasuh pinggan hari tu.
Meriah betul kenduri kat kampung sebab semua benda masih buat secara gotong-royong. Kat KL dah jarang ada kenduri buat rewang macam ni. Semua catering jer.
IQ says
sukanya suasana kampung macam ni. best!
NORIZA ABDUL RAHMAN says
Enjoy sangat bila pulang ke kampung kan. Kanak-kanak lah paling happy