Gempak giler promosi jualan 12.12 kali ni. Boleh dikatakan hampir semua platform shoping jualan online menganjurkan karnival jualan besar-besaran dengan potongan harga yang hebat. Antara platform online yang menjadi perhatian rakyat Malaysia adalah Shopee.
Aku nak kongsikan 12 fakta menarik tentang jualan online di website Shopee sempena promo 12.12.
1. Jumlah pesanan sepanjang 12.12 tahun ini meningkat 15 kali ganda berbanding tahun lepas.
2. Dalam tempoh hanya 1 jam 6 minit sahaja, Shopee berjaya memecahkan rekod bilangan pesanan tahun lepas.
3. Jenama yang menunjukkan prestasi jualan terbaik ialah e-Kedai Mesra PETRONAS, Nestle dan Watsons.
4. Sementara itu, bagi satu jenis produk, kad Mesra PETRONAS mencatatkan rekod tertinggi dengan lebih daripada 3,100 unit terjual dalam tempoh 24 jam.
5. Transaksi paling tinggi direkodkan daripada seorang pengguna berjumlah RM15,000.
6. Produk pertama dijual pada 12.12 ialah sebuah beg jenis kanvas, manakala produk terakhir dijual ialah bank kuasa.
7. Masker wajah merupakan produk rebutan kaum wanita dengan kira-kira 7,000 unit masker wajah terjual. ROREC merupakan antara jenama kecantikan yang sangat popular dengan lebih 700 unit masker wajah Natural Essence ROREC terjual dalam masa 1 minit.
8. Kabel data merupakan produk yang menjadi pilihan pengguna lelaki dengan lebih 1,200 unit terjual.
9. Tempoh paling cepat untuk menghabiskan jualan kilat ialah 49 saat menerusi jualan kilat Shocking Sale Shopee.
10. Pembelian paling pantas diselesaikan dalam tempoh 1 saat iaitu sepasang baju tidur sutera yang dijual pada harga RM20.
11. Penghantaran paling jauh bagi satu pesanan ialah lebih 4,500 km – dari Goseong Gun, Korea ke Johor Bahru, Johor.
12. Secara purata, 538 borak (chat) direkod setiap minit.
Jualan Shopee 12.12 dah pun berakhir tapi jangan risau sebab Shopee sentiasa mengadakan promosi menarik untuk kita semua.
Dari 18 hingga 24 Disember 2017, Shopee akan melancarkan kempen Kembali ke Sekolah yang melibatkan pelbagai jenis barang kelengkapan persekolahan termasuk alat tulis, buku teks dan aksesori pada harga menarik tidak lebih daripada RM30.
Kedai Rasmi seperti Pilot, Stabilo, Nestle, Dewan Bahasa dan Pustaka dan Kedai Buku Borders turut menyertai kempen ini dengan menawarkan harga eksklusif dan baucar untuk pengguna. Korang jangan terlepas promosi kali ni.
Sebelum ni aku tak ambik peduli sangat dengan kempen back to school tapi sebab tahun depan Akiff dah mula bersekolah darjah 1, memang promosi ni antara yang aku tunggu-tunggu.
Leave a Reply