Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Seronoknya bila dapur rumah berwajah baru.

December 9, 2017 by Admin 29 Comments

  • Facebook
    0
  • Twitter
  • Google+
    0

Ya ampunnn… apa dah jadi dengan aku ni. Nak update entry pasal renovate dapur rumah ni pun makan masa sebulan lebih. Hahaha… Sabor jer la.. Yang jadi malas sebab banyak resit nak kena refer untuk kira total kos renovate dapur.

Tapi takpe, aku gagahkan jugak share pasal pengubahsuaian dapur rumah aku ni. Macam mana aku transform dari dapur yang membosankan kepada dapur yang cantik. Ehh cantik ke? Hahaha… Bawah ni gambar sebelum dan selepas.

Seperti biasa, kontraktor aku adalah Hassan si tukang rumah. Aku tak suka hire kontraktor sebab diorang akan upah tukang jugak untuk buat kerja. So, baik aku bayar tukang rumah jer terus.

Kos upah untuk Hassan dan kengkawan dia sekali dengan bahan pembinaan untuk dapur adalah RM12,000. Kos in termasuk simen, bata, pasir, cat dan segalanya. Cuma ada beberapa benda yang tak termasuk dalam kos tu adalah singki, tiles untuk lantai, dinding dan table top, dapur gas serta kitchen cabinet.

Kenape aku tak serahkan jer kat tukang untuk beli semuanya? Sebabnya aku dengan Miss Permaisuri ada design dan konsep yang kitorang nak. Jadi benda-benda yang kitorang beli sendiri tu mempengaruhi design dan konsep tu.

Ni keadaan dapur sebelum renovation. Nampak tak langsir yang ada tu? Itu adalah pembahagi antara ruang memasak dengan ruang makan. Kat dapur tu ada rak stainless steel dengan almari jugak tapi dah dikeluarkan.

Kat luar dapur tu ada koridor, aku pecahkan dinding tu dan naikkan dinding kat bahagian luar terus. So, bahagian luar tu jadi sebahagian dari dapur jugak. Sebab dapur kecik, terpaksa la buat macam ni untuk memaksimumkan ruang.

Aku suka gila dengan lantai dapur ni. Tiles untuk lantai dan dinding tu Miss Permaisuri yang pilih. Kitorang beli kat kedai seramik Chye Leong Ceramica kat Jalan Reko, Kajang. Nak beli ceramic murah korang boleh survey kat situ kalau tak percaya.

Harga untuk floor tiles dengan tiles table top tu RM16.80 sekeping. Tiles kat dinding tu RM3 sekeping. Total harga tiles sahaja untuk dapur adalah RM1,167.

Singki ni kitorang beli masa pergi Expo Home Living kat PWTC. Harga promosi yang kitorang dapat adalah RM599. Mahal ke murah? Sebenarnya nak cari yang lagi murah pun ada tapi Miss Permaisuri insist nak yang besar gedabak macam ni, so memang ini la harganya. Basket, waste trap dengan kepala paip dah termasuk dalam pakej ni. Sekarang nak basuh kuali pun senang hati sebab singki dah besar..

Untuk dapur gas, kitorang beli kat Homepro IOI City Mall Putrajaya. Brand Beko! Made in Turkey. Aku pun 1st time dengar brand ni tapi sebenarnya brand ni memang dah gah kat negara luar. Ada Warranty 12 tahun, cover dengan tempered glass tu sekali. Harga dapur gas ni adalah RM639. Huhuhu.. Tempat hood dah ada cuma belum beli. Ada yang nak sponsor tak? Hahaha..

Cantik tak pilihan warna purple tu? Menyerlah gilerr kann.. Kitchen Cabinet ni kitorang tempah masa pergi Expo Home Living kat PWTC. Harga untuk kitchen cabinet termasuk aksesori adalah RM4,970.

Asalnya Miss Permaisuri nak colour green turquoise tapi takde la pulak.. Masa kat expo tu kemain cakap semua colour ada. Bila pergi showroom untuk tengok final design, tiba-tiba kata colour tu takde. Grrr… Nasib baik ade jugak colour lain yang menawan hati.

Tapi kalau korang nak cari kitchen cabinet murah, boleh tempah jer dengan Intech Kitchen. Hari tu aku terlupa nak chek harga dengan diorang. Walhal sebelum ni dah pernah buat wardrobe dengan cabinet tv dengan diorang..

Material pintu kitchen cabinet kitorang adalah jenis acrylic door. Ada free aksesori lain jugak termasuk dish rack, spoon tray dengan base larder macam dalam gambar atas.

Semua pintu kitchen cabinet ni ada soft close. Ni penting tau, make sure masa tempah tu mintak pintu jenis soft close.

Kat area belakang singki tu aku letak rak stainless steel bertingkat yang lama, beli kat Homepro dulu. Situ memang sengaja tak buat kitchen cabinet sebab nak letak rak tu.

Tingkap tu dah termasuk dalam kos tukang yang 12k tu… Grill luar tingkap tu guna balik yang lama, cuma tukang tu cat baru bagi lawa.

Haaa… meja depan rak tu aku beli kat Ikea. Beli dah lama dah tapi tak tau nak pasang kat mana. Simpan jer kat rumah. Kebetulan nampak ngam pulak kat situ, itu yang aku letak jer. Apa nama mendalah meja tu aku dah tak ingat. Meja tu boleh tutup dan buka macam gambar bawah ni.

Fungsi meja ni sebagai extra working table bila masak. Buka bila nak guna jer, kalau tak nanti sempit kat situ.

Wiring dan piping dapur pun buat yang baru. Itu dah termasuk dalam kos Hassan yang 12k tu.

Okeh, jom aku summary kan kos keseluruhan renovation dapur ni.

Upah tukang & Bahan : RM12,000
Tiles : RM1,167
Dapur Beko: RM639
Singki : RM599
Kitchen Cabinet : RM4,970
TOTAL : RM19,375

Ini baru calculation kos untuk dapur jer. Next entry aku buat details untuk kos ubahsuai bilik air pulak.

Kalau korang nak cari tukang rumah, boleh contact Hassan 6018-258 8289. Apa-apa WhatsApp jer die. Dah 3 kali aku panggil dia buat kerja kat rumah aku termasuk renovation tandas yang sebelum ni, so far takde masalah dan kerja pun kemas dan cepat. Kalau die buat kejer tak ok, korang komen kat entry ni bagitau aku.

Nota kaki: Andai ada pembekal/kontraktor nak bekerjasama dengan aku untuk ubahsuai rumah, boleh contact aku sebab next year aku nak renovate rumah lain pulak. InsyaAllah

  • Facebook
    0
  • Twitter
  • Google+
    0

Filed Under: Personal, Produk, Servis, Shoping Tagged With: kitchen cabinet murah, Kos renovate dapur, Kos renovation dapur, renovation dapur, Tukang rumah, ubahsuai dapur

« Kabinet dapur dari Intech Kitchen tawar harga kilang paling murah
Bukan nak menunjuk tapi nak berkongsi info tentang pengubahsuaian tandas rumah »

Comments

  1. yanchii says

    December 10, 2017 at 6:34 pm

    Kalaulah dapur Yan secantik dapur ni 🙂

    Reply
  2. aizamia3 says

    December 11, 2017 at 10:07 am

    Cantik.. nak pulak color ungu tu.. 😉

    Reply
  3. Ina says

    December 11, 2017 at 10:33 am

    Cantik sgt lps renovate dgn pemilihan warna purple…

    Reply
  4. maszull says

    December 11, 2017 at 11:33 am

    assalamualaikum lan…bila dah siap memang nampak cantik jer…color pun menarik hati…

    Reply
  5. nikkhazami says

    December 11, 2017 at 11:41 am

    boleh tahan ye harga tu.. tapi cantik dan berbaloi

    Reply
  6. Nadia johari says

    December 11, 2017 at 11:49 am

    Dekat 20 k gak erk..

    Reply
  7. rozita says

    December 11, 2017 at 12:44 pm

    peh harga dia macam nak kawenkan anak.. haha

    Reply
  8. Mama Kembar 3 says

    December 11, 2017 at 1:00 pm

    Lawa! Menyerlah kaler purple tu

    Reply
  9. Hernee Nazir says

    December 11, 2017 at 1:13 pm

    serius cun sangat kitchen cabinet tu..

    Reply
  10. Dilah says

    December 11, 2017 at 1:18 pm

    Cantik.. suka design tile kat dinding tu… harga renovate rumah skrg kan.. nak renovate dapur je dekat 20k.. tak sabar nak tunggu entry renovate bilik air sbb tgh plan nak renovate bilik air gak ni..

    Reply
  11. Ila says

    December 11, 2017 at 3:18 pm

    Rasanya kalau dgn intech lagi murah

    Reply
  12. Cik Timm says

    December 11, 2017 at 8:30 pm

    Kaler pepel tu auchhhh!
    Haha! Excited nak masak kalau mcm ni..
    1st siap ni klau boleh nk lena je kat dapuq baru tu..hihi..

    Reply
  13. Ejam Othman says

    December 11, 2017 at 8:48 pm

    Kombinasi ungu dan putih betul-betul menarik dan nampak ceria jer.
    Dapur tu nampak lebih luas pula lepas siap renovate.

    Reply
  14. Eyqa Hasnan says

    December 12, 2017 at 8:52 am

    Cantik gila! Nak masak pun jadi bersemangat sikit.

    Reply
  15. Athirah says

    December 12, 2017 at 11:48 am

    Lan.. mmg cmni ke cost reno rumah sekarang.. hahaha habis laaaaaa aku nanti..

    Reply
  16. Lynda Che Lah says

    December 12, 2017 at 11:50 pm

    Cantik warna. extra working table tu boleh tiru lah utk dapur kecil Lynda..

    Reply
  17. Norliza Nordin says

    December 15, 2017 at 6:06 pm

    baru semangat nak masak gini cantik dapurrr

    Reply
  18. Hafiz Rahim says

    December 21, 2017 at 12:17 pm

    Cun dah tu. Kena dah konsep. Cuma kalau aku, akan reserve space sikit untuk letak exhaust ducting kat bahagian hood dapur. Kalau pakai yang jenis takde ducting ni, haba panas ko masak akan maintain dalam rumah. Begitu jugak dengan asap. Macam no point pakai hood. Tu personal opinion aku la.

    Reply
  19. Unaizah Thisspin says

    January 26, 2018 at 1:52 pm

    nampak lebih bertenaga warna macam ni. btw, saya suka area tepi tingkap tu. boleh letak radio kat situ hehe…

    Reply
  20. Rais says

    June 26, 2018 at 3:43 pm

    Saya singgah sebab nak cari rujukan untuk renovation rumah. Terjumpa blog ini. Terima kasih atas perkongsian yang begitu terperinci. Tak perlu lagi nak PM atau minta emel tanya details. Hehe.

    Reply
  21. Zainun Nurzahim says

    June 26, 2018 at 7:26 pm

    Apa nombor en hassan tue?

    Reply
    • Admin says

      July 6, 2018 at 11:25 am

      Saya dah update dlm article kat atas… Ni no dia 60 18-258 8289.

      Reply
  22. SUHAILA KASSIM says

    July 5, 2018 at 6:43 am

    Assalamualaikum.
    Blh dptkan no Hassan tu?
    Terima kasih.

    Reply
    • Admin says

      July 6, 2018 at 11:26 am

      Saya dah update dlm article kat atas… 60 18-258 8289 ni no dia..

      Reply
  23. Syuhada says

    October 14, 2018 at 1:08 pm

    Boleh tau tak ukuran cabinet dapur yg dipasang?

    Reply
    • Admin says

      October 15, 2018 at 8:08 am

      ukuran 10kaki.. pastu yg L shape tu brapa kaki ntah…

      Reply
  24. Faiz says

    November 21, 2018 at 10:38 pm

    Salam.. boleh review sikit tak pasal dapur beko tu.. niat hati nak beli satu.. tp jrang jumpa org yang guna.. api dia okay ke?

    Reply
    • Admin says

      November 21, 2018 at 10:46 pm

      Wslm.. So far dapur beko mmg ok. Api pun cun.. Beko ni jenama popular kat luar cuma kat Malaysia kureng skit..

      Reply
  25. mohd says

    February 7, 2019 at 3:07 pm

    berapa luas dapur yg d renovat tu tuan?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This blog is kept spam free by WP-SpamFree.

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Logo KBBA

Archives

Article Terkini

  • Usahawan Tempatan Perlu Sertai BioUsahawan 2019 Untuk Lebih Menyerlah
  • Untuk jimat kos, kami pasang sendiri lantai jenis vinyl seluruh rumah.
  • Malaysia Halal Expo 2019 Buka Peluang Produk Halal Tempatan Ke Japan
  • Raikan Tahun Baru Cina Dengan Makan Besar di Buffet Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur.
  • Tarikan Terbaru di Snowalk I-City Shah Alam. Ini Pengalaman Percutian Kami.

Copyright © 2019 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative