Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Selepas 6 tahun baru buat renovation rumah.

December 1, 2017 by Admin 16 Comments

Spread the love

Rumah aku sekarang ni dah 6 tahun aku beli. Dulu masa nak beli rumah, aku hanya survey rumah dalam website mudah.com jer. Masa tu belum tahu lagi pasal website hartanah macam property guru, iperoperty, durian property dan banyak lagi.

Rumah yang aku beli tu memang basic semata-mata. Tuan rumah belum buat renovation apa-apa pun. Cuma cat dalam rumah dengan pasang grill jer. Bila fikirkan balik, bagus jugak aku beli rumah yang belum buat apa-apa renovation lagi sebab harga rumah lebih rendah dan paling best sebab kita bebas untuk mendeko ikut citarasa kita sendiri lepas tu.

Tapi the problem is bila ko nak kumpul duit untuk buat renovation. Makan tahun jugak laa… Sementara tu kena bertabah jer dengan keadaan rumah sedia ada.

Selepas 6 tahun, akhirnya kitorang laki bini decide nak renovate dapur rumah. Dengan budget yang ada, kitorang start hunting kitchen kabinet murah kat home expo. Biasanya harga untuk expo lebih murah dari kite walkin pergi kat showroom diorang. Dan lagi satu aku suka pergi home renovation expo sebab kat situ banyak supplier dan kite boleh terus compare harga.

Survey punya survey, akhirnya dapat Kitchen Cabinet yang meet our budget masa Expo Home Living kat PWTC beberapa bulan lepas. Terus bayar 1k untuk lock harga expo walaupun masa tu aku belum deal dengan tukang lagi untuk buat renovation. Yang penting nak lock dulu harga tu.

Seperti biasa, aku panggil Hassan si tukang rumah dari Indonesia yang dah biasa aku berurusan. Hassan ni yang buat renovation bilik air rumah aku dulu.

Aku panggil Hassan untuk bincang tentang renovation dapur rumah aku. Ada dinding yang nak kena pecahkan, ada pintu nak kena buang, ada tingkap nak kena tukar, ada grill nak kena cat balik, nak buat konkrit table top, nak tukar tiles lantai dan dinding, nak tambah wall plug dan macam-macam lagi.

Mulanya nak renovate dapur jer tapi si Hassan ni offer baek punya untuk renovate bilik air aku yang 1 lagi tu. Haihhh.. Lepas kira-kira dan bincang, kitorang decide untuk renovate bilik air dalam master bedroom jugak.

Dan hasilnya macam dalam gambar bawah ni.

Ketara sangat kan tandas lama dengan yang baru. Aku suka sangat dengan hasil tandas yang ni compare tandas satu lagi yang aku pernah buat sebelum ni. Korang boleh baca entry renovation tandas yang aku pernah tulis sebelum ni. Untuk tandas baru ni pun nanti aku akan buat entry details berapa kos renovation yang terlibat untuk rujukan korang k.

Okeh.. untuk dapur rumah pulak. Aku tunjuk gambar jer dulu k. Details kos yang terlibat boleh baca entry Kos Renovation Dapur Rumah ..

Aku tunjuk sikit jer dulu k. Gambar ni belum siap sepenuhnya lagi sebenarnya. Kitchen Cabinet belum pasang lagi masa ni. Tapi just nak bagi tau, kedudukan singki lama dan baru tu adalah sama. Koridor luar tu dah jadi sebahagian dari dapur lepas renovation.

Lepas kitchen kabinet dipasang, ini hasilnya. Sajer tak nak tunjuk penuh lagi. Hahaha.. Tunggu next entry aku share dengan korang details beserta dengan kos..

 

Loading

Filed Under: Personal, Servis, Tips Tagged With: idea ubahsuai dapur, kitchen, kos ubahsuai dapur, Renovation, renovation dapur, renovation dapur murah, Rumah, ubahsuai, ubahsuai dapur murah

« Hadiah lain dari biasa. Hadiahkan Magic Miror mesti perempuan suka.
Kabinet dapur dari Intech Kitchen tawar harga kilang paling murah »

Comments

  1. Kisah si dairy says

    December 1, 2017 at 7:17 pm

    Wah..dah renovate mmakin besar n cantik bilik air tu..dah dua tahun beli rumah,dapat besarkan dapur sikit.Lepas tu mengidam nak pasang mosaic kat park kereta..Banyak aihh dok ngidam. Tunggu kat acc cukup je ni

    Reply
  2. nadia johari says

    December 1, 2017 at 7:22 pm

    tetap nampak..hahaa..cantik,cantik

    Reply
  3. Sumijelly says

    December 1, 2017 at 8:47 pm

    Cantik…cantik

    Reply
  4. Ieza ashaari says

    December 1, 2017 at 9:13 pm

    Bestnya..jd xsbr nk msuk rumah sndri.

    Reply
  5. Jueliza Jamani says

    December 1, 2017 at 11:15 pm

    woww lawa lah bilik air baru tu.. ni pun sama nak buat tak terbuat2.. guna segunanya ni.. lampu toilet rosak.. singki pun dah pecah.. tukar yg 2nd singki.. nak buat mmg makan modal kan.. org kata sekali harung buat baru puas hati..

    Reply
  6. eco racing penghemat bensin says

    December 1, 2017 at 11:16 pm

    waawww… mantap nih renovasinya,,, warna nya sepadan

    Reply
  7. Tunsha Ayunie says

    December 2, 2017 at 1:13 am

    Excited tengok orang renovate rumah ni. Suka tengok dekorasi. Lantai cantiknyaaaa….

    Reply
  8. Lya says

    December 2, 2017 at 12:31 pm

    Fuyoo makin semangat laaa zaza nak masak pasni.. dapur dah jadi port feberet laaaa nanti..tak gtu lan.. ohh gambar balam2 pon dah nampak skit2… mmg cantik laaa..

    Reply
  9. Eyqa Hasnan says

    December 3, 2017 at 11:28 am

    Bilik air tu memang cun jadinya. Tak sabar nak tengok dapur pulak

    Reply
  10. Fiza Rahman says

    December 3, 2017 at 7:02 pm

    Cantik tu dapur & toilet.

    Reply
  11. Hafiz says

    December 29, 2017 at 9:27 am

    Assalamualaikum. Boleh saya tau kos renovate bilik air tuan? Cantik tiles dengan kabinet sinki tu

    Reply
    • Admin says

      December 29, 2017 at 3:27 pm

      boleh refer article ini… https://lancareno.com/2017/12/tukang-ubahsuai-tandas-rumah.html/

      Baru update… hehehe

      Reply
  12. Zell says

    July 6, 2018 at 8:03 am

    Hai nak number en hassan tu boleh? Ni no saya 0197948696.

    Reply
  13. Farah says

    February 1, 2019 at 8:07 am

    Cantik hasil kerja dia.. mohon share contact abg Hassan tukang renovate tu boleh?

    Reply
    • Admin says

      February 1, 2019 at 11:15 am

      Boleh click link ni utk details selanjutnya… https://lancareno.com/2017/12/kos-renovate-dapur-rumah.html/

      Reply

Trackbacks

  1. Seronoknya bila dapur rumah berwajah baru. - Blog Abah Careno says:
    April 6, 2022 at 7:49 am

    […] ampunnn… apa dah jadi dengan aku ni. Nak update entry pasal renovate dapur rumah ni pun makan masa sebulan lebih. Hahaha… Sabor jer la.. Yang jadi malas sebab banyak resit […]

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative