Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Baru aku sedar kelainan kaki Azif lepas buat free scanning di Sunfeet…

December 27, 2017 by Admin 17 Comments

Spread the love

Ni kaki Azif… Cube korang perhatikan betul-betul. Ape yang korang rasa tak kena? Haaa nampak senget kan… Dua-dua kaki pun sama tapi kaki kiri lebih ketara nampak senget. Bila dia berjalan, kedudukan kaki still senget macam ni.

Mulanya aku tak perasan pun sebab Azif jalan macam bebudak lain jugak. Takde nampak pelik pun. Tapi bila aku pergi ke SunFeet iaitu Pusat Kesihatan Ortotik dan Prostetik di Petaling Jaya baru-baru ni, baru aku sedar yang Azif ada sedikit kelainan di bahagian kaki dia.

Tengok gambar atas ni. Yang sebelum tu macam kedudukan kaki Azif. Membengkok ke dalam.

Ada orang bila berjalan jauh dah mula terasa sakit di bahagian betis atau lutut… Ada juga yang terasa sakit di bahagian belakang badan atau pinggang. Cuma selama ni tak tahu apakah puncanya.

Sebenarnya ia berpunca dari kedudukan kaki yang tak betul sama ada masa berdiri atau sedang berjalan. Macam mana nak tahu keadaan kaki kite ok atau tak? Korang boleh pergi ke SunFeet di Petaling Jaya untuk dapatkan pemeriksaaan scanning 2D kaki secara PERCUMA.

Ni Azif tengah scan tapak kaki guna mesin khas. Result scanning ni terus boleh tengok kat screen dan diorang akan bagi penerangan berkaitan foot type kite. Bawah ni result foot scanning Azif.

Ada 3 jenis tapak kaki yang korang perlu tahu iaitu normal foot, high arch dan flat foot. Refer gambar bawah ni untuk lebih jelas tentang foot type.

Aku mulanya tak risau sangat pasal foot type ni, asalkan boleh berjalan normal dah ok la kan… tapi sebenarnya kalau dibiarkan nanti boleh bagi kesan kepada tulang belakang… bila dah effect tulang belakang, itu maksudnya masalah kecik ni dah jadi serius.

Sunfeet International Rehab Centre bukan hanya menawarkan khidmat nasihat dan terapi pemulihan bagi mereka yang mengalami masalah berkaitan seperti mempunyai kaki yang rata, palsy serebral, sakit lutut, scoliosis atau sebagainya malah turut menawarkan produk orthotic dan prostetik bagi membantu proses pemulihan tanpa sebarang surgery atau ubat.

Ada banyak produk orthotic dan prostetik boleh didapati di sini. Disebabkan kaki Azif jenis flat foot, aku hanya perlu pakaikan insole sebagai alas di dalam kasut supaya posture kaki dia dapat dibetulkan.

Yang biru tu adalah insole ready made yang boleh didapati di Sunfeet. Ada member aku tanya, benda ni bukan ade jual kat kedai kasut ke? Itu lain laaaa… Yang dijual kat kedai kasut tu shoe insert untuk menambah keselesaan apabila pakai kasut. Yang ni adalah untuk rawatan yang bertujuan untuk membaiki posture kaki.

Kaki Azif bila pakai kasut yang ada insole. Cuba korang scroll balik atas dan tengok perbezaan keadaaan kaki Azif sebelum pakai insole.

Ini adalah salah satu kaedah pemulihan selain jalani fisioterapi. Disebabkan Azif masih kecik lagi dan tulang dia masih dalam proses membesar, jadi memadai biasakan dia pakai kasut yang mempunyai support dari insole khas tu untuk betulkan posture kaki. Bukan nak kena pakai selamanya pun, lebih kurang 2 tahun jer. Lepas keadaan kaki dah kembali kepada normal, dah tak perlu pakai lagi dah…

Insole pun ada banyak jenis mengikut keadaan tapak kaki. Dato’ Dr. Edmund Lee tengah bagi penjelasan lebih lanjut dan perbezaaan setiap insole tu.

Ni pun salah satu masalah kedudukan kaki yang boleh dipulihkan tanpa surgery. Dalam keadaan seperti ni perlu buat customize insole bergantung kepada keadaan kedudukan kaki.

Gambar atas ni adalah kaedah untuk membuat custom made insole. Bentuk dan saiz kaki sebenar akan diambil terlebih dahulu sebelum proses seterusnya untuk membuat insole.

Insole tu salah satu produk yang ada di Sunfeet. Ada juga kasut dan produk-produk lain bagi membantu proses pemulihan. Kasut sekolah khas untuk rawatan pun ada jugak. Teringat  aku dulu yang terpaksa pakai brace selama beberapa bulan disebabkan masalah ACL lutut. Brace yang aku pakai kat bawah ni pun boleh didapati kat sini.

Sebenarnya ada banyak lagi jenis permasalahan atau keadaan kaki yang perlu dirawat. Sama ada kita sedar atau tidak jer… Sebelum ni aku tak tahu pun ada Pusat Rehab Antarabangsa Sunfeet yang mana menyediakan kemudahan lengkap dengan ruang rawatan yang selesa dan juga pusat fisioterapi yang luas.. Sini bukan hospital tau tapi adalah pusat pemulihan.

Yang bersama dengan aku ni adalah Dato’ Dr. Edmund Lee iaitu pakar dalam bidang Podiatric Biomechanics yang juga merupakan generasi ketiga dalam keluarga Orthotics dan Prosthetic Experts. Fuhhh… dari datuk kepada ayah dan kemudian beliau sendiri yang menguruskan Sunfeet bersama team profesional yang mempunyai kepakaran dan kelayakan dalam bidang terapi pekerjaan, pemulihan sukan, prostetik, podiatri, orthotics, pedorthics dan fisioterapi.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk details kat bawah ni.

Facebook: SunFeet
Website: www.sunfeet.com.my
Tel: 013-528 3939

Sunfeet International Rehabilitation Centre
Block C, 18 Jalan 19/1, Seksyen 19
46300 Petaling Jaya, Selangor
Open everyday (10am – 7pm)

Klik Link Shopee Sunfeet Physiotherapy

Loading

Filed Under: Advertorial, Azif, Info, Kesihatan, Parenting, Produk, Review, Servis Tagged With: advertorial, Info, Kesihatan, masalah kaki, pusat pemulihan, pusat rehab, sunfeet

« Nikmat cuti sekolah di kampung… Akiff enjoy dengan life budak kampung.
Akiff melangkah ke alam persekolahan sebenar »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    December 27, 2017 at 2:26 pm

    Bagus info macam ni. Ada peluang, aku nak bawak anak aku jugak check sana

    Reply
  2. Sohoque says

    December 27, 2017 at 2:34 pm

    Tapi biasanya orang yang kaki cam azif ni terer main bola. Kalu dia ambik free kick confirm bola tu curve baeekkk punya.

    Tapi bagus la sekarang. Dah ada rawatan untuk kaki macam tu. Kalau dulu sampai ke tua la bawak kaki macam tu.. huhubu

    Reply
    • Nabilah says

      June 18, 2020 at 8:19 pm

      Berapa anggaran kos rawatan ye sis? Sbb anak sy ada masalah mcm ni..

      Reply
  3. Lya says

    December 27, 2017 at 2:54 pm

    Menarik juga ni untuk perkongsian pada pembaca yang ada masalah2 cam gini. Sekurang2nya boleh cuba cara ni.. Mana tahu berkesan untuk mereka yang ada masalah. Moga kaki Azif dapat kembali ke bentuk asal.. InsyaAllah..

    Reply
  4. Dkna Abza says

    December 27, 2017 at 3:55 pm

    Terus siap ke lepas ukur kaki tu ? Atau kena tunggu bape lama lan nak dptkan insole tu?

    Reply
    • Admin says

      December 27, 2017 at 4:22 pm

      kalau custom made punya kena tggu 2 mggu jugak baru siap… mcm Azif punya tu ready made punya…

      Reply
      • mira says

        August 27, 2022 at 12:06 pm

        mahal tak rawatan dan insole tu punya yrg?

        Reply
        • Admin says

          September 20, 2022 at 4:03 pm

          Chekup free jer.. rawatan agak mahal…

          Reply
  5. Yaya Natsumi says

    December 28, 2017 at 7:50 am

    Nice sharing. Dapat 1 ilmu harini. Rasa nak pergi check jugalah walaupun rasa normal arch tapi best juga kalau boleh custom pelapik tu mesti selesa sgt

    Reply
  6. PnNoraini says

    July 10, 2018 at 11:08 am

    Salam.. Nak tanya.. Azif boleh duduk dan bangun dengan mudah ke… Anak saya kakinya pun mcm Azif.. Tp dia susah nak bangun dan duduk sendiri

    Reply
    • Admin says

      July 10, 2018 at 11:17 am

      Wslm.. Azif boleh bangun dan duduk dengan mudah mcm biasa. Mungkin boleh pergi sini utk dptkan nasihat.

      Reply
      • Mus says

        May 31, 2019 at 6:52 pm

        Dari segi bayaran bagaimana

        Reply
  7. sadiah mahmud says

    April 2, 2019 at 12:55 pm

    anak saya bermasalah high arch menyebabkan kaki dan punggung dia selalu sakit..klu jogging atau bersenam menyebabkan dia sakit kaki dan punggung selama seminggu..

    Reply
  8. jamilah says

    January 3, 2020 at 2:11 pm

    mahal tak kos rawatan ni? tq

    Reply
  9. AZMAN says

    February 3, 2020 at 5:22 pm

    Saya mengalami flat foot non overpronation sejak kecil sehingga sekarang umur 22 tahun…kesan dya bila dah besar akan rasa mudah lenguh dan sakit pada tapak kaki apabila berdiri lama. Sekarang terpaksa cari kasut yang ada system sokongan ortotik untuk.mengurangkan rasa sakit tu..

    Reply
    • Riadhul salehin says

      September 20, 2023 at 1:38 pm

      Macm mane keaadan azif skrng yer?sbb anak sy umur 1thn 6bulan.. posture kaki sama mcm dlm gmbar.. dr kat klinik bandar kata xde maslah..xperlu kan rawatan.. risau plak jdnya

      Reply
      • Admin says

        November 29, 2023 at 9:43 am

        Alhamdulillah ok… makin membesar makin ok. Sama ada semula jadi ok atau sebab kami pakaikan insole tu, sy pun tak sure.. Dia pun dah aktif bersukan. Takde tersadung ke ape..

        Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative