Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Hari ke-4 dah kena pow duit sekolah

January 6, 2018 by Admin 5 Comments

Spread the love

Berapa nilai duit sekolah yang releven untuk budak darjah satu? Kalau zaman aku dulu, 30 sen jer aku bawak. Tapi ituu zaman dulu kala. Nasi lemak 20sen jer. Zaman sekarang aku tak pandai nak buat anggaran sebab takde pengalaman. Miss Permaisuri walaupun dia guru tapi dia pun tak tahu sebab dia cikgu sekolah menengah.

Lepas aku tanya rakan-rakan, ramai yang syorkan tidak lebih RM5. So, aku bagi Akiff RM2 untuk sesi pagi sekolah Agama, RM2 lagi untuk sesi petang sekolah kebangsaan. Aku masukkan terus RM4 dalam dompet dia waktu sesi pagi.

Tapi semalam Akiff dah kena pow duit dengan kawan sekelas dia. Masa dia tengah makan bekal kat kantin, budak perempuan ni datang tanya Akiff ada duit tak??… Akiff jawab ada duit. Pastu dia mintak RM2 untuk beli makanan. Akiff pun bagi la kat budak tu.

Pastu budak tu pergi beli air kotak seringgit dan biskut 50sen. Kemudian datang makan semeja dengan Akiff. Baki 50sen die bagi balik kat Akiff.

Masa makan tu diorang borak-borak, dan Akiff tanya budak tu “tak bawak bekal makanan ke?”… Budak tu jawab tak bawak. “Tak bawak duit ke?”… Budak tu jawab tak bawak.

Alahai… Bila dengar cerita macam tu kesian pulak. Tapi aku dah pesan kat Akiff, lain kali kalau orang mintak duit jangan bagi. Bukan nak ajar die kedekut tapi nak ajar dia supaya tak mudah kena pow.

Mungkin aku boleh pesan lain kali ajak makan bekal tu sekali. Jangan bagi duit. Tapi risau budak tu jadikan kebiasaan tiap kali rehat datang makan bekal Akiff pulak. Hurmmm… Serba salah pulak..

Takpe la, kite tengok dulu lepas ni macam mana. Ni pun learning proses untuk Akiff. Cuma inisiatif aku lepas ni, aku tak bagi RM4 terus waktu sesi pagi. Aku akan bagi RM2 jer… Untuk duit sesi petang nanti aku bagi kat pengasuh Akiff, masa nak ke sekolah sesi petang baru masukkan duit tu dalam dompet die.

Sekarang ni baki duit Akiff aku wajibkan simpan dalam tabung. Lagi banyak duit dia pegang lagi banyak dia membeli walaupun bekal makanan dah bawak pagi petang setiap hari.

Sekarang ni dah pandai beli makanan sendiri kat kantin. Hari tu tiap hari beli air kotak. Aku dah pesan jangan beli air manis setiap hari, pastu die tak beli air, die beli ais krim pulak. Semalam die beli madu stick dengan Yakult. Adehh…

Filed Under: Akiff, Family, Parenting, Personal Tagged With: Akiff, Duit saku, duit sekolah, Parenting, Personal, Sekolah

« Akiff melangkah ke alam persekolahan sebenar
Kawal makan dan amalkan detox untuk kurus »

Comments

  1. mamapp says

    January 6, 2018 at 1:28 pm

    alahai kesian juga kat budak tu. tapi lagi kesian kat anak sendiri. memang kena ajar dia macam mana nak handle rakan2 sebaya. Syafi pun sampai sekarang ada masalah ni. duit kena curi, bekal kena pow kdg2 kelakar pula tgk diorang ni

    Reply
  2. Azni says

    January 6, 2018 at 6:52 pm

    Hahaha baik lah akiff

    Reply
  3. yb shehan says

    January 6, 2018 at 11:50 pm

    hahaha sbb tu iols bg rm1 jer. ngeeee. air bwk sndr..

    Reply
  4. NORIZA ABDUL RAHMAN says

    January 10, 2018 at 4:27 pm

    Betul la, saya pun setiap hari pesan anak, jangan bagi duit pada kawan, kalau kongsi makanan ok lagi

    Reply
  5. Dkna Abza says

    January 12, 2018 at 10:54 am

    Anak kawan aku pun kena pow jugak hari pertama.. sesi pagi jer dah habis rm5. budak2 kan.. tapi kena selalu pesan la.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative