Dulu masa aku zaman remaja dan belum kawin, berat aku lebih kurang 70kg jer. Masa tu teringin nak badan berisi sebab bila pakai baju nampak terletak helok sikit.. Bila kurus pakai baju nampak selekeh jer terutama baju kemeja. Zaman dulu mana ada kemeja jenis slim fit.
Sekarang ni berat aku 83kg. Bukan kategori gemok lagi tapi dah tercapai la keinginan nak badan berisi yang kononnya bila pakai baju nampak segak dan terletak helok. Tapi masalah jugak sebab sekarang nak pakai baju yang terletak helok mesti kat perut lagi menyerlah sebab baju sekarang jenis slim fit. Huhuhu…
Aku perlu kawal cara pemakanan dan juga kena banyakkan bersenam untuk dapatkan bentuk badan ala model. Gittew… Hahaha…
Ok part bersenam aku tengah bersemangat sekarang ni. Bukan bersenam kat gym pun tapi sekurang-kurangnya aku dah kembali aktif dengan aktiviti sukan secara berjadual. Setiap minggu sekurang-kurangnya sekali atau dua kali aku ada game badminton..
Bila dah aktif bersukan ni, baru la terasa segar sikit badan. Kalau tak, lesu jer rasa. Sebelum pukul 10 malam aku dah start mengantuk. Antara punca lain badan cepat lesu adalah kerana banyak toksin dalam badan. Tahu kan toksin dalam badan akan menyebabkan kita rasa lesu dan berat badan meningkat disebabkan metabolisma badan kurang.
Macam mana cara nak buang toksin dalam badan secara semulajadi?
– Banyakkan minum air. Lebih baik adalah air detox. Korang boleh google resepi air detox.
– Banyakkan makan buah-buahan terutama buah yang tinggi kandungan air dan fiber.
– Banyakkan bersenam dan bersukan kerana toksin dapat dikeluarkan melalui peluh.
– Berpuasa juga adalah salah satu cara untuk memudahkan proses membuang toksin di dalam badan kerana apabila kita berpuasa, organ dalaman dapat berehat dan ini dapat menambah keupayaan fungsi organ dalaman tersebut.
Untuk membantu aku membuang toksin secara semulajadi, aku amalkan C-Trimax iaitu minuman air bancuhan buah markisa dan guarana.
Buah markisa atau passion fruit adalah rendah kalori dan 1/3 dari buah adalah serat yang dapat membantu merendahkan kadar kolesterol, mengawal kadar gula dalam darah dan dapat membersihkan usus. Buah Markisa juga berupaya bertindak sebagai antioksidan.
Guarana pulak memang dah terbukti mempunyai pelbagai khasiat hasil dari kajian pakar pemakanan. Sebab tu banyak produk kesihatan yang menggunakan ekstrak guarana dalam ramuan mereka termasuk produk yang aku amalkan ni.
Apa yang meyakinkan aku untuk memilih C-Trimax?
– 100% dari buah-buahan tanpa sebarang perisa atau warna tambahan.
– Diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
– Disahkan Halal oleh JAKIM.
– Mematuhi Standard Produk Skim Pensijilan Amalan Pengilangan Yang Baik (GMP)
Testimoni aku selepas mengamalkan minum C-Trimax adalah aku cepat dahaga. Secara tak langsung menyebabkan aku terpaksa minum air kosong dengan banyak. Bila banyak minum air kosong , kerap la terasa nak buang air.
Selain tu, selera makan aku pun berkurang. Kekadang time lunch aku tak makan pun. Pergi cafe ushar lauk tapi tak teringin nak makan. Sudahnya ambik buah potong jer. Dah lewat petang sikit baru terasa nak makan.
So far, tiap kali aku minum C-Trimax belum ada rasa sakit kepala atau tak selesa kat perut. Rasa macam biasa jer.
Cara pengambilan C-Trimax adalah sangat mudah sebab ia disediakan dalam bentuk sachet. Hanya perlu bancuh C-Trimax dengan air kosong dan kacau hingga larut. Tak boleh guna air panas tau. Rasanya macam minum air epal yang ada rasa masam tapi manis buah. Cuma terasa sedikit kelat yang nipis.
Apakah khasiat C-Trimax yang perlu korang tahu..
• Menghalang pembentukan lemak
• Mengawal berat badan
• Mengawal selera makan
• Menambah tenaga
• Mengurangkan kolesterol
• Membuang toksin dalam badan
• Melancarkan dan membaik pulih peredaran darah
• Mencairkan lemak tepu
• Agen pembakaran lemak paling utama
Kalau korang berminat nak cuba produk ni, boleh dapatkan melalui agent atau hubungi 010-3300886 untuk order. Boleh follow Facebook C-Trimax Malaysia atau Instagram @ctrimaxhq untuk maklumat lanjut berkaitan produk dan testimoni pengguna.
Apa pun aku nak ingatkan korang yang produk ni hanya sebagai alternatif tambahan untuk membantu proses membuang toksin dalam badan dan secara tak langsung membantu mengawal berat badan.
Untuk kurus dan dapatkan berat yang ideal, korang perlu amalkan senaman yang berterusan dan mengamalkan gaya hidup dan pemakanan yang sihat. Tak boleh bergantung sepenuhnya kepada produk ni sebab produk ni hanya membekalkan khasiat yang diperlukan bagi menyokong proses penurunan berat badan.
patutlah maintain je sekarang ni.. ada C-Trimax rupanya
saya pun amalkan air detox..takdelah nak kurus mane pun,cuma nak jaga kesihatan bila umur dah nak hujung² 30 an ni