Dah masuk tahun ke 6 aku buat bisnez vending mesin. Dulu aku ada 4 mesin tapi sekarang tinggal 3 mesin… 1 mesin dah let go sebab sales kurang dan susah nak dapat lokasi strategik untuk letak vending mesin.
Seronok ada bisnez vending mesin ni sebab rasa macam ada mesin ATM sendiri. Cukup time, pergi collect syiling… Beberapa tahun lepas, sebulan boleh dapat hasil lebih kurang RM1.2k sebiji mesin. Semua hasil kutipan kita yang punya. Cuma nak kena bayar duit sewa tapak dengan bil api air kat tokey kedai kite menumpang mesin tu. Tak banyak pun nak kena bayar, tak sampai 200 pun.
Makin lama makin banyak vending mesin, satu tempat kekadang sampai 5 mesin. Sales pun makin menurun. Tapi tu semua rezeki, yang penting kena jaga kualiti air dan kebersihan mesin untuk pastikan orang setia memilih kita punya vending mesin.
Nampak macam mudah jer bisnez vending mesin ni, tapi hakikatnya nak kena hadap dengan vandelism lagi, orang kianat, pump rosak dan macam-macam lagi. Mesin aku pernah kena sabotaj, ade orang sumbat cacing dengan kerang busuk kat tempat syiling dengan tempat tadah air tu. Korang boleh baca balik pengalaman mesin aku kena sabotaj. Stress jugak la bila benda-benda macam ni terjadi tapi itu lah dia antara cabaran perniagaan vending mesin.
Satu lagi masalah pengusaha vending mesin adalah syiling yang bersepah-sepah kat rumah dan tak tahu nak tukar kat mana. Mula-mula dulu aku asingkan duit dalam plastik dan tukar kat kedai sekitar rumah. Tapi lama-lama sampai bila nak asingkan duit tu. Leceh giler kot… Kemudian aku try tukarkan syiling di bank. Ada bank yang terima, ada yang tak terima. Akhirnya CIMB ada sediakan coint deposit machine, tapi mesin tu tak bertahan lama sebab selalu rosak. Sekarang ni aku dah ada bank yang sentiasa mintak syiling aku. Senang kejer aku…
Business vending mesin dah tak macam dulu dah. Sales makin jatuh sebab dah terlalu banyak vending mesin. Dan faktor lain juga adalah disebabkan ramai orang dah mula ada penapis air sendiri di rumah. Kalau dulu, nak beli penapis air harganya mencecah RM2,000 tapi sekarang tak perlu lagi keluarkan duit sebanyak tu sekaligus. Sebulan serendah RM60 pun dah boleh dapat penapis ais yang canggih. Siap ade air sejuk, panas dan suam.
Aku sendiri sekarang dah bertukar kepada penapis air jenis Iris Top keluaran Cuckoo. Jenama Cuckoo sekarang ni tengah trending kat pasaran. Produk yang berasal dari Korea ni memperkenalkan mesin yang canggih dengan rekabentuk moden dan paling penting sistem tapisan air adalah sangat berkualiti dan menghasilkan air beralkali. Aku pernah ceritakan dulu kenapa penapis air Cuckoo menjadi pilihan aku.
Korang yang berminat nak pasang penapis air jenama Cuckoo boleh WhatsApp aku di 013-4307848. Ada beberapa model penapis air yang korang boleh pilih. Kalau model King Top hanya RM60 sebulan. Masa daftar tak perlu bayar apa pun, lepas installation baru start pembayaran bulanan dan pasal warranty dan servis korang tak perlu risau langsung sebab Cuckoo akan servis penapis air korang PERCUMA selama 7 tahun dan sekiranya filter ada masalah atau rosak, semuanya under warranty selama 7 tahun. So, berminat boleh whatsApp Lan Careno kerana aku sekarang adalah agent berdaftar Cuckoo.
sohoque says
cuckoo ni ada anti oksida tak air dia..?
ina says
nyaris nak labur dengan Biz mesin vending ni dulu. hmmm. Nasib lerr.
Admin says
Kalau dulu labur sgt2 berbaloi… skrg jer kurang skit tp still boleh buat profit kalau kena tempatnya…
azni says
wah.. hebatnya ada bisnes minded mcm ni … tak terpikir vending machine betul betul boleh buat duit jugak. tapi betullah.. skrg mmg prefer ada mesin kat rumah
mas saari says
Saya kadang² masih lagi membeli air di vending mesin, takde penapis air kat rumah.