Serius aku masih tak puas lagi bercuti di Lost World of Tambun (LWOT) walaupun ini kali ketiga aku ke sana. Kali pertama dulu aku pergi dengan rombongan sekolah Miss Permaisuri. Kali kedua aku bercuti di Lost World of Tambun adalah tahun lepas dengan family kecil aku. Masa tu kitorang bermalam di Lost World Hotel yang berhadapan dengan taman tema.
Untuk percutian kali ni, kitorang seramai 43 orang family member dapat berkumpul bersama-sama untuk bercuti di Ipoh walaupun ada yang tak dapat join sebab masalah kesihatan. Apa pun, ini adalah family gathtering terbesar yang pernah kami buat di luar kawasan. So, untuk penginapan agak susah jugak nak cari homestay yang dapat menampung bilangan ahli keluarga yang ramai. Tapi mujur akhirnya aku jumpa homestay berdekatan Lost World of Tambun yang cukup besar dan selesa.
PERDANA SUITES @ IPOH
Rumah teres 2 tingkat corner lot ni terletak di Taman Tanjung Perdana iaitu kira-kira 8 minit perjalanan dari Lost World of Tambun. Kalau korang dari arah Bandaraya Ipoh menuju ke Tambun, lepas dah jumpe LWOT kena terusss lagi ke depan dalam beberapa kilometer lagi dan baru jumpe rumah ni. Tak susah pun nak cari kawasan perumahan ni. Nak lagi mudah boleh search dekat waze “Perdana Suites @ Ipoh” then nanti waze akan bawak terus sampai depan pintu rumah.
Luas giler kawasan lapang tepi rumah ni. Bebudak la yang paling happy bila dapat padang macam ni. Dah nama pun bebudak kampung, ade jer idea diorang nak main kat situ. Aku tengok diorang main baling kasut yang susun macam pyramid tu. Tak sempat pulak nak ambik gambar diorang main sebab masa tu aku tengah sebok buat apa ntah.
Okeh jom aku tunjuk kemudahan yang ada dalam homestay ni. Homestay 2 tingkat ni ada 4 bilik tapi 1 bilik berkunci dan dijadikan store oleh tuan rumah. So, 3 bilik jer la yang boleh guna. Satu kat tingkat bawah dan 2 lagi kat tingkat atas.
Ni master bedroom kat tingkat atas. Ada katil saiz queen, side table, meja solek dan wardrobe. Saiz bilik memang besar giler dan ber aircond, korang kalau stay sini jangan lupe bawak bantal dan toto sendiri sebab ada banyak ruang untuk tido kat lantai tu. Tilam extra tak disediakan kat rumah ni. Bilik ni ada bathroom sendiri, memang sangat memudahkan.
Ni pulak bilik kedua kat tingkat atas. Jugak attach dengan bathroom sendiri yang berkongsi dengan bilik ketiga. Tapi bilik ketiga berkunci sebab owner jadikan store simpanan barang. Bilik ni kecik sikit dan takde aircond, ada kipas jer dan ada 2 katil single, meja solek dan almari pakaian.
Bilik ketiga yang kat tingkat bawah aku lupe nak ambik gambar keadaan bilik sebab masa sampai hari tu bebudak ni dah berkampung dalam bilik tu. Excited dapat jumpa sepupu sepapat. Tapi kalau korang refer gambar bawah ni, korang boleh nampak kedudukan bilik bawah adalah di belakang dinding yang ada TV tu. Bilik bawah ni saiz paling kecik antara semua bilik tapi selesa jer sebab ada aircond. Hehehe… Ada 1 katil queen dan attach with bathroom jugak.
Ni pulak keadaan dalam rumah. Bersih dan cukup kemas. Ruang tamu pun berhawa dingin lengkap dengan sofa mahal. Hehehe.. Serius cukup selesa. TV yang tergantung tu pulak ada chanel astro njoi.
Kat dining area ada meja makan 6 kerusi. Gambar dining area ni aku ambik sebelum chekout. Bersih jer kan bila pergi dengan orang-orang tua. Sebelum keluar rumah habis seluruh rumah diorang bersihkan.
Ni keadaan dapur yang sempit sikit tapi ok jer. Bukan nak masak sangat pun kannn.. Keperluan memasak memang lengkap dan ada pinggan mangkuk dan cawan jugak. Mesin basuh pun ade kalau nak basuh baju. Disebabkan kitorang stay sini 3 hari, so memang berguna jugak la mesin basuh ni.
Ni adalah sesuatu yang jarang ada di mana-mana homestay iaitu mesin penapis air Coway. Sangat sangat memudahkan terutamanya untuk guest yang ada anak kecil. Tapi disebabkan group kitorang hari tu terlalu ramai, mesin air ni tak dapat nak tampung keperluan air panas dan air sejuk yang diperlukan. Tapi takde hal sangat sebab boleh jer masak air sendiri.
Peti sejuk pun ada jugak, berfungsi dengan baik. Dapat la simpan strawberry yang kitorang beli masa pergi Cameron Highland sebelum tu. Oh yaaa… sebelum kitorang ke Ipoh, malam sebelum tu separuh dari family member yang join gathering ni bermalam di Cameron Highland. Tapi rasa macam serik pulak nak bercuti kat Cameron Highland time raya cina. Jemmmmm gilerrrrr kat atas sana… Hahaha…
Okeh ni adalah bonus yang tuan rumah bagi kepada guest yang menginap kat sini. Boleh gunakan tempat bakar BBQ ni secara percuma. Kitorang yang takde plan nak buat BBQ pun tiba-tiba terbuat BBQ. Wakaka… Ayam beli dekat pasaraya Giant yang dah siap perap dengan rempah. Tinggal nak bakar jer lagi. Pastu beli arang kat kedai area homestay.
Secara keseluruhan memang aku puas hati tinggal kat homestay ni. Untuk bercuti di Lost World of Tambun memang sangat-sangat aku rekemen untuk stay sini. Tapi kalau nak ke Bandaraya Ipoh jauh sikit la, lebih kurang 20 minit.
Kalau tanya aku benda apa yang boleh ditambah lagi untuk keselesaan tetamu adalah water heater dalam bilik mandi. Aku rasa itu perlu lebih-lebih lagi bila ada anak kecik. Dan satu lagi kalau ada gazebo kat tepi rumah tu lagi best. Yang lain-lain rasanya semuanya cukup memuaskan.
RATING ABAH CARENO
Location – 4/5
Rooms- 4/5
Facilities – 5/5
Cleanliness – 4/5
Value – 5/5
Harga sewa untuk 1 malam adalah RM250 tapi kalau korang booking 2 malam dan ke atas boleh dapat diskaun lagi. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi En. Mohd Isa (019-364 8164) atau Facebook Perdana Suites.
TEMPAHAN MAKANAN
Ehhh kejap… Entry ni belum habis lagi. Aku nak share dengan korang pasal catering yang kitorang tempah untuk makan sepanjang menginap di homestay ni. Kalau dah ramai-ramai macam ni, nak masak pun tak sesuai sebab kemudahan untuk masak kat homestay ni hanya untuk kumpulan kecil jer. Lagi pun, kesian kat mak mak yang nak kena masak. Datang nak bercuti tapi nak kena masak pulak kan.
So, aku order jer set makan dengan kedai makan berdekatan dengan homestay ni. ThankQ En.Isa yang berikan nombor catering ni. Sebelum ke Ipoh aku dah booking awal-awal makan minum kitorang sepanjang kat situ. Kalau korang nak buat tempahan makan boleh order dengan Kak Rose 017-4393534. Kitorang order set buffet untuk dinner dan breakfast. Makanan semuanya sedap dan sangat puas hati. Tak perlu lagi susah-susah masak atau keluar cari makan. Cukup time nanti Kak Rose akan hantar makanan kat homestay.
Ni antara family member yang join gathering baru-baru ni. Tapi tak semua yang ada dalam gambar ni, ada yang dah balik sebab gambar ni diambil sebelum kitorang balik ke rumah masing-masing. Mesti korang terfikir, muat ke semua orang dalam 1 unit homestay ni??? Ofcoz la tak muat sebab bilik ada 3 jer walaupun rumah besar. Sebenarnya aku booking 2 unit homestay. 1 unit lagi terletak berjiran dengan unit homestay Perdana Suites ni. Owner lain-lain tau…
Pasal homestay yang 1 lagi ni nanti aku share selepas ni okeh…
Faridah Hanim says
wowww – menarik sekali
Along Murni says
Wahh!! Homestay yg menarik kemudahannya!! Harga berpatutan siap ada tmpt BBQ lg.. memang mudah la kan utk aktiviti famili AM nnti.. terima kasih atas perkongsian!!
Mama Kembar Tiga says
Good idea tu, makan order caterinv je senang..betoi laa pi nak bercuti, sian mak mak kena masak plak kan
JULIA JOHARI says
Luas betul rumah coner lot ni besttt!!!
LeYa says
Haiii Papa Careno… Lama tak blogwalking di blog ini… Nice homestay ni.. Menarik sangat… Boleh save maklumat ni…
Joe Labu says
memang best nih, bbq rumah corner macam nih
Shafiqah says
Salam. Saya nak tanya, memang susah ke nak contact owner homestay ni? Saya dah booking n dah bayar deposit. Tapi saya try call dah 2minggu dia xjawab, whatapps x reply.
Admin says
Wslm… Sy dulu xde masalah pun. Kjap sy try tanya.
Nina Mirza says
Luasnya homestay ni… Memang Berbaloi-baloi dengan harga. Terbaik laaa
Yanie Yusuf says
Besar dan nampak selesa.
Abdul Razak Mohamed says
Assalamualaikum…..
Saya Abdul Razak Mohamed drpd Pulau Pinang ingin buat tempahan homestay pada sabtu 28hb dan ahad 29hb disember 2019 ini…untuk sekeluarga..
Ada kosong tak?
Admin says
Tuan kena baca bagi habis tuan. Membaca amalan mulia. Dalam tu ada detail pemilik homestay. Saya bukan pemilik, saya juga guest..