Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Harriston Signature Chocolate jenama tempatan tumpuan pelancong

February 26, 2018 by Admin 7 Comments

Spread the love

Kenapa kat airport banyak kedai coklat??? Sebabnya coklat dah jadi trend sebagai buah tangan yang selalunya dibeli oleh pelancong untuk dibawa pulang. Patut la kat office aku kalau ada staff yang bercuti luar negara, balik jer mesti dapat coklat. Best dapat coklat sebab ada tu coklat yang kita tak pernah rasa pun. Masa aku pergi Jepun dulu, duit aku banyak berhabis beli coklat untuk bagi rakan-rakan. Sebab tu kot di Harriston Signature Chocolate, lebih 80% pembeli dan pengunjung adalah dari pelancong luar sebab coklat kat sini adalah 100% buatan tempatan dan beridentitikan Malaysia.

Harriston Signature Chocolate mempunyai 5 cawangan yang terletak di KL, Penang dan Pahang. Semalam aku berkesempatan ke salah satu cawangan yang terletak di Taman Shamelin Perkasa, Cheras. Lebih kurang 8 minit dari Ikea Cheras. Nak ke sini tak susah pun, juz waze Harriston Signature Outlet. Kat sini memang jadi tumpuan pelancong. Semalam aku nampak pelancong luar borong coklat berbakul-bakul. Tahu kenapa? A unique Malaysian chocolate experience!!

Memang ngam sangat dengan tagline Harriston yang mempunyai variasi coklat unik berperisa tempatan seperti cili, kari, coffee, kelapa, tongkat ali dan paling menarik adalah coklat durian.

Aku sendiri dah rasa coklat durian ni, lain dari yang pernah aku rasa sebelum ni. Aku pernah rasa coklat berperisa durian tapi di Harriston kali pertama aku jumpa dan rasa coklat berinti durian segar.

Aku jamin yang penggemar durian akan suka coklat ni sebab rasa isi durian sangat padu dan kombinasi dengan coklat adalah sangat ngam dengan tekak aku. Ni juga antara coklat yang paling disukai pelancong.

Disebabkan banyak sangat perisa coklat yang ada kat sini, korang mesti tak tahu nak pilih yang mana kan… Jangan risau sebab setiap coklat tu ada tester untuk korang try rasa. Jangan lupa try coklat cili tau. Hehehe.. Uniknya coklat cili ni sebab masa makan tak terasa pedas pun tapi lepas dah habis makan baru akan terasa sikit pedas kat tekak.

Dalam premis ni jugak ada ditunjukkan bagaimana coklat premium dihasilkan. Coklat premium ni yang pelbagai bentuk dan cantik tu. Semalam aku tengok pekerja situ tengah buat coklat yang disapu serbuk berwarna gold. Mungkin coklat sempena tahun baru cina kot.

Istimewa untuk korang yang nak datang sini, Harriston akan berikan diskaun 25% dari total bil kepada rakyat Malaysia yang membeli coklat di sini. Tak perlu tunjuk ic pun, memadai korang dapat meyakinkan casher tu yang korang orang Malaysia. Hahaha..

Tapi serius korang kena datang dan try sendiri coklat kat sini then you will be proud this is Malaysian product.

DIY Chocolate Workshop

Ehhh lupa nak cerita. Antara sebab yang membawa aku sekeluarga ke Harriston Signature adalah disebabkan DIY Chocolate Workshop!! Kat sini korang boleh enjoy buat coklat sendiri. Sesuai sangat untuk isi masa anak-anak dengan aktiviti macam ni. Bebudak mesti suka!

Bahan semua disediakan, kemudian pelatih akan tunjukkan caranya dan korang juz follow dan ikut kreativiti masing-masing.

Aku dengan Miss Permaisuri bergilir-gilir bantu Akiff. Ehh sebenarnya bergilir-gilir jaga si Azif sebab dia mengamuk nak coklat. Hahaha..

What do you expect kalau budak laki buat benda yang berseni macam ni. Hehehe… Kira ok la tu kan walaupun bersepah. Janji rasanya tetap coklat.

Coklat ni kemudian akan di pack dalam kotak untuk korang bawak balik. Berminat boleh call for reservation slot. Tak kisah berapa orang pun. Seorang pun diorang layan. Tak semestinya dalam group… Tapi kalau ramai-ramai meriah sikit. Setiap sesi adalah selama 1 jam… Rate untuk DIY Chocolate Workshop adalah RM35 seorang dan terbuka kepada kanak-kanak 3 tahun ke atas dan juga dewasa.

Ni hasil Akiff yang dibawa balik. Berbaloi sangat dengan nilai yang dibayar. Dapat pengalaman yang menyeronokkan dan dapat coklat jugak.

Sebelum balik, bergambar dulu dengan replika KLCC yang disusun dari bekas coklat.

Korang boleh tengok video yang aku dah buat ni sepanjang berada di Harriston Signature Chocolate.

Harriston Signature
10 & 12, Jalan 13/91,
Taman Shamelin Perkasa.
Jalan Cheras, 56100 Kuala Lumpur
Tel : 603-92815122 / 603-92825122

Website : www.harriston.org
Facebook : Harriston chocolate
Instagram : @harristonchocolate

Loading

Filed Under: Advertorial, Event, Food, Info, Review, Shoping Tagged With: chocolate, chocolate class, chocolate workshop, coklat, Harriston chocolate, kedai coklat, kelas coklat

« Sewa homestay lagi murah kalau datang bercuti ke Lost World of Tambun
Percubaan scammer guna kredit kad aku untuk Facebook Ads »

Comments

  1. Huda says

    February 26, 2018 at 2:46 pm

    Memang seronok anak dapat pengalaman buat coklat DIY di Harriston Signature ni. Berbaloi sangat, dah la coklat kat sini memang sebab,no wonder mmg foreigner datang borong coklat kat sini

    Reply
  2. Mama Kembar Tiga says

    February 26, 2018 at 5:23 pm

    Ehh menarik ni, dekat ja plak tu. Boleh laa plan pi nanti, tringin nak rasa coklat durian.

    Reply
  3. mas saari says

    February 26, 2018 at 7:35 pm

    Wahhh ada perisa durian tu, bestnya!

    Reply
  4. YB Shehan says

    February 27, 2018 at 12:52 am

    wow bes gilak..

    Reply
  5. Hans says

    February 27, 2018 at 8:01 pm

    haihhh
    den nih dah lah peminat coklat
    terliur tengok gambar2 nih
    hahaha

    Reply
  6. lisak says

    March 2, 2018 at 2:19 pm

    best juga kalau dapat pengalaman DIY sendiri . Kalau pergi sana dapat rasa DIY sendiri cklat tu juga tak >??

    Reply
    • Admin says

      March 2, 2018 at 3:59 pm

      yer boleh.. kena booking slot.. byaaran RM35 sorang…

      Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative