Bila dah ramai-ramai bercuti, homestay adalah pilihan terbaik untuk menginap berbanding hotel. Bukan sebab kos tapi faktor kemeriahan dan keseronokan lebih terasa bila semua tinggal dalam satu rumah berbanding tinggal di bilik berasingan di hotel.
Tapi kalau dah ramai macam group kitorang ni, memang tak muat nak sumbat semua dalam 1 homestay. Sebab tu masa percutian ke Lost World of Tambun minggu lepas aku kena cari 2 unit homestay yang berdekatan supaya group kitorang tak terpisah. Alhamdulillah aku dapat 2 unit homestay berjiran yang tak jauh dari Lost World of Tambun… Homestay pertama aku dah tulis sebelum entry ni. Korang boleh baca situ kalau nak cari homestay yang cukup besar lengkap dengan kemudahan bbq.
Untuk entry kali ni aku nak share pulak homestay kedua yang terletak 2 unit berselang dengan homestay pertama. Dari segi luaran, unit homestay ni nampak biasa ja. Nothing special..
Depan rumah boleh park 2 biji kereta. Sebab rumah ni kat tengah, so takde ruang untuk bebudak main macam homestay pertama. Tapi tak kesah pun sebab kitorang lebih banyak masa kat homestay satu lagi. Homestay ni jadi tempat mandi dan tido jer. Berkumpul dan makan semua kat homestay sebelah.
Keadaan dalam rumah bersih dan tak banyak perabot. Ruang tamu ni aku lagi suka kalau ada carpet dan aircond. Masa aku pergi hari tu memang agak panas ruang tamu bawah tu sebab kipas pun tak membantu sangat untuk sejukkan ruang tu. Siaran TV guna iptv tapi kitorang tak tengok pun. Plug tv jadi port untuk charge segala gadget dan phone.
Ni pulak ada ruang rehat sebelah ruang menonton tadi. Dihujung sana ada ruang makan sebelum masuk ke dapur.
Ruang makan tak besar mana pun tapi ok jer. Ada peti sejuk dan cabinet rak pinggan mangkuk yang boleh digunakan oleh tetamu. Periuk nasi pun ada.. Tapi kalau nak stay sini, aku cadang kena bawak air minum sendiri sebab rumah ni takda penapis air. Air yang digunakan semua direct dari pili. Mungkin tuan rumah boleh consider untuk letak penapis air satu, paling tidak pun yang jenis macam bio aura atau dr sukida tu yang direct tapis dan keluar kat pili.
Ni bahagian dapur, semua kelengkapan memasak ada disediakan dan boleh digunakan.
Okeh jom kita ushar pulak bilik tidur yang ada. Rumah ni ada 4 bilik dan 3 bilik air. Semua bilik ada aircond kecuali bilik yang kat bawah.
Ni bilik bawah yang tak ber’aircond’ tu. Tapi tuan rumah jadikan bilik ni sebagai bilik solat. Katanya kalau nak tido kat bilik ni pun boleh tapi kena bawak toto sendiri. Bilik ni ada attach dengan bathroom sekali.
Bilik kedua ada 1 katil bersaiz queen dan ber’aircond’. Aircond tu bunyi bising weh, aku tido bilik ni la. Lecehnya bilik ni sebab hanya ada 1 plug jer, itu pun dah guna utk plug aircond. So terpaksa charge hp kat ruang tamu bawah. Bilik ni berkongsi bilik air dengan bilik ketiga.
Bilik ketiga ada 1 katil double decker macam dalam gambar atas. Muat untuk 3 orang. Bilik air berkongsi dengan bilik kedua tadi.
Ni master bedroom. Memang besar dan ada aircond. Muat sangat kalau nak tido 7 8 orang pun dalam bilik ni tapi kena bawak toto sendiri. Tuan rumah ada sediakan satu toto extra jer. Bilik ni pun ada attach dengan bathroom sendiri.
Bagi aku homestay ni cukup selesa dan bersih kecuali bahagian luar rumah yang nampak macam kotor sikit. Dalam rumah ok jer. Kalau korang cari homestay 4 bilik, homestay ni adalah pilihan terbaik. Tapi kalau memadai dengan 3 bilik jer, boleh booking homestay yang satu lagi tu.
Rate homestay ni adalah RM250 semalam. Murah ke mahal?? Bagi aku murah dah sebab kalau kongsi 4 family baru berapa puluh jer kan. Lagi pun homestay ni berdekatan Lost World of Tambun.
Kalau nak booking homestay ni korang boleh contact Haji Hamid 012-5082996. Owner homestay ni dengan homestay yang aku review sebelum entry n adalah berlainan tau walaupun rumah berjiran.
RATING ABAH CARENO
Location – 4/5
Rooms- 3/5
Facilities – 3/5
Cleanliness – 4/5
Value – 5/5
Papa Grab says
bila dah ramai2 memang homestaylah pilihan yang terbaik…nak borak2 pun senang…nak kene pergi lagi nih lost world tambun…:)