Pernah tak korang buat Facebook Ads? Sebagai blogger, aku pernah guna beberapa kali untuk promote aku punya article. Untuk guna facebook ads, korang kena ada kredit dalam akaun facebook dan untuk masukkan kredit tu kena gunakan online bankin atau kredit kad.
Aku pernah guna dua-dua kaedah tu. Online banking pernah, kredit kad pun pernah. Kalau guna kad kredit, kita kena daftarkan kad kita sebelum proceed. Masa mula-mula dulu memang ada rasa was-was, tapi aku buat gak.
So, semalam dah dapat pengajaran berguna selepas aku terima SMS Notification dari pengeluar Credit Card yang transaksi aku sebanyak HKD4,009.76 untuk FB Ads adalah gagal. Hoi.. Giler ke ape tibe-tibe ada transaksi di facebook. Nilainya kalau dalam ringgit Malaysia adalah RM2,000.62.
Terkejut beruk jugak la bila 1st time dapat sms macam ni. Mulanya aku ingatkan sms spam jer ni. Tapi bila dah sampai 4 kali cubaan, baru tergerak hati nak chek. Mulanya aku chek dulu no operator yang hantar sms ni. Alamak, dari no 66300 iaitu sama dengan sms notification yang aku terima setiap kali menggunakan kredit kad.
Terus aku call customer service untuk buat pengesahan. Mulanya operator yang jawab tu kata tiada transaksi yang berlaku hari tuni. Tapi aku suruh dia chek mana tahu ada cubaan nak guna details kredit kad aku tapi gagal.
Lepas operator tu chek, dia maklumkan memang ada cubaan tapi gagal sebab kredit limit tak cukup. Perghh.. bertambah cuak aku. Dia kata kalau tak melebihi kredit limit, transaksi tu akan berjaya. Adehh…
So, aku tanya cara penyelesaian yang mungkin boleh dilakukan bagi mengelakkan benda ni terjadi lagi. Mulanya dia mintak aku buang butiran kredit kad aku di facebook. Tapi since scammer tu, dah ada details yang diperlukan, no point jugak kalau aku buang.
Cadangan dia seterusnya adalah untuk block terus kad tu dan aku boleh request kad baru. Maksudnya no kad pun baru, no yang belakang kad pun baru. Cuma no akaun kad kredit jer masih sama. Tapi untuk replace kad baru, aku kena bayar RM50. Sanggup jer janji kad kredit aku selamat.
Rasanya lepas ni aku dah tak berani nak buat transaksi online menggunakan kredit kad. Syukur kredit kad aku limit sikit jer. Dulu bank pernah offer untuk naikkan kredit limit tapi aku tak nak. Limit yang ada dah memadai untuk kegunaan masa kecemasan.
Oh kad kredit la kes ni kan…kalau kad debit sama tak rasa eh kalau terkena sebab penah juga buat selalu transaksi online…huhh…ritu ada join taklimat ict…org ict ckp setiap kali nak login jgn save auto pasword melalui google kalau ada request…cancel kan…setiap kali nak login…login semua masuk pasword sendiri byk kali.
Mujur dpt buat kad lain. Alhamdulilah. Tq sharing. Buat kami berhati2.
Fuh nasib baik tak lepas. Seram juga kes macamni. Akak guna online banking je. Harap2 ok la..
alhamdulillah
nasib selamat sebab baki tu
kalau tidak menangis
Perghh..cuak baca ni Alan..scammer ni memang musibat betul la..sesenang nak amik duit orang..aissshhh..geram pulak