Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pomade khas untuk lebatkan rambut dan hitamkan rambut uban

February 12, 2018 by Admin 3 Comments

Spread the love

Muke jer nampak mude tapi rambut dah beruban.. Ehh muke nampak mude ke? Ke aku jer yang perasan ni… Hahaha… Sejak aku pakai pomade, rambut putih makin banyak dan menjadi-jadi. Ramai dah yang tegur. Kekadang aku guna inai hitam untuk hitamkan rambut. Tapi inai ni tak tahan lama, 2 3 minggu hilang laa… Dulu pernah try syampoo uban tapi pakai kejap jer, tak sempat nampak hasil pun. Orang kata nak nampak hasil kena istiqomah baru la menjadi.

Yang terbaru aku cuba pulak produk dari VAsia Cosmetic iaitu pomade dan juga syampoo untuk hitamkan rambut. Mulanya aku nak beli inai yang biasa aku guna tu tapi takde stock pulak. Orang tu recommend aku guna produk terbaru ni pulak. Pomade ni boleh menutup uban sejurus selepas pakai manakala syampoo tu pulak boleh mengurangkan rambut hitam dan melebatkan rambut kalau pakai secara berterusan.

Banyak kan rambut putih… Huhuhu. Ada banyak punca yang boleh menyebabkan rambut uban di usia muda antaranya stress, genetik, merokok, suka makan junk food, kerap mewarnakan rambut, kerap menggunakan pengering rambut, kekurangan vitamin B12 dan zat besi, kekurangan asid folic dan banyak lagi.

Hurmmm… Punca-punca ni macam takde kaitan sangat dengan aku. Stress rasanya tak kowt sebab hal pejabat dengan rumah tak pernah buatkan aku rasa stress. Genetik pun macam tak jugak sebab mak abah aku pun takde la beruban sangat. Aku tak merokok dan takde la kerap sangat makan junk food. Mewarna rambut lagi la aku tak pernah dan aku jugak tak pernah gunakan pengering rambut. Cuma part diet seimbang tu mungkin menyebabkan aku kekurangan nutrien yang diperlukan. Bab makan memang aku makan jer ape yang boleh makan.

Lupe pulak berapa ringgit aku beli mendalah ni tapi kalau tak silap aku dalam RM20 kot. Beli pomade, percuma syampu uban. Syampu tu sikit jer, kalau rasa serasi boleh la beli shampoo jer. Aku nak try dulu tengok hasilnya macam mana, kalau ok nanti aku nak teruskan guna syampu ni.

Ni selepas aku gunakan pomade tu. Rambut putih tak ketara sangat sebab dah dicover dengan pomade tu. Cuma aku tak berkenan sebab pomade ni dah macam kiwi kasut. Tengok gambar bawah ni.

Cara guna, ratakan kat tangan dan sapukan kat bahagian rambut. Kalau terkena kulit kepala nanti kulit kepala pun akan ada tanda hitam. Cuma yang lecehnya bila rambut basah kena hujan atau ambik wuduk. Air yang meleleh tu nanti pun warna hitam, silap-silap boleh menitik kena baju.

Contoh macam gambar aku ni, nampak kan air wuduk yang meleleh kat dahi tu warna hitam. Huhuhu…

Bagusnya pomade ni sebab senang di cuci, bau pun menyenangkan dan halal. Rambut pun senang dibentuk dan kemas, cuma macam aku kata tadi tu la. Warna hitam tu bila kena air senang luntur.

Kalau tanya aku adakah pomade ni pilihan aku untuk cover rambut putih beruban, jawapan aku adalah tidak. Aku lebih prefer gunakan inai hitam untuk menutup rambut putih.

Filed Under: Personal, Produk, Review Tagged With: Pomade, punca rambut beruban, punca rambut uban, syampu uban, tips hitamkan rambut, tips masalah uban, vasia pomade

« Business vending mesin merudum disebabkan orang ramai mula ada penapis air sendiri di rumah
Carian online paling popular rakyat Malaysia sempena Tahun Baru Cina di Shopee »

Comments

  1. Hafiz Rahim says

    February 13, 2018 at 12:06 pm

    Tak bestnya part yang meleleh tu.. jenis peluh satu teko memang habis la leher baju hahaha

    Reply
  2. Mus says

    February 13, 2018 at 1:42 pm

    lain macam hitamnya.. mmg mcam kiwi kasut

    Reply
  3. Edi says

    November 29, 2019 at 8:09 pm

    Kalau untuk syamlu free tu apa kegunaannya ya

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative