Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Atasi masalah lipas dalam kereta dengan teknologi nano mist di car wash

March 28, 2018 by Admin Leave a Comment

Spread the love

Berapa kerap korang cuci kereta? Seminggu sekali atau sebulan sekali? Dulu aku cuci kereta seminggu 3 kali. Aku upah orang datang cuci kereta kat parking. Bayar secara bulanan kat orang tu. Murah jer tapi basuh luar jer la, dalam tak usik pun.

Bertahan setahun jer aku ambik servis tu, sebab makin lama orang tu makin pemalas. Sebulan sepatutnya basuh 12 kali tapi kekadang tak cukup. Lama-lama rasa membazir pulak sebab aku tetap kena pergi car wash untuk vacum kereta.

Biasanya kita pernah tahu servis yang ada kat car wash adalah cuci, vacum, cuci enjin, polish, wax dan macam-macam lagi. Nano mist jugak biasanya ada dalam senarai servis di car wash.

Tahu tak apa itu Nano Mist?
Nano Mist bukan lah teknologi baru sebab ia dah bertahun ada cuma jarang orang yang menggunakan servis ni. Nano mist adalah proses mengasapkan kereta untuk membunuh bakteria dan zarah-zarah halus yang memberikan pengudaraan yang tak selesa.

Baru-baru ni masa aku balik kampung, aku hantar kereta ke car wash dekat stesen minyak caltex dekat rumah. Masa tengah menunggu tu si myanmar car wash tu dok promot macam-macam kat aku. Suruh polish la, wax la, cuci enjin la. Cuma aku tertarik bila dia cerita pasal nano mist.

Katanya Nano Mist boleh menghapuskan 99.9% bakteria di dalam kereta. Selain tu dapat jugak menghilangkan bau yang tidak menyenangkan di dalam kereta contohnya bau rokok dan durian. Dan paling menarik perhatian aku bila dia kata nano mist boleh membunuh serangga seperti lipas dan semut yang dah berkampung dalam kereta kita.

Hah.. Macam tau jer kan kereta aku memang ada lipas kecik-kecik tu. Dah banyak tips aku pakai untuk perangkap lipas tapi tak membantu sangat untuk hapuskan semua lipas. So boleh la aku try Nano Mist ni pulak.

Tak lama pun proses mengasapkan kereta, dalam 15 minit jer. Masa proses asapkan kereta tu diorang akan tutup semua pintu dan kereta pastu biarkan asap meresep ke seluruh ruang dalam kereta termasuk kat bonet sekali.

Bila dah settle, korang boleh rasa perbezaan kualiti udara di dalam kereta. Memang rasa menyegarkan dan berbau wangi.. Lipas pun takde, aku sendiri dah test. Biasa kalau aku tinggalkan cup air dalam kereta semalaman, esoknya mesti ada lipas dalam cup tu. Tapi lepas aku buat servis ni, lipas takde langsung.

Harga servis Nano Mist yang aku ambik ni hanya RM25 jer tau. Ok laaaa.. Takde la mahal sangat kan. Janji dapat matikan lipas-lipas yang berkampung dalam kereta aku tu. Tapi kena ingat juga, kalau lepas tu kereta masih ada lagi sisa makanan, lama-lama lipas akan ada balik. Kat KL aku tak sure berapa harga servis ni sebab belum pernah tanya.

Filed Under: Info, Kesihatan, Servis, Tips Tagged With: car wash, nano mist, servis, Tips, tips bunuh lipas dalam kereta

« Happy Birthday Akiff yang ke-7 tahun… Dah darjah 1..
Anak dah mula sukakan susu kambing Lazz campuran kurma »

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
  • Penting untuk tahu ubat sapu jenis apa yang sesuai untuk masalah kulit baby
  • Blender harga RM288 dijual harga RM57.90 sempena promo Double Digit Sales 11.11 di PG Mall
  • Resepi Maggie Goreng Basah viral yang sedap giler
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative