Tak lama dah nak masuk bulan ramadan. Trend sekarang 2 bulan sebelum ramadan banyak la hotel dan restoran mula invite media untuk perkenalkan juadah berbuka puasa. Masing-masing cuba mengetengahkan keunikan dan keistimewaan sendiri. Hotel Sunway Putra antara hotel terawal yang memperkenalkan menu buffet ramadan untuk tahun 2018 ni.
Baru-baru ni aku berpeluang untuk melihat dan merasai apakah tarikan yang cuba ditonjolkan dalam buffet ramadan yang disediakan oleh Coffee House, Sunway Putra Hotel. Seperti dijangka, memang banyak giler menu yang ada dan semuanya menyelerakan. Dari masakan tradisional melayu, masakan jepun hingga kepada kebab pak arab pun ada.
Sebagai penggemar desert, benda pertama yang aku teruja nak tengok adalah koleksi kek dan pastry. Biasanya kalau berbuka puasa kat hotel, aku akan ambik menu-menu ni dulu untuk berbuka. Lepas solat maghrib baru aku cari menu-menu berat.
Untuk desert section aku bagi 5 bintang. Banyak pilihan dan semuanya sedap. Selain kek dan pastry, ada jugak kuih muih melayu untuk korang yang mempunyai tekak tradisi melayu. Macam aku, tekak mix omputih. Dah nampak kek, tak pandang dah kuih muih ni. Hahaha…
Bagi aku, tarikan utama menu yang ada kat sini adalah masakan kampung yang bertaraf bintang. Banyak pilihan masakan melayu pelbagai negeri contohnya kari kepala ikan salmon, udang kalio dengan belimbing buluh, daging masak lemak cili padi, ikan patin masak tempoyak, daging dendeng cili, ayam percik, rendang daging, pelbagai jenis kerabu, telur asin, ikan masin, pelbagai jenis sambal belacan dan ulam-ulaman dan banyak lagi. Kiranya kalau korang tengok memang boleh buat kecur air liur.
Sorry tak banyak sangat gambar menu-menu tradisional yang aku ambik sebab teruja dengan banyak lagi menu lain. Hehehe…Untuk korang yang perut bersaiz L ke atas memang confirm puas hati. Walaupun secara fizikal mungkin perut aku nampak bersaiz L tapi hakikatnya aku tak mampu nak makan dengan banyak. Tapi hari tu, aku terpaksa cuba juga sebanyak mungkin menu yang ada supaya aku dapat recommend kat korang. Sejujurnya semua menu yang aku rasa hari tu semuanya sedap.
Kambing golek dah macam menu wajib kat mana-mana buffet ramadan. Tak sedap kambing golek maka secara keseluruhan buffet ramadan tu pun gagal. Oriental Barbecued Lamb ni adalah menu wajib cuba sebab ni adalah menu yang telah memenangi anugerah dalam Thailand Culinary competition…
Tapi kena bertabah la sikit untuk beratur sebab dah nama pun menu tumpuan, mesti semua orang pun akan fokus kepada menu ni.
Ada banyak section dan aneka pilihan makanan termasuk makanan jepun, western food, chinese food dan banyak lagi. Tak tercerita kalau aku nak sebut setiap satu jenis hidangan yang ada. Yang pasti adalah berbaloi untuk berbuka puasa kat sini.
Ruang makan dan persekitaran adalah cukup selesa dan boleh memuatkan sehingga 300 orang dalam satu-satu masa. Untuk tempahan dan pertanyaan korang boleh call 03-4040 9888 atau email ke spkl.ch@sunwayhotels.com.
Sunway Putra Hotel Sdn. Bhd.
Tel: 03-4040 9888
Email: spkl.ch@sunwayhotels.com
Website: www.sunwayhotels.com
Facebook: Sunwayputrahotelkl
Instagram : @sunwayputrahotel
Twitter : @sunwayputrahtl
Leave a Reply