Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Jom makan berbuka puasa di Double Tree by Hilton

March 21, 2018 by Admin 2 Comments

Spread the love

Antara berbuka puasa di hotel dan berbuka puasa di rumah, yang mana korang lagi suka? Kalau dulu, yesss aku suka berbuka puasa di hotel sebab banyak pilihan makanan ada. Tapi bila dah berkeluarga ni, aku lebih prefer tempat makan yang selesa untuk bawa anak-anak.

Bila bab selesa, aku rasa takda tempat yang lebih selesa dari rumah sendiri. Setuju tak? Tapi tak kan sebulan tu hanya berbuka puasa kat rumah jer kan… Sesekali kena juga raikan isteri, ibu dan ahli keluarga berbuka puasa di tempat istimewa.. Pilihan aku adalah di Makan Kitchen di Double Tree by Hilton KL. Serius!! Aku suka sangat tempat ni sebab suasana kat sini sangat selesa untuk bawa keluarga.

Menariknya restoran ni sebab ia terletak di tingkat 11, boleh nampak view yang cantik lebih-lebih lagi waktu senja. Tapi aku terlupa nak ambik gambar pemandangan luar untuk tunjuk kat korang… Tapi takpe, korang tengok jer persekitaran dalam restoran ni.

Nampak tak gambaran suasana dan persekitaran kat sini. Ada banyak ruang dengan konsep yang berbeza. Semuanya memberikan mood yang berbeza.

Itu baru suasana dekorasi dalaman, belum lagi aku ceritakan pasal menu berbuka puasa yang diperkenalkan sempena Ramadan tahun ni. Double Tree by Hilton memperkenalkan pelbagai menu makanan tempatan berkonsepkan pasar malam.

Rakyat Malaysia memang dah sinonim dengan pasar malam. Aku suka pergi pasar malam sebab ada banyak pilihan makanan. Kat sini pun sama, kebanyakan menu yang korang boleh jumpa kat pasar malam ada kat sini.

Sebut jer nak apa? Sup kawah, bubur lambuk, ayam percik, ikan bakar, ayam penyet, nasi ayam, satay, char kuaw tiew, laksa sarawak, popiah basah, apam balik atau ape jer..

Tapi kalau datang sini korang wajib try local indian ciusine, memang sedap giler. Ada chicken tandoori, chicken briyani, fish tikka, lamb kebab, pelbagai jenis roti canai yang macam kat kedai mamak dan macam-macam lagi.

Tapi problem aku bila makan menu berat yang macam ni, perut mula la tak boleh nak sumbat macam-macam jenis makanan lagi.. Huhuhu..

Selain masakan tradisional melayu dan india, ada juga section chinese food seperti roasted duck, hainamnese chicken rice, yong tau foo, chinese style noodle dan banyak lagi.

Dalam banyak-banyak menu, rasanya kambing goreng pasti akan jadi tumpuan. Walaupun menu kambing golek bukan menu favourite aku tapi kambing golek kat sini berjaya mengikat selera aku. Memang tak mengecewakan..

Lepas dah kenyang dengan menu-menu berat, sambil-sambil korang rehat dan berborak tu boleh la layan menu desert yang ada.

Nak yang tempatan atau menu modern semua ada. Ikut selera tekak masing-masing. Ais krim pun ada tapi aku tak sempat try pun. Perut dah nak meletup sebab banyak sangat makan. Hahaha…

Aduhhh.. aku dah kecur air liur sambil buat article ni. Craving giler bila tengok gambar sendiri. Hahaha… Yang baca article ni time bulan puasa harap bertabah k…

Secara peribadi, aku sangat berpuas hati makan kat sini. Bukan hanya konsep menu yang berjaya memikat aku tapi suasana dalam Makan Kitchen juga membuatkan aku nak datang lagi untuk berbuka puasa di sini.

Korang yang merancang nak berbuka puasa di sini boleh hubungi details yang akan aku kongsikan di hujung entry. Tapi sebelum tu, mesti korang nak tahu harga kan?? Harga adalah berubah-ubat mengikut minggu puasa seperti list di bawah..

17 Mei – 23 Mei 2018 : Bermula dari RM148 nett
24 Mei – 7 Jun 2018    : Bermula dari RM158 nett
8 Jun – 14 Jun 2018     : Bermula dari RM128 nett

Tapi kalau korang nak lagi murah, korang boleh book awal bermula dari 15 April hingga 15 Mei ni dengan harga bermula dari RM128 nett.


Untuk sebarang pertanyaan dan tempahan boleh hubungi 03-2172 7272 atau layari www.flavoursbydoubletreekl.com

Loading

Filed Under: Advertorial, Food, Produk, Review Tagged With: berbuka puasa, double tree by hilton, food, Food Review, Iftar, Produk, review, Tempat Makan

« Buka puasa menu tradisi bertaraf bintang di Sunway Putra Hotel
Happy Birthday Akiff yang ke-7 tahun… Dah darjah 1.. »

Comments

  1. IQ aka Izyan Balqis says

    March 21, 2018 at 5:07 pm

    nampak menyelerakan semua hidangannya.

    Reply
  2. cikzacom says

    March 27, 2018 at 12:31 pm

    nampak menyelerakan terliur pulak kita.

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative