Pernah tak korang berhenti dan makan durian kat tepi jalan tempat penjual durian tu. Puas hati kalau makan terus kat situ sebab kalau durian tak elok boleh mintak tukar jer. Kalau bawak balik rumah takut nanti bila isi durian tak elok, sakit hati sendiri jer… Huhuhu..
Makan durian tepi jalan adalah perkara biasa untuk orang Malaysia. Tapi tak pernah pulak terfikir konsep makan durian ni akan dikomersialkan sehingga adanya restoran yang hanya sediakan buah durian sebagai menu. Tak ada menu lain selain durian fresh dari ladang. Sama konsep macam penjual tepi jalan tu. Yang bezanya adalah tempat makannya cantik dan sangat selesa.
DurianBB Park yang terletak di tengah kotaraya KL ni agak tersembunyi kedudukannya tapi disebabkan keunikan restoran ni membuatkan lokasi bukan lagi faktor untuk orang datang mencuba keistimewaan durian yang ada kat sini.
Korang pernah tak makan durian yang dihidangkan dalam plate macam dalam gambar atas ni? Sebenarnya konsep makan durian ni dibawa dari Hong Kong. Orang Hong Kong makan durian siap berhidang macam ni. Dalam 1 plate ada 5 ulas durian dari jenis yang berbeza. Ada durian kampung, 101, D13, XO dan Musang King.
Rasa setiap jenis dah tentu berbeza juga dan serius aku cakap memang terasa kepuasan tu bila dapat rasa durian terbaik dari 5 jenis berbeza. Dan paling terbaik semestinya durian musang king. Tapi sebab aku dah biasa makan durian musang king (belakang rumah tok wan ada pokok durian musang king), so aku lagi teruja dengan rasa durian XO yang belum pernah aku rasa sebelum ni.
Nak makan durian ni pun ada caranya, kena mulakan dengan durian kampung dan seterusnya ikut susunan yang disusun dalam plate tu. Last sekali baru makan durian musang king. Alasannya sebab durian musang king mempunyai rasa yang paling kuat, so tak nak rasa musang king tu menutup rasa durian yang lain. Sebab tu kena mulakan dengan durian kampung sebab rasanya paling mild dan tak kuat. Baru la dapat rasa perbezaan setiap jenis durian tu.
Korang mesti nak tahu harga set durian 5 rasa ni kan? Tak mahal pun, hanya RM39 untuk setiap plate. Air mineral disediakan percuma. Oh yaa… kat sini takde air lain selain air mineral yer… Tapi kalau nak rasa coffee atau teh perisa durian, korang boleh beli yang 3 in 1 punya untuk bawak balik..
Kalau tak puas makan durian dalam pinggan macam ni, korang boleh juga makan durian yang timbang kilo. Maksudnya korang boleh pilih beberapa biji yang korang nak dan dari jenis mana yang korang suka, kemudian dia akan timbang dan belahkan then makan lah sepuasnya. Harga durian timbang adalah berubah-ubah ikut harga pasaran. Bagi aku takde la mahal sangat sebab durian kat sini adalah datang dari dusun sendiri.
Pengalaman aku makan kat sini memang sangat ohsemmm… Aku paling suka durian XO sebab rasanya tak sekuat musang king tapi ada terasa sedikit bergas. Gigitan pertama masa makan durian kampung tu dah terasa sedap dah, tapi bila bertukar makan jenis lain, lagi sedap terasa… pastu tukar jenis lain pulak, lagiiiii sedappp… Adehhh… serius sangat puas hati makan sini…
Kalau nak tahu, DurianBB Park mempunya stock durian sepanjang tahun. Stock durian adalah dari dusunnya sendiri yang terletak di Raub, Pahang. Tak melalui orang tengah dan takde durian import malah di export ke cawangan DurianBB lain di Hong Kong, Macau, China dan Singapore..
Jom aku tunjuk sikit persekitaran tempat ni. Cantik dan selesa sangat. Sesuai la kalau nak datang makan sambil lepak-lepak dan borak-borak.
Kalau nak privasi atau makan sambil bincang hal-hal bisnez pun boleh jer sebab ada juga disediakan bilik VIP dalam kontena yang selesa.
Oh yaaa… DurianBB Park ada sediakan Free Transportation Service dari beberapa kawasan tertentu. Korang yang menginap sekitar KL boleh la try contact diorang (03-2110 3475) untuk pickup dan bawak pergi makan kat situ. Untuk maklumat lanjut boleh dapatkan details seperti di bawah.
DurianBB Park
No. 15, Jalan Kamuning,
Off jalan Imbi
55100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-2110 3475
Website: DurianBBPark.com
Facebook : DurianBB Park
LeYa says
Wahhh….menarik..first time dengar…
Saps says
Wow. Tak tau pulak ada kedai macam ni
Mama Kembar Tiga says
Mak aihh menggodanya! Sedapnyaaa durian tu oiii