Bila aku cakap aku nak pergi bercuti kat Legoland jer, mesti ade yang akan kata “ehh ko nak pergi lagi ke? Tak puas-puas ker pergi Legoland tu?” Hey, memang la tak puas… So far, Legoland Malaysia adalah taman tema kegemaran aku dan keluarga. Tak pernah membosankan dan sentiasa ade jer benda-benda baru untuk teroka.
Ni kali ke 6 aku ke Legoland dan ada lebih kurang 26 entry berkaitan Legoland dalam blog aku. Giler banyak kann… Hahaha… Sebab aku terlalu teruja dengan Legoland sampai semua benda aku nak cerita kat blog. Korang boleh buat marathon baca article berkaitan Legoland dengan klik Legoland Malaysia. Harapnya korang pun akan teruja bila baca semua entry aku tu…
Baru-baru ni aku ke Legoland Malaysia bersama 24 lagi blogger dengan keluarga masing-masing untuk program Hari Keluarga KBBA9 Tahun 2018. Seawal pagi dah ramai rakan-rakan blogger mula berkumpul di luar pintu masuk Legoland, sebelum masuk harus lah bergambar kat photobooth yang disediakan. Ada staff Legoland kat situ yang akan tolong ambikkan gambar kite.
Kalau ikut pengalaman sebelum-sebelum ni, seharian dalam Legoland pun belum cukup untuk cover semua rides yang ada. Bayangkan kalau lepas main kat theme park, korang nak bergegas ke waterpark pulak, memang kelam kabut jadinya.
Seharian kitorang dalam theme park Legoland, sempat la enjoy 15 games dari lebih 40 games yang ade kat dalam tu. Serius fun giler.. Anak-anak la yang paling teruja terutamanya Akiff.
1st ride yang kitorang tuju sebaik jer masuk adalah Driving School. Kat sini diorang dah asingkan litar untuk bebudak bawah 5 tahun dan atas 6 tahun. Sebab si Azif baru 3 tahun, so die main kat Junior Driving School. Abang dia main kat track sebelah.
Boating School antara rides yang wajib naik. Kat sini lama sikit nak beratur sebab biasanya kat sini ramai orang. Pastu kalau ada yang terhegeh-hegeh tak pandai kontrol boat, lagi lama la kena tunggu.
Ada banyak lagi permainan yang kitorang main, korang layan gambar jer la dulu k..Puas hati sangat main kat Legoland hari tu sebab cuaca pun redup jer macam nak hujan tapi tak hujan. Akiff la yang paling excited sebab sebelum ni die tak berani nak main semua game, tapi kali ni kalau boleh semua benda dia nak main lebih-lebih lagi bila ada Zafirah, anak blogger Ujang & Yana sebagai peneman. Roller coaster The Dragon Apprentice pun dia mampu naik sampai 2 kali. Hahaha…
Dalam banyak-banyak rides yang ada dalam Legoland ni, ada 2 benda yang aku belum pernah cuba dan nak sangat cuba iaitu Lego Ninjago The Ride dan The Great Lego Race. Kali terakhir aku datang dulu, Lego Ninjago masih dalam pembinaan, kali ni memang tak lepaskan peluang la untuk main. Bestnya sebab rides ni takde syarat usia atau tinggi asalkan boleh duduk sendiri kat dalam rides tu.
Rides ni adalah indoor game yang mana korang perlu pakai spek 3D untuk kesan visual yang lebih real. Kemudian kena gerakkan tangan untuk keluarkan kuasa dari tangan korang tu untuk menentang penjahat. Masa lawan kat api nanti korang akan terasa jugak bahang api, bila lawan kat ais akan terasa sejuk, bila lawan dengan kuasa angin nanti akan terasa angin. Sebab tu game ni dinamakan 4D iaitu bukan hanya visual jer.
Memang fun sangat rides ni. Cuma adik Azif jer la tak dapat nak enjoy sebab die kecik lagi, nak gerakkan tangan tak sampai. 4 minit masa dalam rides ni rasa cepat jer.
Sebenarnya permainan The Great Lego Race ni bukan la baru kat dalam Legoland ni tapi yang menyebabkan ride ni seperti baru sebab ada penambahan teknologi Virtual Reality (VR) semasa main permainan ni.
VR tu adalah mendalah yang kitorang pakai untuk tutup mata tu. Sepanjang rides bergerak kena pakai benda tu dan hanya perlu melihat melalui visual yang ada kat dalam VR tu. Visual yang korang akan nampak adalah seperti gambar bawah ni iaitu korang akan meredah laluan dalam dunia lego.
Tapi sayang sebab aku tak sempat merasa pakai VR ni. Elok jer sampai turn nak naik ride, hujan renyai mula turun. Kalau time hujan, rides masih berjalan cuma VR jer tak boleh pakai. So, main jugak la tanpa pakai VR.
Tapi kan, hujan renyai tu stop lepas habis turn kitorang. Hahaha… Sabor jer la… Nak beratur sekali lagi dah malas dah sebab ade benda lain lagi nak main, so kempunan nak merasai pengalaman sebenar dalam dunia lego menggunakan VR.
Takpe, next time datang lagi. Kitorang keluar dari Legoland hari tu pukul 7 malam. Itu pun tak puas lagi sebab ada banyak lagi permainan yang kitorang skip. So, cuba bayangkan kalau hari yang sama korang nak masuk Legoland water park. Memang rushing dan aku jamin korang tak kan puas main.
Aku syorkan kalau korang datang ke Legoland, better spend time at least 2 hari untuk theme park dan water park. Sebab kat water park pun korang takkan puas kalau hanya dapat luangkan masa 3 4 jam.
Sebab tu sekarang aku terfikir untuk beli Annual Pass Legoland. Boleh main sepuas-puasnya. Nak masuk Legoland setiap hari pun takde hal. Setiap kali ade benda baru kat Legoland, diorang akan jemput sekali pemegang pass tahunan untuk menjadi antara yang terawal merasai pengalaman baru dengan tarikan terbaru yang diperkenalkan.
Sekarang ni Legoland Malaysia tengah buat promosi untuk pass tahunan dengan harga yang sangat berbaloi. Dengan RM199 korang boleh dapat pass tahunan (Awesome Pass) untuk Theme Park iaitu sama harga dengan tiket masuk harian. Tapi kalau nak upgrade pass tu kepada Premium Pass yang membolehkan korang enjoy theme park dan water park sepanjang tahun tanpa limit, korang hanya perlu tambah RM125 dari harga Awesome Pass.
Nanti bila dah pass tahunan dah tamat tempoh setahun, korang hanya perlu renew dengan harga yang lebih rendah.
Sekarang ni adalah masa yang sesuai untuk korang beli Annual Pass Legoland sebab korang juga berpeluang untuk menang sebuah kereta Nissan Almera.
Walaupun aku tinggal kat KL tapi aku memang dah ada perancangan nak ambik annual pass ni. Setiap kali cuti sekolah boleh la plan ke sana bawak anak-anak bersuka ria. Hehehe..
Untuk gambaran keriangan yang lebih jelas terasa korang boleh layan video percutian ke Legoland yang aku buat ni..
Untuk maklumat lanjut tentang Legoland boleh refer details berikut:
Website: www.legoland.com.my
Facebook : LEGOLAND Malaysia
Instagram : @legolandmalaysia
Twitter: @LEGOLAND_MY
Telefon : 07-597 8888
lisak says
anual pass ni kiranya boleh masuk bila2 jea and main sepuas2nya anytime ke ? best juga ni. dulu frst lisa pregi pun harga tiket 145/person .. ni kira jimat doh niii.. rasa nak beli jaaa
Del Asyraf says
Waaa seronok la main game kat situ..hahaah harga dia pun adoiii..ahhaah
Nina Mirza says
Setuju… Memang kena datang lagi main hari lain tuk Waterpark .
Macam Nina 1st time masuk Legoland , best giler…. !! Rasa nak datang lagi main semua lagi… Seronok!
Huda says
Best giler Lan dan family, 6 kali kot dah masuk Legoland. Huda baru merasa sekali ni ,pun xpuas lagi. Rasa nak beli gak annual pass tu.
Hafiz Rahim says
Aku nak pergi lusa.. jom.. repeat lagi
Mama Kembar Tiga says
Akak dah dua kali pi pun still rasa nak repeat lagi. Nak menabung lah utk tahun depan plak hehe
izwan says
macam best je Legoland.
Bolehlah ni bawak anak buah datang. Banyak kali rancang, tak pernah menjadi.
Aimi says
Situ boleh bawak makanan luar tak?
Admin says
tak boleh… mana2 theme park pun tak boleh bwk makanan luar… kalau nak bwk roti2 ke kena pandai2 seludup. hehe
yassier says
annual pass boleh beli kat legoland ker kena beli online sahaja?
Hakim says
Nak tanya kalau beli annual pass ni boleh main mana mana park hari hari ke ?