Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Anak dah mula sukakan susu kambing Lazz campuran kurma

April 8, 2018 by Admin 5 Comments

Spread the love

Akiff dengan Azif memang suka minum susu. Tapi aku selalunya beli susu dalam kotak untuk diorang. Hampir tiap minggu aku akan beli susu kat lori susu kat pasar tani depan office.

Susu memang bagus untuk semua orang, tak kira peringkat umur. Lagi bagus kalau susu kambing sebab susu kambing kan antara makanan sunnah yang elok diamalkan.

Korang tahu tak yang susu kambing adalah susu kedua terbaik selepas susu ibu. Ini disebabkan khasiat susu kambing tu sendiri yang sangat tinggi. Tapi tak ramai yang boleh minum susu kambing asli disebabkan rasa dan bau yang agak kuat dan hamis. Silap-silap boleh terkeluar balik kalau tak tahan sebab rasa susu kambing tak sama dengan susu lembu.

Sebab tu sekarang dah banyak susu kambing yang diproses dipasaran yang takde bau hamis malah rasanya sangat sedap. Dan yang penting khasiatnya masih kekal ada. Kalau nak bagi bebudak minum memang takda masalah, diorang mesti suka lebih-lebih lagi bila ada perisa tambahan seperti kurma, madu atau coklat.

Baru-baru ni aku terpengaruh jugak nak try Lazz susu kambing lepas tengok ramai kawan-kawan yang dah cuba dan diorang secara jujurnya cakap susu ni memang betul-betul sedap dan anak-anak diorang sangat sukakan susu Lazz.

Susu kambing Lazz mendapatkan sumber susu kambing asli dari Holland. Kambing kat sana dijaga mengikut piawaian yang tinggi bagi menghasilkan kualiti susu yang baik. So, aku percaya pemakanan kambing-kambing tu semua pasti adalah yang terbaik dan mungkin juga jadual tido diorang pun dipantau. Hahaha.. Agaknya la kann..

Susu kambing Lazz adalah 100% organik. Ada empat jenis perisa iaitu original susu kambing, susu kambing yang dicampur kurma, susu kambing kurma perisa coffee dan susu kambing kurma perisa coklat.

Budak Azif teruja bila dapat susu kambing. Dia belum pernah minum susu kambing lagi sebelum ni.

Sekarang ni diorang sangat suka dengan susu Lazz. Tiap malam mintak susu Lazz. Aku gilir-gilir bagi diorang perisa lain-lain. Tak nak bagi perisa tertentu jer.

Kekadang waktu pagi sebelum pergi sekolah aku bagi segelas untuk Akiff. Tapi tak selalu bagi pun sebab susu ni mudah lawas, nanti kat sekolah nak terberak leceh pulak.

Banyak khasiat susu kambing Lazz untuk bebudak macam Azif terutamanya yabg sedang bersekolah macam Akiff. Antaranya adalah :

* Bertambah selera makan, yang ni vagus sangat untuk anak-anak aku sebab diorang memang kurang selera makan.
* Tulang lebih kuat dan gigi cepat tumbuh.
* Bersifat less allergenic iaitu sangat sesuai untuk kanak-kanak yang alah protein susu lembu. Akiff dengan Azif takde alahan ni.
* Menguatkan imunisasi badan. Ni sangat penting bagi korang yang hantar anak kat taska sebab situ lebih terdedah dengan jangkitan kuman dan virus.
* Melancarkan sistem penghadaman.
* Meningkatkan IQ dan daya ingatan.
* Mujarab untuk hilangkan kahak dan lelah.
* Kulit lebih sihat dan tidak sensitif
* Mengurangkan alergik kulit dan eczema.

UNTUK MAKLUMAT LANJUT :

WEBSITE : www.lazzsusukambing.com
FACEBOOK :- LAZZ Susu Kambing
INSTAGRAM :- @lazzsusukambinghq
TELEFON :- 013 – 3083354

Loading

Filed Under: Advertorial, Food, Produk, Review Tagged With: advertorial, food, lazz susu kambing, Produk, Produk review, review

« Atasi masalah lipas dalam kereta dengan teknologi nano mist di car wash
Terasa macam nak beli Annual Pass Legoland, boleh main sepuasnya sepanjang tahun »

Comments

  1. mas saari says

    April 8, 2018 at 12:46 pm

    Anak² yang tak suka susu kambing dah terminat dengan Lazz ni.

    Reply
  2. lisak says

    April 8, 2018 at 5:09 pm

    sedap weih susu ni. hehe suka yang cafe and coco.. hikhi..susu kambing kurma dah nak abes sekotak

    Reply
  3. TATI MANSUR says

    April 8, 2018 at 10:05 pm

    Anak2 kak Ti pun suka sangat dengan susu Lazz ni.. Excited diorang masa susu ni sampai..

    Reply
  4. Asyiqin says

    April 8, 2018 at 10:15 pm

    kin tak pernah try lagi susu lazz ni. tapi suka tengok iklan dia kat tv. hehe

    Reply
  5. Mama Kembar 3 says

    April 9, 2018 at 4:36 pm

    Lazz Choco & Lazz Kurma sedap!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative