Pengalaman menakutkan bila berlaku kebakaran kecil kat rumah. Tak pernah lagi aku dan keluarga melalui situasi macam ni. Ceritanya bermula sehari sebelum kejadian, aku dengan Miss Permaisuri dah terbau seperti ada benda hangus dalam rumah. Bau tak kuat sangat tapi memang jelas dapat dihidu. Kitorang syak ada mana-mana cable elektrik yang terbakar tapi puas mencari tak jumpa jugak puncanya.
Hari isnin baru-baru ni sekitar jam 10 malam, aku turun ke parking kereta sebab nak buang sampah. Masa kat bawah tiba-tiba dengar Miss Permaisuri jerit panggil aku. Dia kata ada api dalam rumah. Berlari aku naik ke rumah. Masa tu rumah dah bergelap. Tapi ada api kat papan suis utama kat dalam rumah. Alamak! macam mana aku nak off switch sebab board tu yang terbakar.
Aku suruh Miss Permaisuri bawak anak-anak tunggu kat luar rumah. Masa tu aku pun dah cuak sebab papan suis utama yang terbakar. Kalau suis lain yang terbakar, boleh la off elektrik kat suis utama tu. Tapi bila suis utama yang terbakar, kat mana aku nak off bekalan elektrik tu? Huhuhu…
Mujur api makin lama makin mengecil dan padam dengan sendiri. Masa tu aku call jiran-jiran mintak tolong tengokkan sebab aku memang tak tahu bab letrik. Jiran atas rumah aku datang untuk tengokkan. Masa tengah tengok tu tiba-tiba bekalan elektrik kjap on kjap off. Yer la sebab power supply masih lagi ada. Dannn tiba-tiba sekali lagi api menyambar keluar dari suis utama tu. Jiran aku yang datang nak tolong tadi dah berlari keluar rumah dulu. Dia kata takut meletup. Siot jer. Aku pulak takkan nak biarkan jer api tu. Aku ambik penyapu dan libas-libas kat api tu. Alhamdulillah api berjaya padam.
Lepas tu aku terus berlari pergi ambik fire extinguisher yang ada kat dalam kereta. Standby kalau api tu tiba-tiba buat come back. Hahaha.. Benda litar pintas ni selagi arus elektrik masih mengalir, dia masih boleh berlaku lagi.
Masa tu jiran-jiran dah mula datang. Ada sorang lagi jiran datang dan dia terus cabut fius kat luar rumah untuk hentikan aliran elektrik ke dalam main switch board yang terbakar tu. Oooo… Itu tindakan yang sepatutnya aku buat masa awal-awal tadi tapi aku tak tahu.. Selagi ade elektrik selagi tu api masih boleh hidup…
Malam tu ada jiran yang mahir bab elektrik datang repair main switch board aku yang terbakar tu. Tapi dia hanya gantikan fius yang terbakar jer dulu untuk sementara. Esoknya baru dia akan tukarkan 1 set main switch board tu sebab katanya board aku tu yang lama punya. Mungkin sebab overload dan berlaku percikan api hingga menyebabkan cable terbakar. Mujur benda ni berlaku time kitorang semua belum tido. Huhuhu…
Esoknya baru die datang dan tukarkan 1 set main switch board aku yang lama dengan yang baru. Total kos untuk tukar benda ni 1 set adalah RM280 sekali upah pasang dan barang. Aku tak tau harga ni mahal ke tak tapi bila dalam situasi macam ni, aku dah tak kisah bab duit. Dia datang tolong kitorang malam tu pun dah cukup baik dah.
Moral of the story, kalau berlaku litar pintas kat dalam rumah terutamanya di main switch board, korang perlu keluar rumah dan cabut fius yang ada dekat meter elektrik. Dan kena ingatkan yang bawah main switch board kat dalam rumah tu jangan letak apa-apa benda yang mudah terbakar sebab kebanyakan kes rumah terbakar disebabkan bila main switch board tu terbakar, box plastik yang terbakar tu akan menitik dan meleleh ke bawah. Kalau ada meja atau rak kayu kat situ, nanti rak tu pun akan terbakar. So kena elakkan letak sesuatu kat area situ.
Haaa satu lagi benda penting ialah kena ada pemadam api atau fire extinguisher dalam rumah. Tak perlu yang besar, yang kecik pun memadai. Disebabkan kejadian ni, aku dah order fire extinguisher yang 1kg punya untuk simpan dalam rumah. Huhuhu… Dannn yang terakhir aku nak ingatkan, kena bergaul dan berkawan dengan jiran-jiran. Bila berlaku kes macam aku ni, jiran-jiran lah orang pertama yang ko harapkan untuk membantu. Takkan nak tunggu kawan-kawan tempat kerja datang tolong kowt..
Jueliza says
Heheh kita terbaca tang jiran lari keluar takut meletup tu kita dah tergelak2 hahaha.. aduyaii. yer lah mmg duduk under one roof ni kena berjiran.. so kita tahu sapa2 boleh tlg tengokan kalo kes mcm ni.
sueizza says
betul2 jiran2 la yg tolong dulu,Alhamdulillahhh tak de apa2 kemalangan dan mudarat,aku terus tanya eddy macam mana nak handle kalau jadi gini sib baik dia memang bidang letrik ,risau gak selalu sorang-sorang kat rumah huhuuu
A. B says
Repair
Call Me 010-276 3050
In KL ~ Wangsa Maju
Lina says
Assalammualaikum. Blh share contact org yg buat wiring tu?
Kartini rahim says
wahhh berguna gak ni.. say pon ada bau2 hangit kat rumah ni.. risau je