Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Surprise Anniversary ke-9. Simple jer janji hati Miss Permaisuri berbunga-bunga

April 21, 2018 by Admin 1 Comment

Spread the love

19 April baru-baru ni genap 9 tahun aku melayari kehidupan berkeluarga. Alhamdulillah, perjalanan aku dalam alam rumah tangga sangat indah. Belum pernah bergaduh, cuma merajuk tu perkara biasa la.

Miss Permaisuri adalah seorang yang sangat bertolak ansur dan mempunyai sikap keibuan yang tinggi. Bab urusan rumah memang dia sangat cekap. Hidup aku boleh dikatakan 90% diuruskan oleh dia. Dari bab makan hingga pakaian, semua Miss Permaisuri yang uruskan. Mandi jer die tak mandikan. Hahaha…

Tapi bukan bermaksud aku tak membantu dia dalam urusan rumah. Bab anak-anak biasanya aku yang handle. Mandikan diorang, tengokkan kerja sekolah, melayan main itu ini.

Miss Permaisuri selalu cakap, aku dulu awal-awal kawin kemain romantik, sekarang dah kurang dah. Alolo.. Bila dah ada anak ni takleh la nak romantik sangat depan anak. Dulu boleh la waktu dia memasak, aku datang peluk dari belakang. Sekarang kalau buat macam tu nanti bebudak tu datang ketuk dari belakang. Hahaha… Dulu boleh la tengah drive pun pegang tangan. Sekarang pantang pegang tangan, laju jer bebudak ni tarik suruh pegang tangan diorang. Hahaha…

Dulu selalu la jugak aku hantar jambangan bunga, pastu dah jarang sebab rasa macam membazirnya bagi bunga, baik beli susu anak kan. Hahaha.. Flower bouquet bukannya murah, selalunya mesti lebih dari RM100.. Bukan kedekut tapi ekonomi sekarang yang memaksa untuk lebih bijak berbelanja.

Tapi baru-baru terfikir jugak nak buat surprise hantar jambangan bunga kat Miss Permaisuri. So aku try cari servis delivery flower bouquet yang murah-murah. Dan aku jumpe sorang ni yang iklankan di facebook. Serius murah giler weh dan set bouquet tu pulak ada campur coklat dan bunga rose. Bukan Miss Permaisuri jer excited, bebudak tu pun excited bila nampak coklat.

Simple jer tapi ok la kann.. Set bouquet ni hanya RM50 jer sekali penghantaran. Murah giler kann.. Siap hantar sampai depan pintu rumah. Aku mintak orang tu hantarkan sekitar jam 4 – 4.30 petang. Tapi dia terlambat sikit hantar dalam 4.45 petang sebab cari rumah tak jumpe. Tapi ok jer sebab takde la tersasar jauh dari waktu yang aku bagi.

Lepas hantar dia akan send gambar kat kita sebagai bukti penghantaran dah dibuat. Servis memang terbaek. So, better korang simpan contact orang ni. Mana tau nak guna servis dia nanti. Korang kalau nak dapatkan servis delivery buoquet flower macam ni boleh contact 0183250345 atau inbox facebook Muhammad Afiq Jackim. Nanti die akan bagi sample gambar untuk korang pilih. Contoh yang die bagi macam kat bawah ni.

Ni bukan review berbayar tau, aku just nak sharing dengan korang kalau korang pun nak cari servis delivery bunga macam ni.

Filed Under: Family, Parenting, Personal, Produk, Servis Tagged With: Anniversary, buoquet chocolate, Delivery service, flower buoquet murah, gubahan bunga coklat, Jambangan bunga, servis penghantaran bunga, Surprise

« Terasa macam nak beli Annual Pass Legoland, boleh main sepuasnya sepanjang tahun
Rumah nyaris terbakar disebabkan litar pintas »

Comments

  1. qaseh says

    April 23, 2018 at 4:28 pm

    auchhh so sweet , hahah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative