Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Wet World Air Panas Pedas, Negeri Sembilan semakin usang

April 30, 2018 by Admin 8 Comments

Spread the love

Dah 20 tahun Wet World Air Panas Pedas di Negeri Sembilan beroperasi. Tapi aku tak pernah pun tahu kewujudan tempat ni. Nampak sangat tempat ni semakin dilupakan. Hasil carian aku kat google, tempat ni seolah-olah berbaloi untuk bawa keluarga bersantai main air sebab harga tiket yang murah dan sangat mampu milik. Nak tahu betul berbaloi ke tak kena baca article aku ni sampai habis.

Dari rumah aku ke Wet World Air Panas Pedas takde la jauh sangat. Kalau ikut panduan waze, sejam dah boleh sampai. Masuk highway utara selatan then keluar kat Exit Senawang. Lepas tol jalan depan sikit pastu trafik light kedua belok ke kanan. Then teruuuuuus jer dalam 12km dah sampai.

Mulanya sampai situ terkejut gak aku sebab kawasan tu macam tak terjaga. Pintu gerbang macam ada takda jer. Parking luas dan tak banyak kereta.

Kitorang sampai situ dalam pukul 12 tengah hari. Panas terik wehh.. Harga tiket masuk murah jer. Dewasa RM15 dan kanak-kanak RM12. Masuk jer terus cari port bentang tikar. Tempat berteduh ade jer tapi tak beralas. Kalau nak yang selesa sikit boleh sewa cabana dengan harga RM31.80 sehari.

Lepas salin baju terus kitorang terjun masuk wave pool. Nama jer kolam ombak tapi ombaknya non hado pun. Sama ada memang dah tak berombak atau pun jadual ombak tu bukan masa kitorang lepak situ.

Kat situ kalau just nak berendam jer tanpa pelampung agak bosan gak, so kitorang kejap jer lepak situ, lepas tu dah beralih ke area kolam Kiddie Slide. Haaa kat sini port tumpuan bebudak.

Akiff naik turun berulang kali main slide tu. Kalau ada geng mesti dia lagi enjoy. Adik Azif tak berani main slide lagi. Die try sekali jer pastu dah tak nak. Dok main area bawah jer.

Berkembar dengan Kiddie Slide ada Spring Valley pool yang agak luas. Level kedalaman air separas jer dengan kat Kiddie Slide, aras betis aku jer. Sesuai sangat la untuk bebudak main kat situ tapi sayang sebab kualiti air kat kolam ni agak mengecewakan. Keruh dan sedikit kotor..

Nasib baik air kat area Kiddie Slide ok jer. Kitorang memang habis masa kat situ jer.

Haa.. Kat kolam Kiddie Slide takde life guard tau, mak bapak sendiri kena jaga anak masing-masing. Seeloknya pakaikan anak dengan life jacket yang disediakan. Free jer, tak perlu sewa pun jacket tu.

Attraction lain yang ada adalah Kembar Pedas Slide dan Lazy River. Dua-dua ni aku tak try pun sebab kena sewa pelampung. Lazy River takde orang langsung pun yang main kat situ. Lazy sangat river tu sebab air mengalir slow sangat dan air pulak keruh.

Semua pool yang aku citer tadi tu air sejuk tau. Air panas hanya ada kat 2 tempat jer iaitu kolam Reflexology Walk dan Natural Hot Spring.

Reflexology pool ni suhu panasnya masih boleh berendam lagi dalam tu.

Tapi kalau kolam Natural Hot Spring tu lebih panas airnya. Kat situ orang rendam kaki jer. Takde pulak yang terjun berenang dalam tu.

Kat dalam wet world ni ada juga game macam kat fun fair tapi dua jenis jer yang ada. Itu pun 1 rosak, 1 lagi diorang tak on sebab tak cukup staff untuk jaga. Adehh.. Ntah hape laa..

Tempat persalinan agak kecik dan tak bersih. Nasib baik tak berbau busuk. Dalam tempat persalinan tu patut ada bangku panjang untuk letak bag persalinan. Susah jugak la nak salin baju dalam tu sebab takde tempat letak.

Locker tempat simpan barang ada disediakan berdekatan kawasan bilik persalinan. Locker tu lepas dah kunci tak boleh bukak dah. Kalau bukak dan nak kunci balik, kena beli token baru. Harga sewa locker agak berpatutan.

Dah main air confirm la akan kelaparan lepas tu. Makanan luar pulak tak dibenarkan bawa masuk. Korang kena beli makanan yang dijual kat cafe. Harga? Mahal sikit la dari kedai biasa.

Meh aku nak kongsi tips dengan korang. Kalau nak jimat korang bawak jer bekal sendiri tapi tinggalkan dalam keter. Time nak makan korang keluar makan kat kereta. Sebabnya once korang dah pakai wristband kat tangan, korang bebas keluar masuk berapa kali pun.

Pendapat aku, Wet World Air Panas Pedas ni sesuai untuk bawa anak-anak kecil mandi manda terutamanya yang usia macam Akiff dengan Azif. Untuk orang dewasa agak kureng bagi aku. Harga tiket masuk pulak memang reasonable.

Cuma tempat ni perlu banyak penambahbaikan sebab nampak sangat dah uzurnya. Terutama sekali part bilik persalinan tu. Kualiti air pun kena jaga betul-betul dan kena chek balik jadual maintenance. Sayang la kalau tempat macam ni terbiar sebab sumber air panas tu yang menjadikan tempat ni special dan kalau takde kerja-kerja pemulihan dari sekarang, mungkin lambat laun tempat ni akan tutup. Huhuhu..

Loading

Filed Under: Akiff, Azif, Family, Parenting, Personal, Review, Travel Tagged With: family travel, Parenting, percutian keluarga, Taman tema air, themepark, travel, waterpark, wet world air panas pedas

« Rumah nyaris terbakar disebabkan litar pintas
Palma Beach Resort, Pulau Pangkor. Lokasi yang strategik dan resort yang bersih dan selesa. »

Comments

  1. Asyiqin says

    May 1, 2018 at 10:48 am

    wahh seronoknya!

    Reply
  2. Julia Johari says

    May 1, 2018 at 12:23 pm

    Teruja juju baca tips lan kasi…boleh masuk byk kali dan bawa bekal mkn dlm kereta tu menarik sgt…wahhh tak sia2 lan google cari tempat rekreasi paling senior kt Malaysia ni. 20 tahun tu tp nampak heaven kt situ…cayalah! Tq lan sharing…nak jugakk mandi situ ajak abg Qi…lama x berendam haha

    Reply
  3. Hans says

    May 2, 2018 at 4:08 pm

    uishhh
    tengokgambar yang lazy river nih keruh sangat air nya tu
    maintenance mereka tak jaga agaknya

    Reply
  4. sueizza says

    May 3, 2018 at 2:21 am

    sayangnyaaa tak jadi ,baru berhajat nak pergi ngan adik2 huhuuu

    Reply
    • sueizza says

      May 3, 2018 at 2:21 am

      eh tak jaga hehehhe

      Reply
  5. PencariMakan says

    May 7, 2018 at 2:37 pm

    Sedih bila tempat yang best tidak diselenggara dengan baik. Itu yang membuatkan ia terusang sepi.

    Reply
  6. Dewi says

    June 9, 2018 at 10:33 am

    Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis 🙂

    Reply
  7. Zue says

    March 6, 2019 at 7:26 pm

    Menarik..tak sangka ada hot spring kt pedas. Sya pergi td malangnya hari ni rabu..tutupppp…

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Rabun Pun Ada Gaya – Misi Tukar Cermin Kat Eye Pro Vision, Sungei Wang
  • Tiada tajuk yang sesuai. Hanya nak bercerita.
  • Beli Keperluan Sekolah Awal di Pusat Pakaian Hari-hari.
  • Kalau malas cat sendiri, hadap jer kos upah tukang cat sekarang.
  • Iternary Ringkas Percutian ke Medan, Indonesia
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2025 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative