Tempat paling selesa untuk berbuka puasa pastinya kat rumah sendiri. Setuju tak? Tapi percaya la cakap aku, orang perempuan ni kekadang diorang nak mintak cuti dari memasak tapi diorang tak pernah nak cakap. So, apa salahnya sesekali berbuka puasa di luar.
Nak bawak berbuka puasa di hotel? Budget kena besar, lagi pun apa yang kita makan di hotel sebenarnya tak setimpal dengan apa yang kita bayar. Walaupun ada beratus jenis menu tapi berapa sangat jer yang mampu kita makan. Yer dak?
Aku lagi prefer makan secara bersederhana dan ala kadar. Bayar apa yang kita makan jer. Itu baru dapat kawal berbelanja dan nafsu diri.
Semalam aku bawa Miss Permaisuri dan anak-anak berbuka puasa di Warung Makcik Kiah di Sri Petaling, KL. Berdekatan dengan Hotel Sri Petaling. Nak ke sini tak susah pun, aku waze jer Warung Makcik Kiah, terus sampai kat deretan kedai area situ.
Parking agak limited sebenarnya tapi mujur ada kawasan parking berbayar area situ. Rate parking RM3/entry. Ok la kann…
Aku suka konsep yang Warung Makcik Kiah perkenalkan dalam set berbuka puasa dia iaitu masakan tradisi secara bersederhana.
Warung Makcik Kiah baru 5 bulan beroperasi yang dibuka oleh Y.Bhg. Dato’ Paduka Syed Isa Syed Alwi iaitu Pengarah Urusan Premia International Sdn.Bhd. Nama restoran ni diambil dari nama ibu beliau iaitu Cik Kiah yang memang telah dikenali di Kuantan kerana masakannya.
Warung Makcik Kiah mengetengahkan menu masakan tempatan orang kampung dan masakan dari Thai antaranya gulai ikan patin tempoyak, paprik, tomyam, ikan 3 rasa dan banyak lagi.
Sempena Ramadhan kali ni, Warung Makcik Kiah memperkenal 2 set hidangan ekonomi untuk pelanggan yang datang iaitu :
Set A (2-3 Orang) – RM29.90
Menu :
– Kurma
– Nasi Putih
– Daging Paprik
– Sayur Campur
– Tom Yam Ayam
– Sirap
– Buah-buahan potong
Set B (4-5 Orang) – RM59.90
Menu :
– Kurma
– Kuih-muih
– Nasi Putih
– Ayam Paprik
– Sayur Campur
– Tom Yam Campur
– Telur Dadar
– Sirap
– Buah-buahan potong
Kalau rasa menu ni tak mencukupi atau tak kena dengan selera korang, nak order menu tambahan secara ala-carte pun boleh. Jangan lupa cuba ikan masak 3 rasa diorang tau. Recommended!!
Haaa.. Lepas ni Warung Makcik Kiah akan memperkenalkan masakan dari hasil laut segar yang diterbangkan setiap hari dari Sandakan antaranya ikan kerapu, jenahak, merah, tenggiri, siakap liar, pari, udang laut, ketam bunga dan banyak lagi.
Korang tahu tak yang Sandakan memang terkenal dengan hasil laut. Teringat aku pernah pergi pasar Sandakan di Sabah tahun 2012 dulu. Pasar diorang betul-betul tepi laut dan hasil laut yang baru sampai terus masuk ke pasar tu. Dan pasar Sandakan adalah pasar terbersih yang pernah aku tengok. Boleh tengok article Pasar Sandakan Bersih Giler yang aku tulis tahun 2012 dulu.
Ok berbalik kepada Warung Makcik Kiah, kalau korang berminat nak berbuka puasa kat sini, boleh buat tempahan tempat duduk melalui details di bawah ni. Ingat yer, restoran ni tak besar sangat dan tempat adalah terhad. Bila restoran tak besar maksudnya orang kurang sesak dan lebih selesa untuk berbuka puasa.
Tel : 017-2767273 (En. Rizal)
Email : info@premia.com.my
Facebook : warungmck
Instagram : @warungmck
SHAFYQAH AZAHAR says
menarik menu yang disediakan