Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Kuih Raya 2018 yang harus ada setiap rumah. Selain Bangkit Cheese, kena cari Cadbury Tart juga…

May 15, 2018 by Admin 3 Comments

Spread the love

Yeaaa dah nak raya. Walaupun belum start puasa tapi dah terasa macam nak raya.. Wakaka… Sajer nak berkongsi cerita pasal kuih raya menjelang hari raya.

Tradisi kuih raya ni sebenarnya adalah sebagai menu sampingan bila orang datang berkunjung ke rumah. Kalau tempat aku kat Utara Semenanjung, selain kuih raya, menu utama wajib ada bila ada tetamu kat rumah. Kuih raya tu untuk jamah sementara nak sediakan menu utama macam bihun goreng ke, nasi lemak ke, lontong ke..

Tapi aku lebih suka makan kuih raya berbanding menu-menu berat. Anak-anak aku pun sama. Sebab tu setiap kali musim raya aku akan beli banyaaaaak jenis kuih raya untuk bekal kat rumah. Biasanya akan ada 7 atau 8 jenis. Kalau takde tetamu datang makan pun aku tak risau sebab kami anak beranak boleh habiskan. Wakaka…

Antara kuih yang selalunya ada kat rumah aku setiap kali musim raya adalah kuih tart, samprit dan almond london. Tapi sejak 2 tahun lepas ada sejenis kuih raya ni yang mesti aku cari iaitu bangkit cheese.

Bangkit Cheese ni dari segi rupa nampak biasa jer tapi sekali rasa mesti tak boleh berhenti makan. Dah alang-alang aku beli stock banyak untuk diri sendiri, aku terus jadi agent kuih Bangkit Cheese dan jual kat kengkawan. Tak sangka pulak sambutan pun giler-giler… Belum start puasa aku dah terjual hampir 150 balang. Serius aku tak jangka pun yang Bangkit Cheese ni memang banyak peminat.

Korang wajib try kalau tak percaya yang Bangkit Cheese ni memang sedap giler… Kalau korang nak try Bangkit Cheese, boleh roger aku tau. COD sekitar KL dan Putrajaya. Kalau Shah Alam, Bangi dan kawasan-kawasan sekitar pun aku boleh jer hantar tapi ada minimum pembelian la. So, boleh call atau WhatsApp aku di 013-4307848. Yang berminat nak jadi agent pun boleh, nanti aku bagi harga agent.

oh yaa… Tahun ni jugak aku nak mencari sejenis lagi kuih raya yang dah dimodenkan iaitu Cadbury Tart. Tak tau la rasa macam mana sebab aku belum pernah rasa tapi nampak macam sedap jer. Kena cari ni… Sape ade jual mohon komen yer… Nak beli..

Kredit Gambar : Almond London
Kredit Gambar : Samprit

Loading

Filed Under: Food, Personal, Produk Tagged With: agent bangkit cheese, Bangkit Cheese, Kuih raya, Kuih raya bangkit cheese

« Pengalaman pulang mengundi menggunakan keretapi laju ETS
Berbuka puasa menu tradisi di Warung Makcik Kiah, Sri Petaling »

Comments

  1. Nita says

    May 15, 2018 at 5:47 pm

    Anak saya ada buat tart cadbury

    Reply
  2. Julia Johari says

    May 18, 2018 at 7:25 am

    Mesti bau harum kan bangkit cheese tu hishhhh dapnya…tp juju plak terbalik, selalu pak sedara borong kuih raya banyak bg kt anak sedara dia…dah tu acaner nak beli kuih raya…asyik orang kasi je pun dah penuh meja hehe…all the best!

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Masuk usia 40an dah kena pakai cermin mata, tanda-tanda rabun dekat makin ketara.
  • Semua dah beli masa promosi keperluan sekolah di Pusat Pakaian Hari Hari.
  • NextGen, playground theme park yang sesuai untuk sekeluarga.
  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative