Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

500 anak yatim berbuka puasa bersama McDonald’s Malaysia

May 20, 2018 by Admin 6 Comments

Spread the love

Syukur alhamdulillah aku sekeluarga berpeluang untuk turut serta dalam program kebajikan (CSR) bersama anak-anak yatim anjuran McDonald’s Malaysia serta kerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS) dan Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dalam Majlis Berbuka Puasa yang diadakan di Masjid Kampung Raja Uda, Klang.

Paling bermakna bila aku dapat dekatkan Akiff dan Azif mengenali golongan kanak-kanak sebaya dia dan menceritakan bertapa bertuahnya dia sebab masih ada ummie dan abah sebagai tempat untuk mengadu, bermanja dan mengada-ngada.

Aku jelaskan kat Akiff yang mereka ini tiada ibu bapa dan tinggal di asrama. Mereka tiada tempat untuk meminta-minta mainan. Mereka tiada mak atau abah untuk dipeluk cium sebelum ke sekolah. Mereka tidak berpeluang untuk pergi bercuti dengan keluarga. Mereka hanya ada kengkawan senasib dan juga ustaz ustazah yang menjaga diorang.

Tapi ada juga antara mereka ni masih mempunyai ibu bapa tapi di hantar ke rumah kebajikan disebabkan kesusahan hidup.

Program macam ni secara tak langsung memberi peluang kepada aku untuk mendidik anak-anak aku supaya sentiasa bersyukur dengan apa yang ada.

Program kebajikan kali ni telah menjemput lebih 500 kanak-kanak dari 12 rumah kebajikan untuk diraikan dalam satu majlis bersempena bulan Ramadhan. Bermula dari penyampaian sumbangan dan pemberian duit raya, kemudian berbuka puasa bersama, solat tarawikh berjemaah dan moreh.

McDonald’s Malaysia berbesar hati memberikan sumbangan sebanyak RM10k kepada setiap rumah kebajikan yang dijemput dan setiap kanak-kanak mendapat duit raya sebanyak RM40 iaitu RM20 dari McDonald’s Malaysia dan RM20 lagi dari sumbangan peribadi Dato’ Bakhtiar Hussin iaitu Pengarah Urusan dan Rakan Kongsi Tempatan McDonald’s Malaysia.

Selain program berbuka puasa yang diadakan ni, ada juga aktiviti kemasyarakatan lain yang dilaksanakan oleh McDonald’s Malaysia sepanjang bulan Ramadhan antaranya menaja moreh di surau-surai atau masjid, tajaan moreh di 26 institusi pengajian tinggi, agihan kurma dan air untuk berbuka puasa kepada orang awam di stesen LRT terpilih.

Bagi aku program macam ni sangat dialu-alukan terutamanya dari syarikat korporat bukan hanya pada bulan Ramadhan tapi bulan-bulan lain juga. McDonald’s Malaysia boleh dijadikan sebagai contoh terbaik kerana sejak 2016 hingga kini, kira-kira 10,000 aktiviti bersama komuniti telah dijalankan.

Tahun lepas jer McDonald’s Malaysia telah mengeluarkan zakat bernilai RM1 juta sebagai memenuhi kewajipan dalam membantu golongan fakir miskin di Malaysia. Memang terbaek McDonald’s Malaysia. Respect!!

Aku secara peribadi nak bagi pujian kepada pihak penganjur yang menganjurkan program kali ni sebab segalanya berjalan dengan lancar walaupun dalam cuaca hujan. Dapat dilihat bagaimana riak gembira wajah kanak-kanak ni bila dihidangkan dengan menu masakan tempatan dan juga menu istimewa dari McDonald’s Malaysia iaitu Nasi McD yang baru diperkenalkan pada 10 Mei lalu.

Korang yang belum try Nasi McD kena cepat pergi try sebab memang sedap dan berbaloi. Makan pulak dengan ayam goreng McD kann.. Perghh…

Ok berbalik kepada perjalanan majlis berbuka puasa. Aku pernah lihat majlis meraikan anak-anak yatim tapi apa yang sering berlaku, tetamu VIP lebih diraikan berbanding anak yatim. Bebudak tengah beratur ambik makanan tapi tetapi VIP dan sedap makan.

Tapi majlis kali ni aku nampak anak yatim semua tak perlu beratur ambil makanan, semua hidangan dibawa dan dihidangkan kepada mereka. Haa ini baru la betul meraikan anak yatim.

Terima kasih dan syabas kepada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Lembaga Zakat Selangor (LZS), Yayasan Islam Darul Ehsan (YIDE) dan Masjid Kampung Raja Uda kerana telah menjayakan program iftar kali ni.

Berikut adalah senarai Rumah Kebajikan yang telah dijemput dalam program ini :

– Pertubuhan Kebajikan Ehsan Ash-Shakun (PEKEAS), Rawang.
– Badan Kebajikan Siti Khadijah Anak Yatim Selangor, Petaling Jaya.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Munirah, Klang.
– Rumah Amal Baitul Kasih/Baitul Fitrah, Rawang.
– Rumah Kebajikan Anak Yatim Al-Khairiyah, Klang.
– Persatuan Kebajikan Anak Yatim Damai Kuang, Kuang.
– Rumah Amal Raudhatul Jannah, Banting.
– Rahoma Darul Fakir, Subang.
– Rumah Kasih Harmoni, Sungai Buloh.
– Rumah Anak-anak Yatim An-Nasuha, Batu Caves.
– Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al-Hijrah, Hulu Langat.
– Pusat Jagaan Siraman Kasih, Rawang.

Filed Under: Charity, Event, Food, Info, Isu Semasa Tagged With: McDonald’s, Program kebajikan McDonald’s, Rumah anak yatim rawang, Senarai rumah anak yatim

« Berbuka puasa menu tradisi di Warung Makcik Kiah, Sri Petaling
Pengalaman memalukan edar sample kuih raya Bangkit Cheese »

Comments

  1. permatabiru says

    May 21, 2018 at 9:05 am

    alhamdulillah meraikan anak-anak yatim di bulan yang mulia ini.

    Reply
  2. Salina Johari says

    May 21, 2018 at 9:32 am

    Terbaik McD !! Ramadan .. bulan yang penuh keberkatan dan peluang yang ada digunakan sebaik mungkin untuk berkongsi rezeki . Syukur Alhamdulillah

    Reply
  3. mas saari says

    May 21, 2018 at 10:50 am

    Bagus program camni, moga diteruskan.

    Reply
  4. junaidi jamaluddin says

    June 28, 2018 at 4:23 pm

    Terima kasih atas perkongsian ini Tuan.
    Mohon izin share di page kami jika tidak keberatan – Raydha Hijrah

    Reply
    • Admin says

      June 28, 2018 at 4:35 pm

      Boleh tuan, xde masalah..

      Reply
  5. junaidi jamaluddin says

    June 28, 2018 at 4:25 pm

    Syabas atas perkongsian ini Tuan.
    Mohon izin share di page kami jika tidak keberatan; Raydha Hijrah

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Hantar anak masuk latihan badminton… Bakat atau minat?
  • Family Gathering di homestay tepi sawah yang ada kolam renang.
  • Bukit Gambang Water Park kembali dibuka untuk orang ramai selepas PKP
  • Tak susah pun pasang wall panel sendiri. Follow jer tutorial aku ni. Memang nice terokk.
  • Menginap di boutique hotel, Penang. Ada bathtub depan katil.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2023 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative