Bila korang bercadang ke Pulau Pangkor, aku syorkan korang pilih penginapan di Palma Beach Resort. Aku sangat recommend tempat ni sebab terletak di tengah kawasan tumpuan iaitu di kawasan Teluk Nipah.
Sebaik tiba di jeti Pulau Pangkor, kami dibawa menaiki van teksi berwarna pink ke kawasan pesisir pantai Teluk Nipah. Katanya kawasan ni adalah tumpuan pelancong untuk pelbagai aktiviti laut.
Sampai jer di resort aku tengok keadaan resort yang cukup bersih dan terjaga. Cuma mungkin kawasan lobby resort jer yang nampak resort ni biasa-biasa jer.
Ada 2 jenis bilik kat sini iaitu bilik jenis standard dan deluxe. Dan ada bilik di bahagian bawah dan atas. Kalau family yang datang bawak orang tua, seeloknya request bilik bawah. Takyah nak memanjat tangga. Aku dapat bilik atas yang mengadap kolam renang.
Mulanya aku dah teruja dah sebab tak sangka resort ni ada kemudahan kolam renang, rupanya swimming pool tu bukan milik Palma Beach Resort tapi resort sebelah. Adehh.. Hahaha.. Kalau tak silap, resort yang ada pool tu adalah Pangkor Bay View.
Tapi takpe la, datang Pangkor kite mandi pantai jer, kolam takde pun takpe. Hehehe… Sajer nak sedapkan hati walhal nak jer yang ada pool. Wakaka..
Ehh.. Yang penting keadaan bilik kitorang adalah bersih dan selesa. Pada mulanya aku dapat bilik jenis deluxe, besar wehh.. Ada 2 katil single dan 1 katil queen. Bilik pun luas, muat sangat kalau nak letak extra bed kat bawah.
Tapi baru jer nak landing atas katil, Miss Permaisuri cakap kitorang tertukar bilik dengan kengkawan dia. Diorang 4 dewasa, elok la duduk bilik deluxe tu.
So, berpindah la kitorang ke bilik sebelah jenis standard room yang hanya ada 1 katil king. Bilik masih lagi kat tingkat atas dan mengadap kolam renang orang. Bilik jenis standard agak sempit. Kalau letak extra bed kat bawah memang penuh terus ruang dalam bilik tu.
Tandas biasa jer tapi bersih. Tekanan air kuat cuma kalau ada orang guna shower luar kat tingkat bawah, tekanan air dalam bilik air akan jadi slow.
Semua bilik atas ada beranda mengadap ke halaman tengah, takde view pun untuk dilihat. Cuma fungsi beranda tu lebih kepada untuk smoking dan sidai pakaian basah.
Harga bilik kat sini adalah berbeza mengikut musim. Ada rate untuk weekdays, weekend dan public holiday. Sebab kitorang datang time weekdays, harga agak reasonable tapi kalau datang time public holiday, mahal jugak la.
Untuk rujukan korang, harga bilik adalah seperi di bawah:
Bilik Standard: RM95, RM120, RM150
Bilik Deluxe : RM140, RM180, RM250
(Weekdays, Weekend, Public Holiday)
Antara kemudahan yang ada kat sini adalah ruang barbecue, dewan makan, air tapis percuma (coway) yang ada air panas, sejuk dan suam, boleh sewa motor, karaoke dan banyak lagi.
Haaa ada satu lagi tarikan kat resort ni yang korang kena tahu. Ada banyak burung enggang yang datang menyinggah dan cari makan kat sini. Tak payah pergi jauh nak tengok burung enggang.
Burung-burung ni agak jinak sampaikan korang boleh berselfie cuma kalau nak pegang jer die akan terbang. Bukan sekor dua jer tapi banyak. Gerammm… Rasa macam nak culik sekor bawak balik. Wakaka…
Okeh bagi aku, kelebihan resort ni adalah lokasinya yang strategik. Berada di tengah kawasan tumpuan pantai Teluk Nipah. Hanya 2 minit jer jalan kaki ke tepi pantai, kedai makan, kedai runcit dan surau. Kalau peak season, kawasan ni memang meriah dan sesak.
Sebenarnya ada banyak lagi resort lain kat sini contohnya Flora Beach Resort, Purnama Beach Resort, Pangkor Indah Beach Resort, Nipah Waterfront dan banyak lagi. Korang boleh cuba google dan baca review pengunjung sebelum ni.
Kalau korang berminat nak stay kat sini, boleh buat tempahan direct dengan resort melalui details kat bawah ni.
Palma Beach Resort
www.palmabeachresort.com.my
Tel: 05-685 3696
Sian plak… Boleh plak tersilap bilik dan menghadap pool hotel sebelah. Mmg hotel area pulau pangkor ni rapat2 yer. Tak pernah sampai pulau pangkor lagi