Blog Abah Careno

My Super Blog

  • LanCareno.com
  • Arkib

Pengalaman memalukan edar sample kuih raya Bangkit Cheese

May 30, 2018 by Admin 9 Comments

Spread the love

Aku ni bukan lah jenis yang pandai sangat berniaga, tapi minat nak berniaga tu ada. Bagi aku proses jual beli ni adalah suatu pengalaman yang menarik yang berbeza dengan kerjaya hakiki aku. Sebab kerjaya hakiki aku hanya mengadap komputer dan mengadap bos. Aku belum pernah berniaga secara serius, semua yang aku buat berkonsepkan ‘sambil-sambil’ jer…

Bulan puasa 2 tahun lepas aku ada jual kuih raya butter cookies jenama K’rogers. Tapi tahun ni aku sepakat dengan Miss Permaisuri untuk try jual kuih Bangkit Cheese. Kenapa Bangkit Cheese? Bukan kuih lain… Sebabnya kitorang suka gila dengan kuih ni. Kalau tak habis jual pun, kitorang boleh habiskan kuih ni sepanjang syawal nanti..

Mulanya kitorang order 50 balang bangkit cheese dari Johor. Beberapa balang aku buat sample. Ada yang aku bawak ke office dan ada yang Miss Permaisuri bawak ke sekolah dia. Belum pun start puasa, 50 balang tu dah habis. Masa ni dah start teruja sebab boleh dikatakan sape jer yang rasa mesti dia akan order. Serius sedap! Kemudian kitorang order lagi 100 balang… Punn kejap jer habis… pastu order lagi 100 balang dan keseterusnya…

Ntah macam mana aku boleh terfikir nak edarkan sample kuih raya kat orang awam. Aku aim nak pergi bagi kat kawasan food truck area rumah aku. Dengan semangat berkobar-kobar aku packing sample kuih raya dalam plastik kecik dan masukkan no tel sekali untuk orang order..

Malam tu aku keluar rumah bawak 1 bag sample bangkit cheese yang aku dah packing dalam plastik kecik. Sampai kat area food truck tu, hampir 10 minit jugak la aku dok termenung dalam keter betul ke aku nak pergi meja ke meja ni. Alaaa yang macam orang buta jual tisu tu. Kalau jumpa orang yang aku kenal macam mana? Malu la aku… Hahaha… Kalau orang tak layan dan halau dari meja macam mana? Mana nak letak muka ni… Adehh..

Malu wehh… Nak kena tebalkan muka walaupun aku hanya nak edarkan sample kuih raya. Aku tak pernah buat kejer macam ni kowtt..

Ok aku gagahkan diri keluar dari kereta dan melangkah pergi kawasan meja makan yang hampir semua meja ada orang. Aku mula edarkan sample kuih raya kat meja pertama iaitu family yang ada 2 orang anak besar Akiff dan Azif. Aku bagi 4 bungkus sample dan blah. Sebelum blah sempat aku pesan “ni sample kuih raya untuk try, kalau berminat dengan kuih bangkit cheese boleh contact no yang ada kat situ”…

Then aku bergerak ke meja sebelah iaitu pasangan suami isteri yang aku rasa umur dalam awal 50an. Makcik ni bagus sebab dia pulak yang banyak tanya aku itu ini pasal kuih bangkit cheese. Hilang kejap gemuruh aku.

Terus ke meja ketiga dan keseterusnya. Ada yang tengah makan dan ada yang tengah borak-borak. Aku tak ambik masa lama pun sebab tak nak ganggu diorang. Aku juz letak sample atas meja dan cakap diolog yang sama…

Kemudian aku bergerak ke meja seterusnya. Meja ni ada mak ayah dan anak kecik 2 orang. Aku baru jer datang dekat aku nampak si mak tu mula tarik kerusi si anak rapat dengan dia. Siap pegang anak dia. Amboi, macam la aku nak menculik kak oi…

Ada meja yang aku baru selangkah dua nak sampai kat dia terus kena rijek. Siap cakap tak nak beli walhal aku nak bagi sample jer. Tapi bila aku letak atas meja sample tu, diorang ambik pulak.

Kemudian ada satu meja yang ada 3 orang awek. Aku dah berdiri kat tepi meja diorang untuk bagi sample kuih raya, tapi diorang borak macam aku tak wujud kat situ. Sikit pun tak pandang. Macam la cun… Ehhhh tibe-tibe… hahaha

Ada 1 meja lain pulak, ada awek 2 orang. Bila aku sampai siap masing-masing terus ambik handbag yang mulanya diorang just letak atas meja then terus peluk bag diorang. Muka aku ni nampak macam pencuri ke? Huhuhu sedihhh…

Pengalaman ni sangat berharga weh.. Memang malu giler bile dapat respon yang ntah apa-apa. Pastu meja-meja sebelah dok ushar pulak. Aku baru nak buang sifat malu dalam berniaga tapi macam susahnya.

Mungkin korang akan kata, kenapa nak rasa malu pulak. Bukan buat benda tak elok. Haaaa nak tau malu ke tak try la pergi sendiri cari pengalaman.

Pengalaman yang sekejap tu sebenarnya telah berikan aku pengajaran yang aku nak kongsikan dengan korang.

Sentiasalah melayan mereka yang datang untuk berniaga. Jika nak refuse sekali pun, biar beradap. Jangan halau dengan muka yang annoying. Orang bukan datang nak buat jahat tapi nak berniaga, kalau tak nak diganggu boleh jer cakap secara baik tak nak diganggu.

Kedua, Jangan buat don’t know jer bila orang datang approach kat meja. At least bersuara cakap tak berminat.

Ketiga, Jangan react seolah-olah orang yang datang berniaga tu macam orang jahat. Yer betul memang kite kena sentiasa berwaspada sebab kite tak kenal sapa yang datang tu kan. Tapi jangan terlalu berfikiran negatif… Sedih weh bila aku dilayan macam aku nak mencuri, terasa terhina pulak. Malu beb…

Disebabkan dah beberapa meja yang bagi reaksi tak senang dengan kehadiran aku, aku terus buat-buat macam jawab call dan belah dari situ. Hahaha… Dan segan pulak nak teruskan ke meja-meja lain. Aku sempat pergi dalam 10 meja jer kot…

Sebelum masuk kereta aku cuba pulak nak edar sample dalam kedai dobi layan diri kat belakang tempat aku parking kereta. Aku masuk jer dalam dobi tu dan bagi salam kat seorang makcik ni sambil hulur sample kuih raya. Ko tau apa reaksi dia? Dia hanya tenung aku dengan mata besar tanpa kata sepatah pun… Macam mak mak marah anak kat public tu… Adeh cuak pulak.. Terus aku balik lepas tu… Hahahaa..

Tapi hasil dari edar sample tu, ada jugak yang contact dan order kuih bangkit cheese dari aku. Rasa seronok bila pengalaman ni memberikan hasil.

Kalau tanya aku nak buat lagi tak kejer macam ni, aku tak nak dah kalau sorang-sorang. Ada geng mungkin boleh. Cuma sekarang ni aku teringin nak cari pengalaman berniaga car booth. Jual dari bonet kereta. Hehehe…

Filed Under: Personal Tagged With: agent bangkit cheese, Bangkit Cheese, pengalaman

« 500 anak yatim berbuka puasa bersama McDonald’s Malaysia
Lebih jimat beli tiket bas online melalui www.BusOnlineTicket.com »

Comments

  1. Fieza Sani says

    May 30, 2018 at 3:20 pm

    haha.kalau saya, maluuu..mmg tak la nak buat camni..tue sbb pilih jual secara online je..offline, nak jual kat pejabat..nope..ai is pemalu…

    Reply
  2. Lya says

    May 30, 2018 at 9:35 pm

    Dulu kakya jual buku kanak2 huhuhu pegi gini la satu keja ke satu meja .. macam2 peel orang kita jumpa huhuhu .. paling sedih kena marah pon ada .. tanak tanak tanak macam bak halau kita jer .. tapi tak kisah laa tu pengalaman kita .. moga lan lbh menghargai pengalaman ini .. Takpe kita buat selagi terdaya selagi boleh . Doa banyak2 moga yang datang utk kita yang baik2 jer .. Insyaallah ..

    Reply
  3. Ema says

    May 31, 2018 at 2:29 pm

    Bukan senang nak jadi peniaga kan. Tapi bila berbalang habis memang semangat nak berniaga tu tinggi

    Reply
  4. Julia Johari says

    May 31, 2018 at 2:38 pm

    Seronok baca pengalaman lan handle situasi dan reaksi bila berjumpa dgn bakal pelanggan…insyaAllah belajar dari pengalaman org berjaya pasti suatu hari nanti ko boleh lan…percayalah!

    Reply
  5. Ina says

    June 1, 2018 at 11:21 pm

    peenah juga edar sample macam ni.Tapi produk MLM lahh. memang malu.. kikiki.Tapi membuahkan hasil. Teruskan usaha Lan.Insyallah,moga maju jaya

    Reply
  6. antalya says

    June 25, 2018 at 10:48 am

    depa takut kena pukau kot. hihhi

    Reply
  7. AchiKuchi says

    October 11, 2018 at 9:12 pm

    Di kampung saye itu namanya kuih bangket 😀

    Reply
  8. mal says

    May 6, 2020 at 11:32 am

    terima kasih kerana berkongsi pengalaman. saya pun baru berjinak-jinak nak berkecimpung dalam dunia bisnes tapi secara kecil-kecilan. sekarang ni, musim wabak covid-19, dah masuk bulan Ramadan. saya ada buat home made biskut raya tapi saya tak tahu nak pasarkan/komersilkan produk ini. bila baca artikel ni, saya rasa bersyukur mungkin Allah nak tunjukkan sesuatu. dalam bulan Ramadan ni, berbuat amal jariah itu sangat baik, besar pahala. terus terdetik dalam hati saya, apa salahnya kan saya bagi je sebagai tester (percuma) pada ahli keluarga berhampiran, jiran-jiran serta rakan-rakan. sambil2 tu bolehlah promote, kalau berminat, boleh roger2. hihi pkp pun tak boleh nak pi kedai makan sgt pun, lagi bulan ramadan.

    Reply
  9. liza says

    December 30, 2020 at 11:15 pm

    Assalam.. admin.. blh sy tahu kat mana admin tempah plastik utk sample tu?

    Reply

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Hubungi Lan Careno

‪+60 13-430 7848‬ 20160510_232358

Archives

Article Terkini

  • Tak boleh rentas negeri? Takda hal.. Kami bercuti di kolam pantai buatan di KL
  • Tips keselamatan baby : Beli pagar keselamatan di katil (safety bed fence)
  • Pengalaman persekolahan 2021 dari rumah (PdPR)..
  • Photoshoot Raya 2020 bertemakan banduan
  • Pengalaman Azif berkhatan di Mary Eve Clinic, Kedah.
[footer_backtotop text="Return to Top" href="#"]

Copyright © 2021 - Blog Abah Careno | design by MYSynergy Creative