Tak sangka tarikh Pilihan Raya Umum kali ni jatuh di tengah minggu bekerja. Hari Rabu! Antara cabaran utama untuk balik mengundi adalah jalan raya dah tentu akan sesak macam balik raya. Dah la cuti sehari jer.
Jadi aku pilih untuk balik mengundi dengan keretapi laju ETS. Train aku dari KL Sentral pukul 9 pagi, dijangka tiba pukul 1 tengah hari di stesen Butterworth. Pukul 8 malam akan bertolak balik ke KL dari Butterworth. Rushing giler wehh…
Harga tiket dari KL Sentral ke Butterworth adalah RM79 dewasa dan RM44 kanak-kanak. Ni harga sehala, kalau pergi balik kena kali dua. Kitorang 4 beranak, total RM492. Huhuhu..
Awal pagi selepas subuh kitorang dah keluar rumah. Sampai KL Sentral pukul 7.45 pagi. Tepat jam 9 pagi train mula bergerak. Giler on time kannn. Macam kat Jepun lak.
Sedihnya sebab seat kitorang adalah reverse seat. Adeh.. Tak teringat nak request seat yang mengadap ke depan masa beli hari tu. Yang tak tahan mesti akan pening kepala kalau banyak tengok pemandangan luar.
Agak selesa kemudahan yang ada dalam ETS ni. Seat antara kerusi pun luas dan selesa. Coach yang aku duduk agak sejuk walaupun kat luar panas terik. Dah la tak bawak sweater.. Kalau malam mesti lagi sejuk ni.. Huhu..
Dalam coc ada screen tv yang ada pasang cerita dokumentari tapi takde suara. Boleh tengok gambar jer la. Kat screen tu jugak ada tunjuk speed train dan destinasi stesen seterusnya.
Toilet besar dan bersih. Kantin pun ada tapi kecik jer la. Ada meja makan dan kerusi yang hanya boleh duduk 4 orang jer.
Aku perhatikan makanan yang dijual harganya agak mahal. Tapi logik la kan sebab harga atas train. Set nasi lemak RM9. Kalau nak jimat, tapow la sebelum naik train. Makanan luar boleh jer dibawa makan dalam train.
Surau pun ada weh.. Tapi tak tau la keluasan surau muat berapa orang. Aku syak mungkin sorang atau dua jer.
Oh yaa.. Dalam train ni ada plug untuk charge telefon. Kena raba-raba kat bawah tempat duduk.
Train ETS aku naik ni ada singgah di beberapa tempat iaitu Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, Taiping, Parit Buntar, Bukit Mertajam dan baru sampai ke Butterworth. Macam banyak pulak persinggahan… Ciss…
Perjalanan kitorang smooth jer, dalam train tak dengat bunyi bising sangat macam naik tren KTM yang dulu. Yang ni lebih smooth. Speed paling laju yang aku perasan kat screen TV tu adalah 135km/jam. Tak boleh lawan keretapi laju yang aku naik kat Jepun dulu. Hehehe…
Huda says
Thanks sharing. Ada plan juga nak buat family trip jalan2 naik ETS ni. Harga boleh tahan mahal gak yer..