Tak sabarnya nak tengok 1st game pembukaan FIFA World Cup malam ni. Game pembukaan adalah antara tuan rumah Russia menentang Saudi Arabia bermula jam 11 malam ni.
Apa team favourite korang? Kalau ada Malaysia ofcoz aku akan pilih Malaysia kan tapi sebab takde maka team pilihan aku dari dulu hingga kini adalah Argentina. 2nd team aku adalah Portugal sebab ada Ronaldo. Hehehe…
Nak lagi terasa kemeriahan World Cup, apakata korang join Fantasy FIFA World Cup. Fantasy ni best sebab korang boleh acah-acah jadi manager untuk setup team sendiri berdasarkan player yang beraksi dalam World Cup kali ni.
Nak explain lanjut nanti panjang sangat pulak. Korang boleh baca rules dan fahamkan pasal fantasy ni melalui article di website 2018 FIFA World Cup. Lepas tu download apps Fantasy untuk lebih mudah korang manage team dan chek point.
Dah download apps ni nanti korang klik Manage Team then boleh start pick player. Duit permulaan bagi setiap team adalah €100.0m dan korang kena berbelanja untuk beli player dengan budget yang ada tu. Maksudnya korang tak boleh la nak beli semua player top sebab player top mahal. Setiap player ada harga dia sendiri dan kat sini la kepakaran korang untuk beli dan manage team diperlukan.
Bila team dah ready, korang boleh creat liga sendiri sesama kengkawan korang atau join mana-mana league untuk bersaing kedudukan ranking tertinggi. Untuk join league yang aku creat boleh masukkan Code berikut OGPKN4AA iaitu World Raya League.
Leave a Reply