Teringat zaman bujang dulu masa mula-mula menetap kat KL. Dapat gaji jer mesti balik kg hujung minggu. Dulu aku jenis tak beli tiket awal, masa nak balik tu baru cari tiket dan terus naik bas.
Pengalaman kena ‘game’ dengan ulat-ulat tiket memang banyak sangat. Time beli tiket kemain cakap bas dah ready, tinggal nak jalan jer. Bila dah masuk dalam bas, kena tunggu penumpang penuh baru bas jalan.
Kekadang masa beli tiket dah cakap dah tak nak bas singgah-singgah. Nak bas direct ke Alor Setar, tapi dalam perjalanan merata-rata bas tu singgah hantar penumpang. Grrrr…
Dulu nak beli tiket bas kena bergerak dari satu kaunter ke satu kaunter. Setiap pengusaha bas ada kaunter sendiri. Sebab tu banyaak sangatulat tiket yang cuba tarik pelanggan ke kaunter diorang.
Tapi zaman dah berubah, sistem pengangkutan awam kita dah jauh lebih baik dari dulu. Kalau dulu nak beli tiket bas kena pergi ke Puduraya. Kalau musim perayaan, jenuh nak beratur untuk beli tiket. Tapi sekarang sambil baring depan tv pun boleh beli tiket bas secara online melalui www.BusOnlineTicket.com dan paling best ianya lebih menjimatkan berbanding beli di kaunter.
Meh aku senaraikan 5 sebab kenapa korang perlu beli tiket bas secara online melalui www.BusOnlineTicket.com :
- Jimat kos minyak kereta, tol dan bayaran parking. Tak perlu ke kaunter jualan. Guna smartphone korang tu jer.
- Jimat masa dan tenaga. Tak perlu mengular time kejer untuk keluar beli tiket.
- Tak perlu stress melayan ulat tiket. Tapi sekarang setahu aku kat Terminal Bersepadu Selatan (TBS) memang dah pupus ulat tiket.
- Boleh pilih kedudukan seat sendiri. Haaa bagus kan. Kalau naik sorang ofcoz nak yang single seat kan.
- Tiada extra caj yang dikenakan malah korang boleh dapat harga tiket yang lebih murah jika menggunakan kod diskaun yang diberikan.
Ok ni ada berita baik untuk reader Blog Abah Careno, korang boleh gunakan Kod Diskaun CARENO semasa pembelian online di www.BusOnlineTicket.com dan akan dapat diskaun 12% Off dari harga tiket. Kod diskaun ni sah sehingga 31 Ogos 2018 sahaja.
Untuk makluman korang, melalui www.BusOnlineTicket.com korang bukan jer boleh beli tiket bas malah boleh juga beli tiket keretapi termasuk ETS dan juga tiket feri. Tiket ke Singapura dan Thailand pun ada dijual. Memang sesuai sangat dengan tagline diorang iaitu Beli Online Kan Senang…
Hari Raya Balik Kampung Roadshow #BOTFUNRAYA
Sempena musim perayaan ni, BusOnlineTicket ada mengadakan tour ke beberapa lokasi terpilih sekitar Lembah Klang untuk meng’war-war’kan kepada orang ramai tentang servis yang ditawarkan. Aku berpeluang untuk turut serta dalam salah satu tour tersebut yang diadakan di Downtown Sri Kembangan.
Banyak aktiviti dan hadiah yang diberikan kepada pengunjung termasuk duit raya. Dan hadiah utama adalah duit raya bernilai RM500. Mana tahu kan kot rezeki raya korang.
Antara program yang dibuat semasa tour adalah permainan soal jawab, pertandingan makan kuih paling cepat, menari tarian viral lagu raya Dato’ Seri Vida dan pertandingan nafas panjang. Semua yang turut serta dalam aktiviti ni takkan pulang dengan tangan kosong, ada hadiah istimewa yang akan diberikan.
Selain tu, korang jugak boleh sertai pertandingan selfie di depan pentas BusOnlineTicket dan postkan gambar tersebut di social media dengan meletakkan hastag #BOTFUNRAYA. Mana tau ada rezeki dapat hadiah duit raya bernilai RM500.
Selain tu ada juga sesi karaoke percuma terbuka kepada semua pengunjung. Memang meriah weh… Rugi kalau tak pergi roadshow diorang. Korang yang nak join roadshow BusOnlineTicket.com masih ada peluang lagi sebab ada beberapa lagi lokasi yang akan disinggah oleh team #BOTFUNRAYA seperti di lokasi bawah ni:
- 08/06/2018 (Fri) 4pm – 6.30pm
Bazar Ramadhan Shah Alam - 08/06/2018 (Fri) 9pm – 12am
Uptown Shah Alam - 09/06/2018 (Sat) 9pm – 12am
Uptown Bangi 9 Jun - 10/06/2018 (Sun) 9pm – 12am
Uptown Kajang 10 Jun
Untuk maklumat lanjut boleh refer details di bawah ni:
Laman Web Rasmi: BusOnlineTicket.com
Facebook: BusOnlineTicket.com
Instagram: BusOnlineTicket
Twitter: BusOnlineTicket
Leave a Reply